Mungkin entri kali ni agak sedikit emosional. Tapi sebagai seorang masih menghargai perpaduan kaum di negara ini. Maka terus terang saya katakan saya agak kecewa setelah membaca satu petikan berita yang mengatakan seorang pengetua telah mengeluarkan pernyataan yang berbaur perkauman dan menghina pada minggu lepas.
Sebelum meneruskan pandangan-pandangan peribadi di tulisan kali ini, elok juga kalau saya kongsikan berita berkenaan.
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kenyataan berbaur perkauman dan menghina yang didakwa telah diucapkan oleh seorang pengetua di Johor minggu lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengetua sebuah sekolah di Kulai Jaya, Johor yang didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan. (mStar, Jumaat, 20 Ogos 2010)
Mungkin saya tidak tahu keadaan sebenar. Sama ada benar pengetua berkata demikian atau bagaimana. Tapi saya percaya “pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin”, kalau bukan anginpun, mungkin juga burung atau kera yang menggoyangnya! Maknanya, pokok tetap akan bergoyang kerana ada penyebabnya.
Saya tidak nafikan, mungkin perasaan marah dan kecewa terhadap pelajar telah mendorong pengetua berkenaan meluahkan apa yang terlintas di fikiran ketika itu. Selepas menyedari kesilapannya, dia telah memohon maaf. Tapi adakah setelah melakukan kesilapan baru timbul kesedaran? Baru nak minta maaf? Kalau begitu, maka mudahlah kita melakukan kesilapan kerana ia semudah meminta maaf. Namun, adakah mereka yang telah “terasa” dengan kata-kata itu mudah untuk memberikan maaf. Melupakan perkara yang telah menyentuh perkara sensitif?
Soal sensitiviti kaum ni bukan perkara kecil. Hargailah usaha-usaha pemimpin dan pejuang tanahair yang sebelum ini berusaha menjaga keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Jangan hanya kerana perkara kecil, timbul masalah dan permusuhan kaum, peristiwa lalu berulang kembali. Saya tidak sanggup menghadapinya. Apapun, semoga tidak ada kesan berpanjangan akibat tindakan pengetua tu.
Akhir sekali, entri ini tidak menyentuh mana-mana pengetua yang tidak terlibat selain yang dinyatakan dalam berita.


{ 59 comments… read them below or add one }
jika pgtuan dah sbgtu bagaimanalah pula reaksi org di sekitarnya huu..
pengetua, guru tu smu status org pandang tinggi sb mrka berilmu…huhu..
semestinya masyarakat akan hilang kepercayaan..
pengetua tu tak patut kena gantung kerja je, tapi terus dipecat dari jawatan penjawat awam..
x-po recently posted..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
setuju dgn x-po..
serol recently posted..Dosa 24 jam di facebook- sedarkah kita
kalau disabitkan kesalahan memang tindakan macam tu wajar dilakukan..
baik hukum gantung sampai mati jer pengetua tu
ishak recently posted..Perkhidmatan membuat banner gif dibuka sekarang
hehe, masih dalam siasatan tu bro..
owh..patut pengetua jd contoh pada semua…huhu nie pulak ada perkauman disitu..hem mcm2
sepatutnya memang macam tu, kena jadi contoh kepada pelajar, guru dan masyarakat..
pengetua itu bercakap seolah-olah bukan dari golongan yang berpendidikan. kecewa juga saya! memalukan dan menjatuhkan maruah institusi perguruan. patu dikenakan tindakan
tu lah pentingnya kita kawal emosi..
sepatutnya pengetua la yang tunjuk contoh kepada anak buah… hmm
mrnamie recently posted..Tolong jangan menunggang macam ni
itulah yang sepatutnya..
sedih.. orang dulu2 usha cantumkan dan satupadukan rakyat tanah melayu serta sabah sarawak. tapi sekarang mudah2 je nak buat khianat pada kemimpin dulu.
jgn diikutkan hati yg marah sgt
itulah masalahnya.. tak pasal2 usaha bertahun-tahun tu hancur hanya sebab 1 orang..
bab sensitiviti kaum ni bukan boleh main cakap lepas..
kesian,kdg2 ada juga jenis org yg ckp lepas mcm tu.. yg lebih sungguh kasihan ialah kerana ‘org tu’ adalah pengetua sekolah.
pendidik tak patut mcm tu, apatah lagi ketua pendidik.. hmm
tpinky recently posted..Selamat Hari Lahir Adik Nini
banyak masalah akan timbul bila bertindak ikut perasaan marah
harap2 semuanya akan cepat selesai dan tenang kembali
jangan pula api perkauman merebak di mana2
tehr recently posted..Belajar Menulis Pantun – Bahagian Pertama
ada terbaca yg kes tu bukan kali pertama,…ishk. susah bila emosi menguasai rasional…entahlah
etomyam recently posted..Asal Usul Roti John
maksud bro kes dari orang yang sama?
memang penting untuk mengawal emosi..
