Sejarah pelancongan angkasa lepas bermula apabila pada tahun 2001, seorang pengusaha dari Amerika, Dennis Tito menjadi orang awam yang pertama melakukan perjalanan ke angkasa lepas dengan menggunakan pesawat Russian Soyuz dan meluangkan masa selama enam hari di Stesen Angkasa Antarabangsa. Kemudian, pada tahun 2004, seorang juruterbang pandu uji, Mike Melvill menjadi orang pertama yang menerbangkan kapal terbang ke ruang angkasa. Beliau menerbangkan SpaceShipOne pada kelajuan Mach 3 di luar atmosfera bumi. Manakala, Richard Branson juga pernah menghabiskan $200,000 per tiket untuk penerbangan 2.5 jam menaiki SpaceShipTwo.
Sejak daripada itu, perjalanan ke ruang angkasa secara komersial hampir menjadi realiti apabila beberapa syarikat swasta mula tampil dan menawarkan pelancongan ke angkasa lepas. Berikut adalah syarikat pelancongan angkasa yang lain yang juga turut bersedia untuk membawa pelancong menelusuri perjalanan luar biasa ke ruang angkasa lepas.
1. Virgin Galactic’s SpaceShipTwo
Virgin Galactic SpaceShipTwo milik Richard Branson telah berjaya menyempurnakan penerbangan pertama bersama kru di atas kapal yang berlepas dari Gurun Mojave California bulan Julai lepas. Sehingga, syarikat ini telah menerima lebih daripada 300 tempahan daripada orang-orang terkaya dengan jumlah deposit sebanyak $45 juta telah diterima. Setiap penumpang akan dikenakan bayaran sebanyak $200,000 seorang untuk penerbangan selama 2.5 jam. Direka untuk mengambil dua hari perjalanan ke angkasa. Penerbangan bersama penumpang mungkin akan bermula pada tahun 2011 atau 2012.
2. XCOR Aerospace’s Lynx
Xtraordinary Adventures telah bekerjasama dengan RocketShip Tours menghasilkan XCOR Aerospace’s Lynx suborbital spaceship. Mereka mula mengambil tempahan daripada pelancong yang berminat dengan harga satu perjalanan $95,000. Harga ini merangkumi kos untuk penginapan lima malam di sebuah resort mewah semasa latihan dan persiapan, penilaian perubatan dan penapisan. Bagaimanapun, wang pemuka sebanyak $20,000 perlu dilunaskan terlebih dahulu. Penerbangan awam pertama XCOR Aerospace’s Lynx suborbital spaceship dijadualkan pada awal 2012.
3. EADS Astrium Space Jet
EADS Astrium adalah projek “airplane to rocket”. Jet empat penumpang ini kelihatan seperti pesawat biasa, tetapi ia sebenarnya adalah pesawat jet angkasa yang dilengkapi dengan enjin roket. The Astrium Space Jet boleh berlepas dari sebuah lapangan terbang konvensional menggunakan enjin jet sehingga mencapai altitude sekitar 12 km. Setelah itu, enjin roket akan menjalankan tugasnya sehingga jet mampu mencapai 100 km dalam masa yang singkat. Astrium dijadualkan akan melakukan penerbangan pertama pada tahun 2012 dengan tiket berharga kurang daripada $300,000.
4. Excalibur Almaz
Excalibur Almaz Limited (EA) mengumumkan pada tahun lalu 2009 telah mengumumkan untuk membuka era baru dalam penerbangan merentas orbit bagi pelanggan komersial pada tahun 2013 dengan menggunakan kenderaan mengikut pesawat ruang angkasa era Soviet yang dibina untuk memenuhi klasifikasi stesen angkasa tentera. Bagaimanapun hingga kini, Excalibur Almaz belum menyatakan butiran kos setiap penerbangan.
5. SpaceDev Dream Chaser
The Dream Chaser adalah pesawat ruang angkasa yang dibangunkan oleh SpaceDev, anak syarikat Sierra Nevada Corporation. The Dream Chaser direka bentuk untuk membawa enam hingga lapan orang dari dan ke orbit rendah bumi. Sebanyak $20 juta modal telah diberikan oleh Sierra Nevada Corporation di bawah program CCDev NASA untuk pembangunan DreamChaser.
6. Armadillo Aerospace’s Fishbowl Spaceship
Pesawat ruang angkasa dari syarikat John Carmack’s Aerospace menawarkan 360 darjah pandangan di angkasa kepada para penumpang. Kapal angakasa ini akan membawa dua orang ke ruang angkasa pada satu-satu dengan kos tiket sekitar $100,000 seorang. Penerbangan pertamanya dijadualkan pada tahun ini (2010) melalui lapangan kapal angkasa Amerika.
