facebook

Santai Hujung Minggu

12.03.2012 Fotografi

Sejak Sabtu lepas saya janji dengan anak-anak untuk outing berbasikal keliling kampung. Tetapi disebabkan migrain secara tiba-tiba datang menyerang, maka hasrat tu terpaksa dibatalkan. Tak larat nak buat apapun sebab, sepanjang hari bahagian belakang kepala sakit semacam. Mujurlah pagi Ahad migrain yang dialami beransur baik. Walaupun masih juga terasa denyutan kesakitan di kepala tapi tidaklah [...]

33 comments Read the full article →

Ribut Solar: Ada lagi yang terkuat

09.03.2012 Global

24 Januari 2012 mencatatkan sebagai ribut solar/matahari yang terkuat dalam sejarah 6 tahun. Fenomena ribut solar terkuat pada hari tersebut telah menyebabkan terbentuk cahaya menakjubkan di hemisfera Utara. Rupa-rupanya kejadian pada hari itu bukan yang terakhir dan paling kuat yang tercatat dalam sejarah tahun sebab sekali lagi kejadian sama berlaku dan dianggarkan lebih kuat hingga [...]

34 comments Read the full article →

Projek Budak Sekolah

08.03.2012 Personal

Budak-budak sekolah zaman sekarang ni memang semakin kreatif. Macam-macam projek yang mereka boleh buat. Dari projek ‘menanam’ di kelapa sawit secara berpasangan sampailah projek OMO (one man operation). Kalau merujuk kepada Sistem Pendidikan Malaysia, memanglah kreativiti murid sangat digalakkan. Tapi kalau sudah masuk bab projek yang menyimpang, kenalah juga cikgu campur tangan. Macam projek kreatif [...]

42 comments Read the full article →

Kemelut SBPA Berakhir, SSM Dikekalkan

08.03.2012 Nasional

Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan akhir tahun lepas memang menggembirakan sesetengah pihak. Dalam masa yang sama juga turut menimbulkan beberapa persoalan dan rasa tidak puas hati kumpulan lain hingga memaksa SBPA disemak semula. Walaupun ada makluman menyatakan yang semakan SBPA akan selesai pada awal bulan April nanti, tetapi dalam Perhimpunan Khas Kakitangan Awam [...]

10 comments Read the full article →

Bantuan OKU Diberhentikan kerana Fahaman Politik?

04.03.2012 Semasa

Saya mengesan surat ini di laman sosial facebook sejak semalam. Pertama kali tengok saya tak hiraukan sangat. Tapi nampaknya semakin ramai pula yang shared di wall masing-masing. Saya bukalah gambar tu supaya paparan lebih jelas. Kiranya surat ni nampak asli macam Surat Dr Mahathir kepada PM Israel. Lepas baca macam-macam pula perasaan timbul. Geram, marah, [...]

31 comments Read the full article →

Kemusnahan Dahsyat Akibat Tornado di Indiana, Amerika Syarikat

03.03.2012 Global

Jika negara Jepun sering dilanda Tsunami, Amerika Syarikat pula tidak terlepas daripada angin kencang dan puting beliung. Itulah ancaman alam semulajadi yang kerap berlaku di negara berkenaan. Puting beliung (tornado) yang Selatan dan Barat Tengah Amerika Syarikat meninggalkan kesan yang sangat dahsyat. Bukan setakat pokok-pokok tumbang, malah bangunan termasuk rumah dan sekolah juga turut musnah [...]

16 comments Read the full article →

Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2011

01.03.2012 Nasional

Berita baik kepada adik-adik lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bakal mengeluarkan keputusan peperiksaan berkenaan pada Rabu depan, 7 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Selain daripada mendapatkan keputusan dengan cara biasa (datang sendiri [...]

15 comments Read the full article →

Jalan-Jalan ke Jong’s Crocodile Farm & Zoo

01.03.2012 Pelancongan

Cerita kali ini juga masih lagi berkisar tentang lawatan ke Kuching, Sarawak. Cuma disebabkan kesibukan menguruskan aktiviti harian yang lain, catatan ini agak lambat diterbitkan. Bagaimanapun disebabkan pengalaman ini bukan berkisar tentang cerita hangat semasa, maka tiada had masa untuk menerbitkannya. Siri jelajah diteruskan dengan melawat beberapa lagi tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong dari [...]

8 comments Read the full article →

Mengurus Konflik Dalam Organisasi Pendidikan

01.03.2012 Artikel

Tulisan kali ini khusus untuk membincangkan definisi konsep, pendekatan, teknik, gaya dan strategi pengurusan konflik khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan daripada artikel Kenapa Wujud Konflik Dalam Organisasi? dan  Konflik Dalam Organisasi Pendidikan. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut untuk mendapatkan kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini. Mengurus Konflik Dalam Organisasi Pendidikan Konflik [...]

4 comments Read the full article →

Konflik Dalam Organisasi Pendidikan

29.02.2012 Artikel

Konflik Dalam Organisasi Pendidikan Tulisan kali ini khusus untuk membincangkan punca-punca, jenis dan peringkat konflik khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan daripada artikel Kenapa Wujud Konflik Dalam Organisasi?. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut untuk mendapatkan kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini. Punca Konflik dalam Pendidikan Berdasarkan pandangan Hellriegel dan rakan-rakan (2001), [...]

2 comments Read the full article →