Paparkan Pautan (Link) di Profil Anda

November 6th, 2009 | 12:35 am | Blog, Tutorial | 13 responses

Salam semua…
Tak tau nak kongsikan apa lagi kali ni.. kadang kala tu otak ni beku sekejap disebabkan kesibukan kerja harian… Nasib ada juga blog ni dan radio online UtaraFM untuk merelekskan kepala yang berserabut. Malam ni, aku akan buka blog seperti biasa. Sambil-sambil tu aku tengah fikir apa lagi entri yang nak ditulis kali ni…

Jadi, kebetulan tiada idea nak tulis perkara lain, kali ni aku nak kongsilah sedikit tips: Cara untuk add link (pautan) blog/website di profil kita (akaun google). Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin gangmuslim.blogspot.com sebab dia yang ingatkan aku pasal link tu.. Sebenarnya sebelum ni tak perasan (tak tau sebenarnya) yang aku belum add link diprofil memandangkan aku pun baru saja dalam dunia blogger ni.

Okey, sebagai mukadimah…
1. Penting sangatkah Link di profil ni?
Jawapannya memang penting… sebab kalau anda follow mana-mana blog, senanglah nanti kawan-kawan tengok URL blog/website anda..

2. Apa perbezaan di antara Link (Pautan) dan Blog I’ve Joined (Blog yang saya telah sertai).
Link biasanya alamat blog anda sendiri (atau blog utama tempat anda selalu lepak). Manakala Blog I’ve Joined pula ialah blog yang anda sertai/ikuti (yang kita follow lah gitu… ).

3. Macam mana kita nak tengok yang kita sudah add link atau belum..
Mudah saja. Kalau kita follow mana-mana blog guna akaun google (google friend connect), kita klik pada gambar kita, pastu tengok di bawah gambar tu.. ada tak ditulis Link/Pautan di bawah tu. Kalau anda tengok macam gambar A bawah ni, maknanya anda sudah add link, tapi kalau anda tengok paparan macam gambar B, maknanya link belum ditambah.

Picture1

Jadi bagaimana caranya nak tambah link. Cukup mudah, hanya perlu ikuti beberapa langkah berikut:

Langkah 1: Login di akaun Google
1. Pertama sekali anda perlu login (sign in) di akaun google
2. Selepas login, lihat pada menu setting (tengok di sudut atas sebelah kanan).

Picture7

3. Klik setting dan pilih Google Account Setting. Lepas tu anda akan dapat lihat paparan berikut:

Picture3

p/s: Bagi yang ada blog sendiri, boleh juga setting profil anda melalui Blogger Dashboard. Caranya, Setelah anda login di dashboard, lihat pada menu di sebelah kanan, klik saja pada My Account yang terletak hampir dengan alamat email tu.

Langkah 2: Edit Profil
1.  Tengok dekat gambar profil kita tu (gambar atas), di sana ada menu edit profile (bawah nama). Klik menu tu.
Sesudah diklik paparan seperti di bawah ni akan kelihatan.

Picture2

2.  Scroll paparan hingga nampak di bawah tu ada tulis Link (bawah A little personality tu). Dekat Link tu, ada ditulis macam ni: Add Link – Google has found some of your public pages that you can add to your profile… macam gambar  bawah ni. (kalau yang set dalam Bahasa Malaysia tu, translate sendirilah.. hehe)

Picture4

3.  Kalau anda sudah memiliki blog jenis blogspot… blog anda akan disenaraikan di bahagian tu… klik saja arahan add sebelah kanan tu.. Blog anda kemudiannya akan disenaraikan di bawah My Link tu…
4. Kalau blog/website anda guna wordpress, joomla, phbBB atau selain blogspot, anda boleh masukkan alamatnya di bahagian yang ada tulis > Add custom links to my profile.
5.  Masukkan URL blog anda dan letaklah nama yang sudah anda pilih. Lepas tu klik butang Add. Tengok senarai di bawah My Link tu sama ada URL yang baru dimasukkan tadi sudah disenaraikan atau belum. Kalau sudah, klik butang Save Changes di bawah sekali..

Langkah 3: Follow dan Unfollow
1.  Selepas dah set semua, cuba buka mana-mana blog yang sudah anda ikuti, (kalau dah buka blog, refresh page terlebih dahulu).
2.  Lepas tu klik pada gambar (profil) anda sendiri. Lihat sama ada Link sudah di senaraikan di profil anda. Jika link berkenaan belum dipaparkan, anda perlu unfollow blog tersebut, lepas tu baru follow semula… dengan cara tu dijamin link tadi akan dipaparkan (Tapi bagi yang follow mana-mana blog selepas setting di atas dilakukan, link anda akan dipaparkan secara automatik, tidak perlu lakukan langkah follow dan unfollow ni)

Selesai!

Selamat mem-follow dan di-follow…

Maaf.. bahasa aku bercelaru banyak.. aku tengah pening-pening..

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

13 Responses to “Paparkan Pautan (Link) di Profil Anda”

  1. 1

    samalah seri masih belum tahu lagi. nak buat masih belum faham betul terpaksa salin dulu artikel ini buat rujukan.

  2. 2

    @seri.. tak apa.. pelan2 saja.. nanti lama-kelamaan dapat setting juga tu

  3. 3

    i’m not a blogger, tak tahu langsung pasal link-link ni,tapi boleh ke kalau saya cuba nak buat link ke website saya seperti di atas tu?

  4. 4

    @mustika.. sebenarnya link yg sya maksudkan di atas adalah untuk dipaparkan di profil kita – google id (utk pengguna gmail).. tapi kalau mustika nak sya paparkan/simpan link website mustika di blog ini pun bole juga..

  5. 5

    salam. terima kasih atas response anda. maknanya saya mesti ada profile(blog), baru boleh link website tu ya? kena belajar la ni…

    Kalau anda tak keberatan….i really appreciate it. terima kasih!

  6. 6

    @mustika.. sebenarnya kita kita perlu ada blog sendiri untuk paparkan link di profil google id.. kita bole letakkan apa saja link di sana.. contohnya macam sekarang mustika letakkan link dapatwang[dot]com tu.. itupun bole juga diletakkan sebagai link di profil yg dimaksudkan

  7. 7

    Terima kasih diatas info ini, kekadang dalam box follower tu, klik kat gambar dorang nye link takde. Ok sekarang dah faham

  8. 8

    ini juga posting yang bagus kok friend, keep your spirit up and get more power to blogging again, :D

  9. 9

    Thanks Beauty.. sekadar berkogsi apa yang termampu

  10. 10

    boleh tak install ad nuffnang kat add gadget
    (java script). kalu tak masuk dlam edit hml..boleh on ke ad nuffnang tu?

    • 11

      Boleh..
      Skrip Nuffnang boleh letak sebagai gadget..
      Macam tu la langkahnya, Add a Gadget, pastu pilih HTML/Javascript..

      Saya guna cara tu untuk letak Ad sidebar dan between contant. Yg leaderboard tu pun boleh juga, tapi tu bergantung pada template blog..

  11. 12

    terima kasih dengan ilmu yang dikongsi bersama. Semoga Allah menambah rezeki anda…

  12. 13

    trimas bro
    hazu´s last blog ..intro Lambaian PerwiraMy ComLuv Profile

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda