Home >> Hiburan >> Peminat AF 8 Kecewa Gara-Gara Kabel Elektrik

Bagi peminat-peminat Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF), malam semalam adalah malam yang ditunggu-tunggu sebab siapa yang akan menjadi juara hanya dapat ditentukan malam tu. Peminat-peminat di Sabah juga pastinya menanti peluang ini untuk melihat Adira yang merupakan antara pelajar terbaik musim ini.

Malangnya bagi peminat-peminat AF di kampung saya. Malam semalam menjadi malam terburuk dan mimpi ngeri apabila belum pun sempat menyaksikan Iwan menyanyikan lagu pertamanya semalam, tiba-tiba seluruh kawasan tempat kami dan yang sewaktu dengannya gelap gelita. Black-out lah maksudnya tu.

Ingatkan sekejap, tapi tunggu sehingga pukul 2.30 masih tiada bekalan elektrik. Tangan saya gatal mendail nombor telefon aduan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan difahamkan bekalan elektrik seluruh daerah Pitas terputus gara-gara kabel elektrik meletup di Kampung Taritipan, Kota Marudu. Lagi sekali di kampung tu. Sebelum ini pun pernah juga tulis pasal bekalan elektrik terputus gara-gara kabel terlentang di atas jalan raya di kampung tu juga sebenarnya (boleh rujuk SINI)

Tiada apa yang mampu dilakukan melainkan duduk di luar rumah akibat kepanasan yang melampau sambil mendongak ke langit melihat bulan separa. Penat menghalau nyamuk yang berkeliaran di cuping telinga.

Nasib baik saya bukan peminat AF. Tak tengok konsert akhir AF pun tak kisah.. tapi memang sengsara jugalah mengipas anak-anak sampai ke pagi sebab elektrik hanya pulih lebih kurang jam 8.00 pagi kalau tak salah…

Kata kunci artikel:

Black out 1 semenanjung malaysia tahun bila?, herbalife sabah 2010, Nombor aduan sesb

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 47 comments… read them below or add one }

1 amar haziq May 23, 2010 at 9:54 am

kat sabah selalu jadi macam ni ke?

jenguk2 lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
.-= amar haziq´s last blog ..Mak semakin kurus dan hilang 8kg kerana Herbalife =-.

Reply

2 kulanz May 23, 2010 at 10:06 am

tak juga secara menyeluruh.. hanya di sesetengah kawasan..

Reply

3 rambo jr September 15, 2011 at 6:47 pm

laaa… malas btul dgn org yg suka mnyalahkan org lain pasal benda2 kecik. kalau dah rosak tu, dah sampai masanyala.. cam kita juga kalau sampai ajal MAMPUS juga kan? ni pasal benda yg mengarut cam AF tu punya pasal, kampung Taritipan yang dikasih slah.. memang bengong betul!! nak kata tidak pegi sekolah susah juga.. renung2kanlah..

lang_buaya

Reply

4 etomyam May 23, 2010 at 10:10 am

memang sedih kalau jadi peminat kat AF8 kat kawasan tu, tapi lebih kasihan kepada budak2 dan bayi
.-= etomyam´s last blog ..Wanita Cantik Membahayakan Kesihatan =-.

Reply

5 kulanz May 23, 2010 at 10:49 am

memang sengsara juga bro, anak bungsu lagi tengah demam.. payah tiada bekalan elektrik semalam..

Reply

6 yyakub May 23, 2010 at 10:35 am

betul tu tn….baru jam 8 tadi idup….bukan nak tengok af tu…tp nak tengok final ucl…melepas…nasib baik Inter Milan menang…hehehee….kipas anak sampai jam 3 pagi tn…kesian juga kan ibubapa dulu2 tu kan….
.-= yyakub´s last blog ..Kekuatan =-.

Reply

7 kulanz May 23, 2010 at 10:52 am

satu kawasan kita tn, rasanya sama-sama mengipas anak sampai jam 3.00 pagi, hehe.. ada final UCL kah semalam.. memang kecewa sangat tu x dapat tengok..

Reply

8 apiih May 23, 2010 at 10:39 am

ahahaha..xtgk pon xpe AF nih sbb xminat pon..huhuhuhu
.-= apiih´s last blog ..tuDiaaa [Apiih mobileweb Twitter Client] =-.

Reply

9 kulanz May 23, 2010 at 2:20 pm

setuju bro.. xda AF mlm tu tak kisah.. tapi klu xda letrik mmg aku kisah..

Reply

10 wazy May 23, 2010 at 12:32 pm

Boleh jugak tengok kat youtube final af8 bro,rasa-rasanya dah ade ni
.-= wazy´s last blog ..Maybank2u Atau Spam2U ? =-.

