Home >> Nasional, Pelancongan >> Pembangunan Infrastruktur dan Minda Tidak Selari

Malam Ahad lepas, saya meluangkan masa membawa keluarga jalan-jalan di Dataran Bengkoka, salah satu tempat rekreasi  atau destinasi pelancongan paling dekat dengan rumah. Disebabkan kesibukan, sudah beberapa bulan saya tidak menjejak kaki ke sana, walaupun tempat tu sebenarnya saya lalui setiap kali pergi dan balik kerja. Memang banyak perubahan yang berlaku di kawasan tersebut. Ada perubahan yang ke arah kebaikan (penambahan bangunan R&R dan jeti baru), ada juga perubahan buruk yang berlaku.

Lihat saja keadaan lampu di kawasan tersebut. Bukan satu, tapi banyak yang dirosakkan. Sampah-sarap bertempiaran  merata tempat dan pagar serta alat permainan kanak-kanak turut menjadi mangsa individu yang tak pernah menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada. Inilah padahnya jika minda masih belum membangun. Akhirnya lahirlah manusia yang anti pembangunan. Tak senang hidup tengok tempat tu cantik.

Hairan juga dengan orang macam tu. Kalau tiada pembangunan, sibuk minta itu dan ini. Sudah diberi, gatal tangan merosakkan pula.  Kalau macam ni baik tak perlu sediakan apa-apa pembangunan. Tunggulah beberapa tahun lagi sehingga minda ‘perosak’ tu matang sedikit. Ataupun setelah timbul rasa menghargai dan bersyukur. Mungkin juga setelah pihak berkuasa bersedia untuk mengambil berat tentang penjagaan tempat itu.

Minggu ni (14-16 Mei), Pesta Bengkoka yang dah masuk dalam kalender acara tahunan negeri Sabah akan dilangsungkan di tempat tu. Dijadualkan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman. Juga dihadiri oleh masyarakat dari dalam dan luar daerah. Malangnya agak mengecewakan tempat ini sudah dicemari oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kata kunci artikel:

dataran bengkoka, pitas, pitas internet

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 15 comments… read them below or add one }

1 tehr May 10, 2010 at 4:25 pm

salam kulanz
masyarakat perosak ni ada di mana-mana
di kelantan pun juga
.-= tehr´s last blog ..Hebatnya Si Siput =-.

Reply

2 apiih May 10, 2010 at 7:43 pm

lawa la pemandangan pic yg pertama tuh..uhuhuhu

Reply

3 hafizmd May 12, 2010 at 2:49 pm

mmg cantik gambar tuh..cayalah bro kulanz
.-= hafizmd´s last blog ..Masih belum terlewat.. =-.

Reply

4 etomyam May 10, 2010 at 9:12 pm

vandalisma dah jadi penyakit sosial, susah betul bila tahap pemikiran sesetengah anggota masyarakat masih ketinggalan berbanding kemudahan infrastruktur yg disediakan…
.-= etomyam´s last blog ..15 Pictures Shot At Right Time And Right Place =-.

Reply

5 jawatan kosong May 10, 2010 at 10:13 pm

bener la tu, kenapa orang suka kali merusak. Senang jika kita boleh maintain tempat kita ni.
.-= jawatan kosong´s last blog ..Jurong Port Vacancy Cargo Container Singapore =-.

Reply

6 Brother One May 10, 2010 at 10:59 pm

Atas dasar tensionlah kononnya, tindakan dirasakan betul. Petaling jaya pun sama keadaanya.

Reply

7 zaiMi May 11, 2010 at 5:29 pm

aku pun tak faham dengan manusia vandalism ni. bangga sangat dapat rosakkan kemudahan awam. huh

Reply

8 Azizwan May 11, 2010 at 7:03 pm

kalau takde kemudahan salahkan gov.. tp bila kemudahan dah dibangunkan, ada plak makhluk perosak yg tak senang nengok kemudahan2 tu.. hurm.. manusia2..

Reply

9 marki May 11, 2010 at 11:46 pm

1st class Facilities but 3rd class mentality ..tue masalahnya rakyat malaysia neh =)
.-= marki´s last blog ..Keputusan perlawanan kumpulan Piala Thomas dan Piala Uber =-.

Reply

10 Muhd Suhaily May 12, 2010 at 7:12 am

Sudah ada yang diberi, kenalah jaga sebaiknya..tapi kalau cam ni selalu…bila mau maju..
.-= Muhd Suhaily´s last blog ..Mama 9 Mei =-.

Reply

11 fiezaradzi May 12, 2010 at 12:18 pm

manusia mmg tidak pernah bersyukur dgn pe yg de.. selalu fikir, bukan barang aku.. de aku kisah. huhuu.. mentaliti sebegini lah perlu dijauhi

Reply

12 hafizmd May 12, 2010 at 2:48 pm

inilah sikap manusia tak reti bersyukur..bila tiada..diminta-minta..bila dah ada, dibantai pula..sungguh tak bertamadun rasenye..
.-= hafizmd´s last blog ..Masih belum terlewat.. =-.

Reply

13 Wan Perlis May 12, 2010 at 10:13 pm

vandalisme !
manusia kadang2 tak bersyukur
.-= Wan Perlis´s last blog ..Soaljawab bersama Wan Perlis part 2 =-.

Reply

14 zik May 14, 2010 at 2:19 am

tak sayang harta awam betulla… malu kalau pelancong luar negara datang… isk2..
.-= zik´s last blog ..Malaysia menewaskan china Piala Sultan Azlan Shah 2010! =-.

Reply

15 Amir May 15, 2010 at 8:56 pm

malaysia ni banyak fasiliti kelas pertama. tapi ada sesetengah orang yang masin minda kelas ketiga.
.-= Amir´s last blog ..Amir Said Berpindah ke Rumah Baru Bhg 1 =-.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: