Pekerja Sosial Sebagai Pemungkin (Enabler)

December 16th, 2009 | 11:15 pm | Artikel | 9 responses

my-socilKerja sosial merupakan satu profesion yang memerlukan kita bekerja secara terancang bagi memajukan keadaan sosial sebuah masyarakat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kekurangan atau kelemahan tertentu, di samping menyediakan psikologikal runding cara, tunjuk ajar, dan bantuan, terutamanya dalam bentuk perkhidmatan sosial.

IFSW General Meeting yang diadakan di Montreal, Kanada pada bulan Julai 2000 telah memberikan takrif baru kerja sosial yang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Takrif baru ini telah menyisipkan nilai-nilai kemasyarakatan abad ke-21 yang lebih dinamik dan berkembang serta menyeluruh. Berdasarkan takrif yang dipersetujui itu, kerja sosial boleh didefinisikan sebagai satu bidang tugas yang bertujuan utuk meningkatkan perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam perhubungan manusia dan pendaulatan dan pembebasan manusia untuk mengukuhkan kesejahteraan. Takrif ini ditetapkan berdasarkan teori-teori perilaku manusia dan sistem-sistem sosial yang terlibat. Prinsip-prinsip hak asasi manusia dan keadilan sosial adalah asas untuk kerja sosial.

Berdasarkan prinsip itu juga, kerja sosial dilihat mempunyai tiga matlamat utama: Pertama, boleh membantu individu menyelesaikan masalah-masalah mereka atau menangani situasi-situasi tertentu dengan lebih berkesan. Kedua, dapat bekerja dengan sistem-sistem, agensi-agensi, pertubuhan-pertubuhan, komuniti, dan birokrasi kerajaan, supaya orang boleh memiliki akses lebih baik untuk sumber-sumber dan perkhidmatan yang mereka perlukan. Ketiga, membolehkan masyarakat disambungkan atau dihubungkan dengan sistem-sistem tertentu agar pelanggan-pelanggan dapat mengakses kepada sumber-sumber dan peluang-peluang perkhidmatan yang disediakan. Justeru, sasaran utama kerja sosial bukan sahaja tentang bagaimana seseorang individu dapat melakukan sesuatu perkara, tetapi juga bagaimana sistem-sistem dan masyarakat lain mempengaruhi di antara satu sama lain.

Pekerja Sosial Sebagai Pemungkin (Enabler)

Menurut Parsons, Jorgensen dan Hernandez (1994:188), “The traditional role of enabler in social work implies education, facilitation, and promotion of interaction and action.” Manakala menurut Barker (1987) memberi definisi pemungkin atau fasilitator sebagai tanggungjawab untuk membantu klien agar mampu menangani tekanan situasional atau transisional. Pernyataan ini membawa maksud dalam literatur pekerjaan sosial, peranan “pemungkin” (enabler) sering juga disebut “fasilitator”. Bahkan definisi kedua-duanya sering ditukarkan antara satu-sama lain.

Pengertian ini adalah berdasarkan kepada misi dan visi pekerjaan sosial itu sendiri bahawa “setiap perubahan terjadi pada dasarnya adalah disebabkan oleh adanya usaha-usaha klien sendiri, dan peranan pekerja sosial hanyalah memfasilitasi atau memungkinkan klien mampu melakukan perubahan yang telah ditetapkan dan disepakati bersama (Parsons, Jorgensen dan Hernandez, 1994).

Sebagai pemungkin atau pemudahcara, seseorang yang terlibat secara langsung dalam bidang pekerjaan ini akan menjadi agen perubahan kepada individu atau kumpulan tertentu. Fokus utama bantuan yang diberikan oleh seorang pemungkin adalah untuk membangunkan potensi mereka secara optimum atau menyeluruh, dan menghalang daripada timbulnya gangguan fungsi dalam sesebuah sistem.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kerja sosial sebagai pemungkin merupakan profesional adalah tertumpu di penyelesaian masalah dan perubahan. Oleh itu, kerja luar adalah agen-agen perubahan dalam masyarakat dan tempat di mana individu-individu, keluarga-keluarga dan kaum-kaum mereka berkhidmat. Kerja sosial sebagai pemungkin atau pemudahcara adalah satu sistem yang amat bernilai dan berkait rapat demgam teori dan amalan.

Peranan Pekerja Sosial Sebagai Pemungkin (Enabler)

Pekerja sosial sebagai pemungkin atau fasilitator mempunyai tanggungjawab menilai struktur polisi dan program-program yang mempunyai kelemahan dalam sesebuah organisasi demi mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan. Setelah menentukan faktor–faktor yang menghalang perkhidmatan yang efisyen, pekerja sosial mempunyai tanggungjawab untuk merancang dan melaksana pendekatan yang kondusif bagi mamantapkan perkhidmatan termasuklah penyediaan input-input berkaitan kepada pihak pentadbir atau pengurusan agensi: penggunaan mesyuarat staf untuk memperakukan atau mengajukan masalah; penggabungan dengan staf lain untuk memberikan tekanan kepada pentadbir yang menentang serta menggalakkan penyertaan atau penglibatan dalam sesi latihan perkhidmatan dan sebagainya.

Strategi-strategi khusus untuk mencapai tujuan tersebut adalah meliputi: pemberian harapan, pengurangan penolakan dan ambivalensi, pengakuan dan pengaturan perasaan-perasaan, mengidentifikasi atau mengenal pasti dan mendorong kekuatan-kekuatan personal dan aset-aset sosial, memisahkan masalah menjadi beberapa bahagian sehingga lebih mudah dipecahkan, dan pemeliharaan sebuah fokus pada tujuan dan cara-cara pencapaiannya (Barker, 1987:49).

Parsons, Jorgensen dan Hernandez (1994:190-203) memberikan kerangka acuan mengenai tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh pekerja sosial, iaitu:

  • Mendefinisikan keanggotaan atau siapa yang akan dilibatkan dalam pelaksanaan sesuatu kegiatan.
  • Mendefinisikan tujuan penglibatan tersebut.
  • Mendorong komunikasi dan perhubungan, serta menghargai pengalaman dan perbezaan-perbezaan yang dihadapi.
  • Mencari persamaan dan perbezaan yang berkaitan dalam sistem yang diamalkan dalam sesebuah organisasi.
  • Memberi bantuan dalam bidang pendidikan, iaitu membangun pengetahuan dan keterampilan individu.
  • Memberi dorongan dalam kegiatan yang dilakukan secara kolektif.
  • Mengenal pasti masalah-masalah yang hendak diselesaikan bersama.
  • Mengenal pasti penetapan tujuan.
  • Merancang kaedah alternatif semasa mencari jalan penyelesaian.
  • Mendorong pelaksanaan tugas.
  • Memelihara perhubungan sesebuah sistem.
  • Memecahkan konflik.

Nilai yang cuba ditonjolkan dalam kerja sosial adalah berkait rapat dengan keinginan kepada keadaan kehidupan yang dapat memperkukuhkan kebajikan individu, keperihatinan terhadap cara melayani manusia, hala tuju serta strategi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Oleh itu, peranan seorang “pemungkin” dalam kerja sosial adalah untuk memastikan pelanggan mereka berkemampuan untuk mengendalikan situasi-situasi atau tekanan peralihan. Seorang “pemungkin” juga haruslah bertindak sebagai penasihat, pembela, kaunselor atau pendengar, sehingga pelanggan mereka berjaya menyelesaikan konflik yang dihadapi mereka agar mereka berjaya menyesuaikan diri dan terus “hidup” dalam komuniti-komuniti di mana mereka berada.

Ringkasnya, walaupun peranan pekerja sosial berbeza dari satu pasukan atau bidang pekerjaan dengan yang lain, namun beberapa tugas utama mereka yang terpenting adalah untuk menjalankan runding cara atau khidmat bantuan dan sokongan padu sesuai dengan kehendak seseorang atau komuniti setempat di mana mereka berkhidmat.

Photo Credits: psychobone

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

9 Responses to “Pekerja Sosial Sebagai Pemungkin (Enabler)”

  1. 1

    Buat amal akan dapat ganjarannya. “When I want to received, I give first” – Robert T Kiyosaki, Rich Dad, Poor Dad.
    Dak Wan´s last blog ..Berita Gembira untuk Pengguna Internet Malaysia My ComLuv Profile

    • 2

      ya.. begitulah selalunya, kalau kita ikhlas Allah SWT akan membalas berlipat kali ganda..

  2. 3

    dapat byk pahala kn.. :)
    meo188´s last blog ..Panik di Kuala Lumpur (Part 1) My ComLuv Profile

    • 4

      Iya, begitulah sepatutnya…

  3. 5

    woe sob,,, gw kok di banned di shhout??

    Your IP address 110.136.232.56 has been banned from this shoutbox.

    Please try again later.

    • 6

      iya kah sob.. rasanya tu disebabkan masalah shoutmix.. maklumlah, shoutmix percuma…
      rasanya saya tidak ada banned mana-mana IP setakat ni.. paling-paling delete mesej saja

  4. 7

    Hi,
    Can i get a one small picture from your site?
    Thanks
    Dougles

    • 8

      Hi, thanks for visited

  5. 9

    saya seorg pelajar sedang membuat kajain mengenai fasi.. mayb u could share some information 2 me… thnx…

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda