Pengaruh Tempramen Terhadap Gaya Keibubapaan

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 10th, 2010

Mendidik anak-anak merupakan suatu perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa kerana tidak ada seorang ibu bapapun yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang yang gagal dan bermasalah kerana anak-anak merupakan amanah Allah SWT kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih tanpa sebarang cacat celanya. Maka kitalah yang akan mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu serta bergantung kepada acuan yang telah kita sediakan untuk mereka.

Namun, dalam membesarkan anak-anak, kadang-kala ibu bapa atau penjaga tidak menyedari pelbagai kesilapan yang telah dilakukan. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan tentang aspek keibubapaan. Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan bahawa didikan bukan melalui paksaan tetapi berdasarkan teladan. Anak-anak lebih percaya apa yang dilihat dari apa yang didengar. Kalau kita suruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati masa serta sering bertangguh, maka mereka lebih terikut-ikut kepada apa yang mereka lihat kita lakukan. Maka wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita dalam masa yang sama perlu mendidik diri kita juga.

Artikel penuh »

Hilang Dalam Gelap

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 7th, 2010

Masa entri ni ditulis, aku hanya bertemankan cahaya lilin di samping notebook yang charge-nya tinggal separuh, dan UPS yang mungkin hanya bertahan dalam masa 15-20 minit yang sangat berguna untuk menghidupkan modem streamyx…

Sekali lagi pada malam ni SESB gagal membekalkan tenaga elektrik ke rumah usangku ini.. Aku sangat pasti, ini memang tidak lain tidak bukan, gara-gara kabel elektrik sebesar belalai gajah sedang terkangkang di atas jalan raya hingga menyebabkan kereta aku terlompat-lompat macam kijang semasa melaluinya tadi…

GELAP! GELAP! GELAP!
Beginilah keadaan kampung, jauh berbeza dengan bandaraya Kota Kinabalu yang menyambut ulangtahunnya semalam, bermandikan cahaya dan pesta bunga api…

Artikel penuh »

Makin Besar Periuk, Makin Besar Keraknya

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 6th, 2010

Minggu ni, dengan rela aku menghantar kereta ke workshop. Buat pemeriksaan rutin takut penyakitnya semakin merebak. Terpaksalah berpisah dengannya selama 3 hari. Selama dia di sana, aku langsung tak jenguk dia.. bukan sebab tak sayang, tapi aku mana ada masa pegi buat lawatan.. kerja dari jam 8.00 a.m – 5.00 p.m. Hari ketiga dia di workshop, barulah aku datang, tu pun taukey workshop tu sudah telefon banyak kali, suruh ambil kereta… workshop dia dah penuh sebab banyak kereta lain nak minta rawatan juga.

Sampai di workshop tu aku tengok kereta tu dah berseri-seri, tak sabar mungkin jumpa dengan tuannya.. Tapi aku tak jenguk dia terus, aku jumpa taukey Kedai dulu. Setelah mendapat sedikit penerangan daripada taukey tu dia tunjuk resit kepadaku..

Artikel penuh »

Nuffnang Charity Ads – Ammar

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 5th, 2010

Charity Ad ni tidak dibayar, so jangan main klik-klik pula… cukuplah kalau klik sekali dan baca artikel yang dipaparkan… terima kasih =)

Salam Semua, mulai malam ni, 5 Februari 2010 hingga satu jangka masa yang ditetapkan.. aku akan tempatkan Nuffnang Charity Ads di blog ni.. kiranya akan jadi iklan statik di blog ni dan boleh dilihat bila-bila masa selagi ads tu diaktifkan oleh pihak Nuffnang

Artikel penuh »

Full RSS | Comments RSS