Reply

11 kulanz May 23, 2010 at 2:21 pm

aku tak minat sgt bro.. tapi isteri sibuk suruh cari kalau2 dah ada konsert akhir di youtube.. tapi tak jadi sbb dia dah tgk konsert ulangan tu..

Reply

12 luth May 23, 2010 at 1:43 pm

sakit hatinya kalau jadi macamtu bro..
bukan nak komen pasal af8 tapi pasal elektrik terputus tu. apa kerja pon tak boleh buat. susah gak eh tinggal kat sabah.
.-= luth ´s last blog ..Majoriti Rakyat Malaysia beli barangan tak berkualiti? =-.

Reply

13 kulanz May 23, 2010 at 2:24 pm

betul bro.. mmg sakit hati gara-gara xda letrik tu..
tak dapat buka blog… anak merengek sepanjang malam kepanasan.. tapi tak semua kawasan mcm tu bro.. sesetengah tempat je terutama di kampung.. bnyk problem letrik ni..

Reply

14 kucing keramat September 15, 2011 at 6:56 pm

ko ni pun satu juga luth!! pasal 1 kawasan yg buat hal(letrik trputus) 1 sabah kau samakan. kalau dibandingkan sabah dgn negeri2 lain di semenanjung.. sabah 1000 kali lagi baik..

ko fikirla sendiri..
lang_buaya

Reply

15 marki May 23, 2010 at 2:16 pm

teruk arr mcm tue bro kalau kerap terputus bekalan elektrik .. panas ngan nyamuk sudah tentu kena hadapi..tu xmasuk lagi kalau ngah buat keje tiba2 black out.. perhh
.-= marki´s last blog ..Bukti kejayaan MLM (Multi Level Markerting) =-.

Reply

16 kulanz May 23, 2010 at 8:07 pm

semalam mmg xdapat buat apa2 kerja selain kipaskan anak.. sengsara bro..

Reply

17 Seri May 23, 2010 at 2:56 pm

sama jugak tempat seri kinabatangan boleh dikatakan minggu2 blackout. tak tahu knpa kita di sabah selalu menghadapi masalah ini. sudah sampai waktunya pemimpin kita yang asyik kumpul harta tu meninjau infrastruktur yang ada di kawasan masing2.
.-= Seri´s last blog ..Sajak Untuk Guru =-.

Reply

18 kulanz May 23, 2010 at 8:08 pm

syarikat pembekal tenaga di tempat kita sama seri.. sbb tu masalah pun hampir sama..

Reply

19 nanajoe May 23, 2010 at 2:58 pm

skrg ni ok lagi kalau xde air dr eletrik, sbb kita semua da biase senang..huhuhu~
.-= nanajoe´s last blog ....:: Shahir Juara AF 8 ::.. =-.

Reply

20 kulanz May 23, 2010 at 8:10 pm

kalau tempat kami dua2 tu bkaitan.. kalau xda letrik maknanya xda airlah.. sbb kami guna sumber air perigi… tarik guna waterpump.. kalau yg ada tangki senanglah stok air.. tapi yg xda tangki mmg kesian x dpt guna air..

Reply

21 yastro May 23, 2010 at 3:53 pm

Ada sesuatu yang tak kene dengan apa yang terjadi disana..
Kalau isu ini hanya dipandang sebelah mata oleh pihak pemerintah, tak mustahil satu hari nanti kerajaan akan gigit jari!!!
.-= yastro´s last blog ..Balik KampunG!!!…ho..ho..ho..balik kampung..!!! =-.

Reply

22 kulanz May 23, 2010 at 8:12 pm

wakil rakyat/kerajaan sini tak duduk kampung.. mereka duduk mewah dekat bandar.. so apa2 pun masalah yang blaku di kampung mereka tak pedulikan..

Reply

23 akuvision May 23, 2010 at 4:51 pm

panas tu yang tak tahan tu + nyamuk lagi
.-= akuvision´s last blog ..Selamat Hari Guru! =-.

Reply

24 kulanz May 23, 2010 at 8:13 pm

aah, tu lah masalahnya..

Reply

25 tehr May 23, 2010 at 7:14 pm

saya tumpang sedih + geram bersama penduduk daerah Pitas

tenaga nasional [TNB] di sini pun sama sahaja – alasan mereka ialah perlukan peruntukan besar untuk menukar peralatan lama

sedangkan mereka meraih keuntungan bersih RM1.7 bilion dalam tempoh enam bulan berakhir 28 Februari 2010
.-= tehr´s last blog ..Sebutir Gula Pasir =-.

Reply

26 kulanz May 23, 2010 at 8:15 pm

syarikat monopoli.. tu lah masalahnya..
diorang masih tak belajar dgn apa yg berlaku pada MAS atau Proton.. kalau sykt dah nak jatuh, barulah kelam-kabut nak pujuk hati pelanggan..

Reply

27 ray ban August 18, 2010 at 8:28 pm

betul saya sokong kejatuhan MAS perlu diambil dan dijadikan pengajaran
ray ban recently posted..Rayban Olympic wayfarerMy Profile

Reply

28 x-po May 23, 2010 at 9:16 pm

hehe kesian kat die hard fan AF

Reply

29 kulanz May 23, 2010 at 11:24 pm

haha.. tu lah pasal..
tapi aku tak kisah pasal AF pun, hehe

Reply

30 NoorAfzan May 23, 2010 at 9:17 pm

lorh..
kesiannya bro..
.-= NoorAfzan´s last blog ..Hasil terjahan Aried =-.

Reply

31 kulanz May 23, 2010 at 11:24 pm

apa nak buatkan..
benda-benda teknikal mcm tu susah nak jangka

Reply

32 Mr.Bintang May 23, 2010 at 9:40 pm

aduss.. malang sungguh nasib kipas² AF kat sana.. kempunan.. huuu~

Reply

33 kulanz May 23, 2010 at 11:25 pm

hehe.. mmg kasihan diorang…

Reply

34 ray ban August 18, 2010 at 8:27 pm

hahahah memang betul kecian sabar je la eaa
ray ban recently posted..Rayban Olympic wayfarerMy Profile

Reply

35 missbean88 May 23, 2010 at 11:25 pm

siannnyerrr..tp xpa..adira dpt no2..she deserve it..

Reply

36 kulanz May 23, 2010 at 11:35 pm

mmg kasihan pun.. tapi lagi kasihan pekerja2 SESB yg btungkus-lumus baiki kerosakan tu.. tak tidur diorang smlm..

Reply

37 serol May 24, 2010 at 1:32 am

bila baca ni, teringat masa satu malaysia black out.. dh tak igt lak tahun bila..
.-= serol´s last blog ..Kala Malam Bulan Mengambang (Gambar) =-.

Reply

38 Amir May 24, 2010 at 9:10 am

saya memang minat AF8. so mesti frust gile kalo x dpt tgk.hehe..
.-= Amir´s last blog ..Shahir AF8 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan =-.

Reply

39 Kujie May 24, 2010 at 7:05 pm

tahun 2008 bulan april
masa tu bercuti kat KK
mlm last ingat nak keluar suka suki makan ikan bakar..
tahan dari 3 hari tu..tak nak mkn
ingat nak enjoy malam last

tup2…elektrik satu sabah terputus bekalan mlm tu
apa lagi..kul 8 tido…

huhu..sedih
.-= Kujie´s last blog ..Kalau Padi Katakan Padi =-.

Reply

40 kulanz May 24, 2010 at 10:40 pm

hehe..
memang mcm tu lah situasi di Sabah ni kak.. sana sini masalah letrik.. ntahlah, mungkin sistem dia dah ketinggalan zaman..

Reply

41 fiezaradzi May 26, 2010 at 11:31 am

tak pe la.. tapi kesian kt org kg tu.. tak leh tgk saper menang.. takpe, astro kat de byk kali siaran ulangan.. tapi bab mengipas anak tu yg tak tahan tu.. campur lagi dengan nyamuk2 nye.. teringat zaman dulu kt kg..

Reply

42 kulanz May 28, 2010 at 10:28 pm

aah.. aku tak kisah pasal AF.. tapi bnyk masalah lain timbul klu xda elektrik ni..

Reply

43 jawatan kosong May 28, 2010 at 8:27 pm

betul la tu.. tak ada bekalan listrik sengsara kali tu.
.-= jawatan kosong´s last blog ..NOVOTECH SENIOR/ CLINICAL RESEARCH ASSOCIATE =-.

Reply

44 kulanz May 28, 2010 at 10:29 pm

huhu.. mmg tu masalah utama tempat kami ni

Reply

45 acapz May 28, 2010 at 11:48 pm

hehe. ciannye. xpe r. org tngok yg gambar HD. terbaik r. cantik. lalala. sje wt kecoh. haha
.-= acapz´s last blog ..Main Pacman Di Halaman Google =-.

Reply

46 sufy May 29, 2010 at 2:22 am

x suka sbb adira no 2..hehee…best ba AF…hehhee
.-= sufy´s last blog ..Berkawan Tanpa Jatuh Cinta =-.

Reply

47 ray ban August 18, 2010 at 8:26 pm

kena guna generator la lepas ni
ray ban recently posted..Rayban Olympic wayfarerMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: