Dalam penulisan sebelum ini, saya pernah mengemukakan secara ringkas latar belakang pekerja sosial dan peranan Pekerja Sosial Sebagai Pemungkin (enabler). Pada kesempatan ini saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan Pekerja Sosial Sebagai Broker pula.
Pekerja Sosial Sebagai Broker
Dalam pengertian umum, seorang broker adalah orang perantaraan bagi membeli dan menjual saham di pasaran modal, hartanah atau dokumen berharga yang lain. Dalam sesuatu urus niaga, seorang beroker akan berusaha untuk meminimumkan kos dan dalam masa yang sama memaksimumkan keuntungan daripada sesebuah urus niaga tersebut sehingga pelanggan dapat memperoleh keuntungan semaksimum yang boleh. Semasa seorang pelanggan mendapatkan bantuan atau perkhidmatan seorang broker, pelanggan yakin bahawa broker tersebut memiliki pengetahuan mengenai pasaran modal serta urus niaga lain terutama berdasarkan pengalamannya sehari-hari.
Dalam konteks pembangunan manusia pula, peranan pekerja sosial sebagai broker tidak jauh bezanya dengan peranan broker di pasaran modal. Dalam konteks tersebut juga terdapat pelanggan. Bezanya, pekerja sosial dalam konteks pembangunan manusia ini melakukan urus niaga dalam pasaran lain, iaitu jaringan pelayanan sosial. Dalam jaringan ini, seorang broker akan membantu menghubungkan pelanggan yang terdiri daripada individu, kumpulan, organisasi atau masyarakat dengan komuniti pengeluar atau yang menyediakan sesuatu perkhidmatan. Menurut Baker, 1995, seorang broker juga membantu meletakkan kepelbagaian segmen dalam sesuatu perhubungan di antara satu individu dengan komuniti yang lain bagi meningkatkan pertukaran pendapat atau minat masing-masing.
Selain itu, dalam sesebuah sistem makro dan mezzo, ia memerlukan seseorang pekerja yang biasa dengan perkhidmatan komuniti atau masyarakat serta memiliki pengetahuan umum tentang keperluan kelayakan dan sensitif terhadap keperluan pelanggannya. Misalnya, seorang broker dapat membantu pelanggan mendapatkan makanan atau tempat tinggal ketika kecemasan. Satu contoh yang mudah, seorang pekerja sosial (broker) membantu warga emas mendapatkan pusat perlindungan atau rumah warga tua.
Peranan Pekerja Sosial Sebagai Broker
Terdapat tiga tugas utama pekerja sosial sebagai broker iaitu, mengidentifikasi atau mengenal pasti sumber-sumber kemasyarakatan yang tepat; menghubungkan pelanggan dengan sumber secara konsisten; dan menilai secara efektif sumber dan kaitannya dengan keperluan-keperluan seseorang pelanggan/individu.
Peranan sebagai broker pula pada prinsipnya adalah “menghubungkan pelanggan dengan sumber-sumber dan perkhidmatan dan mengawal kualiti sumber dan perkhidmatan tersebut. Terdapat juga tiga kata kunci dalam pelaksanaan peranan sebagai broker, iaitu menghubungkan (linking); barang-barang atau sumber dan perkhidmatan (goods or resources and services); dan kawalan mutu (quality control).
1. Menghubungkan (Linking)
Ia merupakan proses menghubungkan pelanggan yang terdiri daripada seorang individu, kumpulan, organisasi atau masyarakat dengan komuniti pengeluar atau mereka yang memiliki sumber-sumber dan menyediakan sesuatu perkhidmatan yang diperlukan. Proses menghubungkan itu tidak terbatas hanya memberi bantuan kepada pelanggan mengenai sumber-sumber yang ada, tetapi juga meliputi tugas bagi memperkenalkan pelanggan proses pengeluaran sumber berkenaan serta menjamin bahawa barang-barang dan perkhidmatan yang ditawarkan itu dapat diterima oleh pelanggan mereka.
2. Barang-barang atau sumber dan perkhidmatan (goods or resources and services)
Barang-barang atau sumber dan perkhidmatan merupakan sesuatu barangan yang nyata, seperti makanan, wang, pakaian, rumah, ubat-ubatan dan sebagainya. Manakala perkhidmatan pula merangkumi keluaran atau output dalam bentuk pelayanan yang disediakan oleh komuniti tertentu yang dirancang dan disediakan untuk memenuhi kehendak atau keperluan hidup pelanggan mereka, contohnya rawatan kesihatan, pendidikan, latihan, kaunseling, dan didikan anak-anak.
3. Kawalan mutu (quality control)
Kawalan mutu atau quality control adalah proses pengawasan yang dapat menjamin bahawa produk-produk yang dihasilkan oleh pengeluar berjaya memenuhi mutu mengikut piawaian yang telah ditetapkan atau yang dikehendaki oleh pelanggan mereka. Proses ini memerlukan pengawasan (monitoring) yang berterusan terhadap pengeluar dan semua jaringan pelayanan sosial untuk menjamin bahawa barangan atau perkhidmatan yang disediakan itu dapat memenuhi mutu seperti yang dikehendaki oleh pelanggan mereka.
Sebagai seorang broker dalam bidang kerja sosial, sesorang itu mestilah memiliki pengetahuan yang luas tentang sumber-sumebr komuniti supaya mereka boleh membuat rujukan yang sewajarnya. Pengetahuan tentang polisi berkaitan dengan sistem sumber dan hubungan kerja adalah mustahak untuk proses rujukan yang berjaya. Para pekerja sosial juga bertanggungjawab membentuk mekanisme rujukan yang mudah dan berkesan serta cara pemantauan yang efisen untuk mengetahui sama ada pelanggan mereka mampu mencapai tuntutan atau apa yang dikehendaki mereka.


{ 7 comments… read them below or add one }
2 3 kali aku ulang..
tapi kurang paham entri ni..
ayat saya tunggang-langgang, tak sempat baiki lagi, mungkin sebab tu susah faham, hehe…
salam..saya graduan uum course pengurusan kerja sosial.. cara saudara ulas tue betul tapi lebih sesuai kalau guna contoh yang lebih menjurus kepada fungsi pekerja sosial itu sendiri..contohnya dalam “linking” tue..lebih tepat jika saudara ulas tentang peranan pekerja sosial untuk menghubungkan kliennya (remaja mengandung cthnya) dengan sumber2 atau institusi yang boleh menbantu klien pekerja sosial tersebut…harap saudara tak terasa..wassalam
Salam,
Terima kasih banyak-banyak sebab sudi membetulkan mana yang perlu.. saya sangat menghargainya..
Inysa Allah akan diperbaiki mana2 yanfg perlu..
sama la..tak faham gak..
.-= Azizuan´s last blog ..Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.
pekerja sosial sebagai broker? huhu.. nice concept..
.-= zuls´s last blog ..zulseffort: RT @MrMoneyTweet: dear friends.. want to follow me in mylikes? you can make some money too.. http://ow.ly/1FcRE =-.
Simply desire to say your article is as astonishing. The clearness in your post is just cool and i can assume you are an expert on this subject. Fine with your permission let me to grab your RSS feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the rewarding work.