Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 21st, 2010
Salam,
Aku tiada cerita untuk di-update… ketandusan idea… kepala kosong… otak hilang entah ke mana… cari-cari tak jumpa… aisey… memanglah aku tak nampak… otak aku masih dalam tempurung kepala rupanya…

Artikel penuh »
Kategori: Coretan | 14 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 21st, 2010
Oh kunci kereta,
Semalam aku letak atas meja,
Tapi kenapa dicari tak jumpa,
Adakah kau telah hilang,
Atau sekadar menduga perasaan,
Supaya aku tak dapat memandu kereta pergi ke kedai,
Untuk membeli rokok yang tinggal sebatang.
Artikel penuh »
Kategori: Umum | 7 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 17th, 2010
Salam…
Pada hari ini, Ahad, 17 Januari, jam 3.45 a.m… adeh.. penat aku tulis tarikh… (padahal kalau pos entri nanti ada tarikh juga.. aku nak umumkan secara rasmi persaraan aku dalam dunia blog ni)… Keputusan untuk bersara aku buat sendiri setelah memikirkan banyak perkara, tiada paksaan daripada sesiapa, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia… jangan fikir yang bukan-bukan…
Sedih juga sebenarnya untuk meninggalkan “Rumah Hijau” ni.. tapi apakan daya, takdir menentukan segala-galanya… Jadi untuk menjawab tanda tanya kenapa aku tiba-tiba ambil keputusan untuk bersara… biar aku jelaskan satu persatu….
Artikel penuh »
Kategori: Coretan | 66 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 15th, 2010
Salam
Pasti ramai dah tahu pasal gerhana Matahari Cincin yang berlaku pada petang tadi (15 Januari). Bahkan sebelum pos ni aku tulis, aku sempat guna khidmat Google untuk dapatkan maklumat berkenaan gerhana hari ni. Masing-masing punya cerita tersendiri untuk dikongsikan. Sama ada cerita tu dibuat hasil daripada pengalaman sendiri mencerap atau memerhati kejadian gerhana, hasil daripada rujukan dan pembacaan atau mendengar cerita daripada orang lain. Sedikit sebanyak aku dapat tahu perihal gerhana ni.
Jadi, akupun tak nak lagi tulis pasal cerita gerhana Matahari tadi. Ni aku cerita pasal gerhana yang lain pula.

Artikel penuh »
Kategori: Coretan | 27 Respon »