Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 3rd, 2010
Baru semalam pos pasal masalah letrik yang mengganggu proses kerja harian.. haha.. kerja harian konon.. Belum habis lagi aku cabut duri kaktus yang menusuk jantung dan sel-sel otak aku, kini tiba giliran talian internet buat hal… ishhh.
Diorang ke apa ke nama benda ni macam dah pakat ramai-ramai lah pula.. hari ni aku rosak, besok awak pula, lusa awak pula, yang engko pakcik, tulat baru ko rosak, okey? Ni minggu kerosakan@penyeksaan pelanggan ke apa? Haha… kalau time aku tidur talian internet buat hal aku tak kisah sangat.. sebab kalau aku ke alam mimpi pun bukannya kena guna talian internet.. ni siang-siang buta dia buat hal.. time aku menghadap PC hak milik negara Malaysia yang aku guna untuk buat kerja harian.. dahlah meja aku penuh dengan pelbagai task yang perlu diselesaikan… dah ibarat nyawa-nyawa katak bawah tempurung… kena lagi dengan masalah macam ni, dah buang satu hari bekerja…
Artikel penuh »
Kategori: Luahan | 33 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 3rd, 2010
Blogwalking atau ikut kefahaman kepala otak aku sendiri, menjelajah dari satu blog ke blog yang lain sudah menjadi aktiviti rutin aku setiap malam (bukan malam saja, siangpun blogwalking juga kalau tak sibuk atau kena waktu cuti). Tujuan blogwalking tu pula tak perlulah aku jelaskan panjang lebar… masing-masing punya tujuan sendiri. Seronok juga sebenarnya blogwalking ni,.. macam-macam perkara aku jumpa, dapat baca info, tips, berita, pelbagai jenis gambar, pengalaman atau paling kurang dapat jenguk iklan..
… yang tak seronok… kalau kita tengah sibuk-sibuk blogwalking, tiba-tiba blackout atau brownout dan yang sewaktu dengannya… kalau setakat 2-3 minit tu taklah kisah sangat, sebab UPS atau dalam bahasa kampung aku uninterrupted power supply hak milik negara Malaysia yang aku guna masih mampu menyimpan sedikit tenaga yang mampu menghidupkan desktop PC dan modem streamyx… tapi kalau dah sampai setengah jam, 1 jam, 2 jam? Macam mana nak jalan-jalan dalam gelap? Opss.. salah konsep… PC tak hidup, modem tak hidup… aku nak buka blog macam mana? Pakai XAMPP? Sakit hati aku bagai ditusuk duri kaktus… Opss.. lagi sekali salah konsep… hati sakit diparang oleh pembekal tenaga elektrik di tempat aku…
Artikel penuh »
Kategori: Luahan | 33 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 2nd, 2010
Korang pernah skodeng mengintai orang lain? Atau pernah rasa-rasa diintai oleh seseorang ketika mandi, tidur dan yang sewaktu dengannya? Amacam rasanya? Kalau yang tengah mengintai orang lain tu memanglah best.. akupun pernah mengintai orang… kejap lagi aku cerita… tapi kalau diintai masa tengah projek atau tengah mandi… huh.. tak tau nak cakap…
Macam yang aku cakap tadi, akupun pernah mengintai juga… biasalah tu.. jawapan paling skema.. suka hati akulah… lelakilah katakan… ada peluang… tangkap saja… peluang macam tu bukan datang selalu.. lagipun kalau dapat tangkap gambar yang masyuk, bole jual tu… dah kira macam rezekilah kalau dapat mengintai.. bak kata orang tua-tua (macam aku), rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari … tapi kalau skodeng orang lain, gerenti musuh akan datang.. kan, kan, kan..
Artikel penuh »
Kategori: Fotografi/Lensa | 18 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 30th, 2010
Entri ni tiada kena mengena dengan night market atau pedang samurai walaupun namanya seakan-akan sama… Kali ni aku nak kongsi sedikit info dengan bloggers yang ingin menambahkan trafik pengunjung blog masing-masing..
Pernah dengar Market Samurai? Bagi blogger yang mempunyai akaun Google Adsense, mereka sangat menekankan kepada aspek SEO, SERP (Search Engine Resuts Page), pagerank, backlink dan sebagainya. Jadi tips untuk meningkatkan trafik dan penggunaan perisian aplikasi seperti Market Samurai yang dapat memaksimumkan perkara-perkara di atas bukanlah perkara baru bagi mereka. Perisian Aplikasi ni memang sudah lama wujud. Pemilik Google Adsense selalunya berusaha meningkatkan trafik melalui enjin carian. Salah satu penekanan yang diberikan adalah penggunaan kata kunci atau keyword bagi sesebuah entri. Jadi kepada blogger yang mempunyai misi – blognya bukan sekadar untuk tatapan sendiri, tetapi untuk perkongsian bersama, apa kata luangkan sedikit masa untuk perkongsian kali ni. Moga dapat memberi manfaat.
Artikel penuh »
Kategori: Software, download | 21 Respon »