Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 29th, 2010
… seperti yang kamu lihat, blog ni mula dihiasi dengan iklan Innity, salah satu Digital Ad Network yang besar di Asia Tenggara. Bagi rakan-rakan dan pengunjung yang melayari blog ni pada 29 Januari 2010 (Khamis), selepas jam 11.00 malam, memang sudah nampak banner/iklan berkenaan.
Sebenarnya sudah lama tahu berkenaan iklan Innity ni.. kalau tidak silap dari salah sebuah Berita Online dalam negara. Mungkin secara kebetulan tertarik dengan iklan di web berkenaan, tangan gatal klik butang tetikus…. dari sanalah mula tahu serba sedikit tentang Innity.

Artikel penuh »
Kategori: Umum | 56 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 27th, 2010
Definisi Perbezaan Individu:
Menurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah:
“Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachment”
Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya).
Daripada definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan. Perbezaan individu itu dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri tertentu, iaitu temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak¬-anak, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.
Artikel penuh »
Kategori: Umum | 17 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 25th, 2010
Kali ni aku nak kongsi satu cerita pasal pengalaman aku online… atau dengan maksud yang tersirat melayari internet…
Dipendekkan cerita… dari dulu sampai sekarang aku ni boleh dikatakan setiap hari perlu menghadap komputer dan melayari internet ni… Iyalah.. dah kerja rutin aku macam tu.. kalau aku tak menghadap PC dan internet maknanya aku tak kerja… kan dah makan gaji buta!..
Di rumah dan opis aku memang tak ada masalah untuk akses internet…. (kadang tu ada masa memang problem juga connection, tapi apa nak buat kan?)… apa yang selalu menjadi masalah aku ialah time kerja outstation.. kerja yang menyebabkan aku terpaksa meninggalkan rumah…
Artikel penuh »
Kategori: Contest | 25 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 23rd, 2010
Salam,
Dalam kesibukan melayani tugas seharian dan menyambung pengajian di hujung minggu, aku ambil sedikit masa untuk melayan blog ni. Sambil-sambil tu, tak lupa juga blogwalking ke mana-mana blog yang memang selalu dan yang pertama kali aku singgah..

Artikel penuh »
Kategori: Coretan | 40 Respon »