Saya Dah Buang..

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 23rd, 2010

Dalam entri sebelum ni saya dah bagitau yang blog ni sedang dalam proses diet. Tujuannya bukan untuk mencantikkan tubuh badan blog, tapi semata-mata untuk meringankan beban, supaya blog dapat loading lebih cepat.

Jadi kali ni saja nak kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan untuk meringankan beban blog ni. Mungkin boleh juga dijadikan panduan atau Tips Meringankan Blog atau Mempercepatkan Loading Blog.

Artikel penuh »

Blog Ni Dah Diet Sedikit

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 22nd, 2010

Sebenarnya saja nak bagitau yang blog ni sedang mengikuti kelas diet. Keputusan untuk mendietkan blog ni saya ambil apabila pada Jumaat hingga Ahad lepas, saya langsung tidak dapat mengakses blog ni. Puncanya talian internet yang terlalu lembab! Kononnya pada masa tu tak risau sangat outstation, sebab saya masih ada broadband mobile. Tapi dengan kelajuan yang tak seberapa, saya cuba buka blog ni. Keputusannya, walaupun telah menunggu selama 15 minit, blog tetap gagal load sepenuhnya. Saya cuba buka blog yang lain, dapat buka juga walaupun ambil masa 1-2 minit. Jadi dah terbukti yang blog ni memang berat!

Artikel penuh »

Memasang Google Buzz Button di Blogspot

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 17th, 2010

Dalam entri semalam saya ada tulis tentang cara bagaimana hendak menambah Google Buzz Button di Blog Wordpress untuk meningkatkan lagi trafik pengunjung ke blog kita. Hari ni saya dapat respon daripada rakan-rakan bertanyakan macam mana nak pasang button tu di blogspot. Jadi rasanya tidak adil juga kalau perkongsian hanya untuk blog wordpress selfhosting saja. Lagipun saya sendiri memiliki blogspot yang masih lagi dipelihara walaupun jarang-jarang di-update.

Artikel penuh »

Full RSS | Comments RSS