Home >> Info >> Pekeliling Perkhidmatan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Pegawai Perkhidmatan Awam di Bawah SSM 2013

Berhubung saraan yang diumumkan dalam MAPPA XIII pada 11 Mac 2013 yang lepas (rujuk di SINI), Kerajaan telah bersetuju menambah baik struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Bagi tujuan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telahpun mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.02/2013 mengenai penambahbaikan struktur JGMM yang melibatkan beberapa perkara penting, iaitu:

  1. Struktur gaji JGMM diperuntuk 3 KGT pada gaji maksimum (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013).
  2. Pemberian satu KGT kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2013 dan Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3 peratus bagi pegawai yang berada di gaji maksimum, jika tiada pelarasan atau semakan gaji dilakukan, akan dikeluarkan secara berperingkat dalam pekeliling berasingan.

Penambahbaikan Struktur JGMM
Struktur JGMM sedia ada ditambah baik seperti berikut:
1. Peringkat gaji (P) bagi Kumpulan Pelaksana dan, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijadikan satu lapisan jadual gaji minimum-maksimum yang baru dengan melibatkan penggabungan:
a. Peringkat gaji P1, P2 dan P3 di gred lantikan.
b. Peringkat gaji P1 dan P2 di gred kenaikan pangkat.

2.  Gaji maksimum JGMM bagi semua Kumpulan Perkhidmatan ditambah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga (3) KGT untuk membolehkan pegawai menikmati Pergerakan Gaji Tahunan (PGT).

3.  JGMM baru yang ditambah baik adalah seperti di Lampiran A. Bagi JGMM yang tidak terdapat dalam Lampiran A, Ketua Jabatan hendaklah memohon JGMM daripada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan pegawai terlibat yang telah dikemas kini dan disahkan.

Pegawai Yang Layak
Penambahbaikan struktur JGMM ini melibatkan pegawai bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service) yang sedang berkhidmat di bawah SSM pada atau selepas 1 Januari 2013 termasuk yang berada dalam keadaan seperti berikut:

  1. Pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.
  2. Pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta.
  3. Pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
  4. Pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2013 juga terlibat dalam penambahbaikan JGMM ini. Ketua Jabatan terakhir di mana pegawai ditempatkan adalah bertanggungjawab terhadap pemindahan gaji bagi pegawai tersebut.

Pegawai Yang Tidak Layak
Penambahbaikan struktur JGMM ini tidak melibatkan:

  1. Pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
  2. Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Januari 2013.
  3. Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2013.

Contoh Jadual Gaji Minimum-Maksimum
Berikut adalah contoh jadual gaji minimum-maksimum skim perkhidmatan pendidikan bagi kumpulan pengurusan dan profesional, serta kumpulan pelaksana.

Pekeliling Perkhidmatan

Pekeliling Perkhidmatan

Untuk maklumat lanjut berkenaan pekeliling dan JGMM perkhidmatan awam yang lain, sila klik SINI untuk muat-turun dokumen.

Kemaskini 14/06/2013

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013 – PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telahpun mengeluarkan Surat PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling boleh dimuat-turun di laman: http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp052013.pdf


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner