Pengaruh Tempramen Terhadap Gaya Keibubapaan
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 10th, 2010.Mendidik anak-anak merupakan suatu perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa kerana tidak ada seorang ibu bapapun yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang yang gagal dan bermasalah kerana anak-anak merupakan amanah Allah SWT kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih tanpa sebarang cacat celanya. Maka kitalah yang akan mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu serta bergantung kepada acuan yang telah kita sediakan untuk mereka.
Namun, dalam membesarkan anak-anak, kadang-kala ibu bapa atau penjaga tidak menyedari pelbagai kesilapan yang telah dilakukan. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan tentang aspek keibubapaan. Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan bahawa didikan bukan melalui paksaan tetapi berdasarkan teladan. Anak-anak lebih percaya apa yang dilihat dari apa yang didengar. Kalau kita suruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati masa serta sering bertangguh, maka mereka lebih terikut-ikut kepada apa yang mereka lihat kita lakukan. Maka wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita dalam masa yang sama perlu mendidik diri kita juga.
Temperamen
Temperamen boleh dijelaskan sebagai beberapa aspek semulajadi dan perwatakan seseorang yang konsisten sepanjang masa. Para pengkaji psikologi percaya bahawa baka ibu bapa mempengaruhi perkembangan tingkah laku anaknya. Terdapat kajian yang mendapati, sahsiah adalah diwarisi dari ibu atau ayah melalui baka (Bee, 1995). Beliau mengatakan bahawa temperamen, iaitu tret-tret personaliti adalah diwarisi dari ibu bapa dan akan berkekalan pada individu sepanjang hayatnya.
Namun temperamen bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan corak tingkah laku seseorang. Faktor-faktor luaran lain seperti hubungan ibu bapa dengan anak (dikenali sebagai pertalian atau “attachment behaviour or bonding“) juga turut mempengaruhi temperamen seseorang. Ianya bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan dan biasanya pertalian terjalin dengan penjaga utama seperti ibu dan bapa. Pertalian biasanya melibatkan tindak balas kepada keperluan-keperluan bayi, hubungan fizikal yang mesra dan lain-lain.
Terdapat 3 jenis pertalian (Bonding) yang berbeza, iaitu:
1. Pertalian selamat (securely attached infant)
Bayi akan merasa selamat untuk meneroka persekitaran yang baru dengan kehadiran ibunya.
2. Pertalian yang tidak selamat, bayi yang suka mengasingkan diri (insecurely attached, avoidant infants).
Bayi kurang memberikan perhatian terhadap kehadiran ibunya dan tidak menunjukkan tanda-tanda kecewa bila ditinggalkan. Hanya bila ibunya pulang, anak tersebut mendekati ibunya atau mereka mungkin tidak mengendahkan langsung akan kepulangan ibunya.
3. Pertalian yang tidak selamat, kanak-kanak yang melawan (insecurely attached, resistant children)
Kanak-kanak yang demikian akan sangat bergantung kepada ibu dan merasa gelisah apabila berada dalam persekitaran yang baru. Mereka mudah merasa tertekan apabila terpisah daripada ibu mereka tetapi kelihatan berbelah-bagi apabila ibunya kembali.
Jadi, pertalian yang dipupuk akan mempengaruhi bagaimana seseorang kanak-kanak membentuk tingkah laku serta hubungan dengan orang lain dalam kehidupan masa depannya.
Bagaimana Temperamen Mempengaruhi Gaya Keibubapaan?
Sebelum ini ada dijelaskan bahawa temperamen yang diwarisi akan menentukan corak tingkah laku seseorang kanak-kanak. Hal yang sama juga berlaku kepada ibu bapa. Dengan kata lain, gaya ibu bapa juga turut dipengaruhi oleh temperamen yang diwarisi daripada ibu bapa mereka sebelumnya. Proses tersebut akan berlangsung secara terus menerus melalui pertalian yang dibentuk di antara ibu bapa dengan anak.
Sebagai contoh, beberapa kajian yang pernah dilakukan menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku ibu bapa dengan perkembangan tingkah laku anaknya sendiri. Sekiranya ibu bapa sebelumnya memiliki tingkah laku yang positif, anaknya (yang akan menjadi ibu bapa seterusnya) juga akan mewarisi ciri-ciri keibubapaan seperti yang ditunjukkan oleh ibu bapanya. Tetapi sekiranya ibu bapanya memiliki tingkah laku yang sebaliknya, maka anak juga akan mewarisi temperamen sedemikian rupa. Kajian lain juga menunjukkan kanak-kanak yang menipu, mencuri dan berkelakuan delinkuens (liar/jenayah) serta kerosakan akhlak seperti kehamilan di kalangan remaja biasanya mempunyai ibubapa yang mengalami masalah tingkah laku dan masalah kesihatan mental seperti kemurungan, ibu atau bapa tunggal yang tidak terbela, konflik perkahwinan dan lain-lain.
Namun begitu, temperamen yang diwarisi bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan gaya keibubapaan seseorang. Adakalanya faktor luaran (eksogen) juga turut memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku. Misalnya pendedahan kepada faktor persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya, sekolah, guru, media sebaran dan sebagainya turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. Tingkah laku itu pula nanti akan mempengaruhi gaya atau corak didikan mereka setelah menjadi ibu bapa kelak.
bersambung…
p/s: Sayapun masih lagi mendalami selok-belok dalam mendidik anak-anak…


arieza
February 10th, 2010 at 2:43 am
wahh rasa mcm kita belajar balik subject ‘child development & growth’.. 3thn lps dh bljr subject ni.. hehehe tepat info anda! hehehe slmt mendidik anak2
doa kt Dia mintak anak2 yg soleh & solehah berjaya dunia akhirat juge. 

arieza´s last blog ..::: Aku Mencari Pelukis
[Reply]
kulanz Reply:
February 11th, 2010 at 12:32 am
jumpa fail lama ni di pc.. drp pada menyemak.. baik share sini kan.. ada jg manfaat..
tp bestkan belajar ni.. macam tambah syg kita dgn kanak2 ni.. InsyaAllah moga mendapat anak-anak yg soleh dan solehah, amin.
[Reply]
yanmie
February 10th, 2010 at 5:06 am
Salam lanz, thanks for sharing. betul kata lanz tu, yan sndiri pun masih berusaha untuk membentuk anak2 agar menjadi anak yang baik, soleh dan apa2 shj yang terbaik untuk mereka. dari mereka kecil inilah kita harus terapkan hal-hal sedemikian sebab anak2 nie membesar dengan persekitaran. anak2 mudah untuk meniru, seperti yang lan katakan
“Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan bahawa didikan bukan melalui paksaan tetapi berdasarkan teladan. Anak-anak lebih percaya apa yang dilihat dari apa yang didengar. Kalau kita suruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati masa serta sering bertangguh, maka mereka lebih terikut-ikut kepada apa yang mereka lihat kita lakukan. Maka wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita dalam masa yang sama perlu mendidik diri kita juga.”….hehhee…kopi paste blk…
[Reply]
kulanz Reply:
February 11th, 2010 at 12:37 am
salam yan,
ni la sekadar berkongsi sesuatu info.. harap2 dapat digunakan untuk panduan diri sendiri dan rakan2 lain.. memang susah sebenarnya menjadi ibu bapa ni kan.. tp insyaAllah kalau ada komitmen, tidaklah sukar sangat utk mencorakkn anak-anak ni..
[Reply]
ain
February 10th, 2010 at 9:54 am
moga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah….
menuntut ilmu takkan pernah habis kan…
semoga kita semua berjaya menjadi ibubapa terbaik untuk anak2 kita….
ain´s last blog ..[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar
[Reply]
kulanz Reply:
February 11th, 2010 at 12:39 am
insyaAllah, sememangnya itulah yg kita harapkan dan usahakan.. mmg benar tu ain, menuntut ilmu ni akan sentiasa berterusan dan berkembang..
[Reply]
mustika
February 10th, 2010 at 2:14 pm
salam…thanks for the info! ramai kawan2 used to say sikap anak2 sekarang tak sama dengan sikap kita masa kita kecik2 dulu. dulu kita tak berani melawan cakap emak ayah walau macamana pun kita rasa mak ngan ayah tu yang salah tapi anak2 sekarang….dan2 tu jugak dia akan cakap apa yang kita buat itu tak betul! u really have to teach them “leadership by example”
[Reply]
kulanz Reply:
February 11th, 2010 at 1:34 am
memang betul sikap anak-anak hari ni jauh berbeza dengan org dulu.. sbb tu mmg penting utk kita jadi role model kpd anak-anak.. mcm kata Albert Bandura, kanak2 belajar/meniru drp model yg mereka lihat.. so, mengajar sambil ‘membuat/melakukan’ mmg lagi baik bbanding mengajar hanya dengan ‘menunding’..
[Reply]
Dak Wan
February 11th, 2010 at 4:56 am
Sayangkan orang muda yang belum berkahwin tapi tak tau fisikologi anak-anak nie? Akibatnya, anak anak jadi eksperimen.
[Reply]
kulanz Reply:
February 12th, 2010 at 10:32 pm
Memang tu problem #1..
kdg org anggap pengetahuan mcm ni hanya perlu setelah dah kahwin… dah jadi ibu bapa.. sedangkn ianya sgt perlu untuk semua
[Reply]
Ros
February 11th, 2010 at 5:29 pm
info yang cukup bermanafaat.teladan yang baik cukup penting untuk mendidik anak anak.Kesabaran juga penting..menghadapi karenah anak yang pelbagai ragam tu pun satu hal juga..tak sabar silap silap kena cubit..anyway nice info lan…
Ros´s last blog ..Benarkah lelaki sering berbohong?
[Reply]
kulanz Reply:
February 12th, 2010 at 10:33 pm
semoga dapat dijadikan panduan.. kdg membaca mcm ni akan buat kita sentiasa ingat peranan masing-masing
[Reply]
rin
February 11th, 2010 at 11:11 pm
waa..ada sesi blajar utk jdi parents yg baik di sini…mmg btul, peranan ibubapa dlm mndidik sgt penting, n anak2 mmg suka immitate perangai/sikap org2 disekelilingnya…so kena hati2 n haruslah tunjukkan sikap positif pd anak2..
BTW, mcm pernah pegi ja tempat dlm foto anak2 en.Kulanz tu..labuan ka?
rin´s last blog ..jom main badminton di…
[Reply]
kulanz Reply:
February 12th, 2010 at 10:40 pm
tak semestinya utk parents.. klu yg belum kahwin, boleh praktikkn utk adik-adik, anak saudara, dan utk pelajar (kalau dia cikgu)..
yg tu mmg gambar di Labuan… Muzium Marin
[Reply]
Socco
February 12th, 2010 at 6:10 am
Thanks for article. Everytime like to read you.
Thanks
Socco
[Reply]
kulanz Reply:
February 12th, 2010 at 10:42 pm
u’r welcome.. I appreciate it
[Reply]
wazy
February 16th, 2010 at 11:02 am
info yang menarik ni bro,thanks for sharing
wazy´s last blog ..Cara Register Twitter
[Reply]
kulanz Reply:
February 16th, 2010 at 10:15 pm
thanks juga bro sudi-sudi baca
[Reply]