7. Boeing Spaceship
Boeing turut tidak ketinggalan menyertai pelaburan berprestij tinggi ini. Boeing kini mula menghasilkan kapsul kapal angkasa baru dan berkemungkinan akan mengangkut penumpangnya dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Projek ini telah memperoleh momentum selepas dianugerahi $18,000,000 di bawah NASA’s Commercial Crew Development (CCDev) Space Act Agreement. Pesawat Crew Space Transportation-100 spacecraft (CST-100) boleh membawa seramai tujuh penumpang.
8. Blue Origin New Shepard
Blue Origin adalah syarikat yang dimiliki oleh pengasas Amazon.com dan Jeff Bezos. Direka untuk kegunaan pelancongan angkasa lepas, New Shephard merupakan pesawat angkasa guna semula yang akan berlepas dan mendarat secara menegak. New Shepard RLV akan dilancarkan secara menegak, naik ke ketinggian suborbital untuk membawa kedua-dua penumpang dan percubaan untuk angkasa, kemudian kapal ini akan melakukan pendaratan juga secara menegak supaya kapal ini terpelihara daripada kerosakan dan boleh digunakan semula.
9. Starchaser Thunderstar
Starchaser Industries turut mempromosikan pelancongan angkasa melalui kapsul angkasa Thunderstar yang boleh memuatkan seramai 3 orang penumpang. Tunderstar merupakan kapal angkasa suborbital yang boleh digunakan semula. Syarikat berkenaan akan melancarkan kapsul Thunderstar dengan bantuan Starchaser 5. Starchaser akan mengenakan bayaran sebanyak £98,000 ditambah cukai untuk penerbangan suborbital kapal Thunderstar.
Buat masa ini kos untuk penerbangan ke angkasa lepas masih terlalu tinggi dan sudah pasti tidak semua orang mampu menikmati perjalanan tersebut. Walau bagaimanapun, dengan industri pelancongan angkasa yang semakin hangat dan berkembang, kita berharap yang dalam jangka masa terdekat ini akan menjadi lebih murah.
Sumber: Bornrich











{ 21 comments… read them below or add one }
info terbaik bro, memang tak mampu lah saya, setakat ni yang saya mampu cuma buat pemotongan gaji dengan biro angkasa aje huhuhu

etomyam recently posted..SMAP Kajang Selepas 19 Tahun
haha, samalah..
tu pun ada juga angkasanya
pernah ke angkasapuri je…
tehr recently posted..Berbuka – Ingat Lima Perkara
aku tak pernah lagi bro pegi ke angakasapuri
uhh..mahalnya jugak tiketnya..kalau ada peluang dan uwang mahu pergikah en.kulanz?
cikmin recently posted..Break Time dan Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa
tak mau lah aku pegi angkasa lepas tu.. nanti tak dapat balik ke bumi
pergh dia punya harga tambang dia… ntah boleh dapat pergi ke tak nie ..suatu hari nie…
zik recently posted..Selamat menyambut bulan ramadhan
kalau aku memang kempunanlah melancong ke sana..
saya nak melancong kat Eropah pun x mampu lagi, ni plak angkasa lepas. memang x la. haha… sape yg kaya raya bolehla pergi…
Amir recently posted..Drama Lagenda Budak Setan di Astro Prima
samalah bro.. akupun tak mampu pegi mana-mana
malaysia [sabah le tu] pun belum sampai lagi
…dapat membaca pengalaman orang lain pun dah kira bersyukur sangat
tehr recently posted..Berbuka – Ingat Lima Perkara
akupun masih banyak negeri di Malaysia ni yang tak sampai lagi..
nak menjejak kaki ke seberang indonesia pun masih xmampu inikan pula ruangan angkasa lepas
ray ban recently posted..Size guide
dalam mimpi aku bolehlah.. reality ish2 setakat ke angkasapuri je laa
wah tambangnya cukup untuk beli rumah dan bmw owh..huhu
ishak recently posted..Ujian air kencing ameng spring positif dadah
Melancong ke angkasa memang terbaek.
Dan harga tiketnya lagi terbaek~ =P
hafidz recently posted..Tunjuk Perasaan
waaa banyak kali la wang tu..
jawatan kosong recently posted..Fuji Electric Vacancy Engineers Kulim Kedah Jobs
Cuba tengok VTOL suborbital spaceplane Malaysia di youtube:
http://www.youtube.com./watch?v=TI-VIGVAbFw
assalammualaikum…
la ni dah ada animation space tourism ……budak2 malaysia buat… siap dah cecah huntsville, US…dan tak lama lagi…kat LA plak…depa kena present kat space conference 2011. ni web dia… http://www.re-entry.com.my …tapi aku rasa…facebook depa lagi aktif. try laa tengok. aku cuma support animation yg base on facts…
waalaikumsalam..
terima kasih maklumkan pasal tu.. tak tau lagi sebelum ni..
ada masa nanti aku kongsi pasal tu di blog ni..
banyak juga maklumat tentang angkasalepas