Sanggup seorang yang terpelajar mengeluarkan kenyataan macam tu, tak elok seumpama menyimbah petrol ke dalam api..

Samdaddycool recently posted..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka
kalau benar dia keluarkan kenyataan macam tu, memang tak elok
seorang pengetua bertindak begitu!
keputusan tepat adalah memberhentikan terus dari sistem pendidikan!
penat2 pemimpin cuba nak satukan semua bangsa, dia sedap2 nak rosakkan!
hakimfaridzul recently posted..Resepi Biskut Arab 3 bahan sahaja!
tindakan yang berpatutan,
apapun terpulang kepada jawatankuasa siasatan
Salam…
Tak boleh jadi contoh terbaik ni utk anak murid….Bahaya kalau pelajar2 yg dimaksudkan tu simpan dendam pada org Melayu suatu hari nanti….Kat mana lg kita nak tinggal kalau berlaku perpecahan kaum?
iza recently posted..Daging McDonald Tidak Halal
kalau benar pengetua tu buat kesalahan macam tu.. memang tak boleh dijadikan contoh
Rasa-rasanya kes-kes sebegini di Semenanjung yang banyak. Di sabah agak kurang. Mungkin kerana di sana parti politik kerap kali berpolitik walaupun bukan waktu pilihanraya. Lagi saya tengok, banyak kali isu-isu kaum ini di timbulkan oleh parti2 politik, tak kira parti memerintah atau pembangkang.
zezebel recently posted..Young coconut memory
biasanya memang macam tu,
kadang perkara kecil dijadikan isu politik.. saja nak ambik nama.. entahlah..
pengetua pun buat silap..tapi kalau memagn dia tidakdisukai pelajar dan guru.. makna nya kena do something nih..
kesilapan biasa yang dilakukan oleh manusia.. sebab tu sering diingatkan supaya berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan
pengetua harus bersifat profesional sepatutnya..bukan yang macam ini…ish2/
zik recently posted..Zikrihusainicom tukar header baru
ni x pro namanya zik
tak dapat kawal emosi agaknya tu..
entahlah dunia dah terbalik sekarang..
setiap hari tunggang-terbalik bro dunia ni
macam2….kenapa skang semakin kecoh isu perkauman ya?adakah bakal ada operasi lalang lagi or election tak lama lagi?
eyriqazz recently posted..Staff Baru Nuffnang
kadang-kadang isu macam ni pun ada yang ambik kesempatan untuk jadikan modal politik.. mungkin sebab tu lah..
Begini sahabat jika orang bumi berkata soal perkauman secara aotomatik semua orang bising kata orang bumi perkauman jika orang lain yang berkata orang bumi kenapa tak bising seperti mereka… Cuba fikirkannya…
Ada betulnya…kita jgn mudah kena desak…kalau derang buat statement camtu, takde sapa yang berani ambil tindakan pun…sampai isu gunakan keris adat pun kita tunduk pada mereka sebab tak mahu cari gaduh..
adamfaiz recently posted..Takde Bunga Api Pun Raya Meriah Jugak
@Mentol Bulat, yang bising tu agaknya orang bumi juga..
ntahlah, mungkin nak jadikan modal agaknya tu.. tunjuk keperihatinan
cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari…
so baik buang je cikgu yg merosakkan budak..:)
yoy recently posted..Budak Kecik Membebel Ceramah Agama
kalau kencing berdiri dalam semak, tak kisah sangat, jangan kencing berdiri di khalayak ramai, memang tak patut
perkara berkaitan perkauman ini tak boleh bawa main2… silap2 boleh membawa kepada perpecahan kaum..
Mr.Z recently posted..Pentingkan Kesihatan Dalam Pemakanan
betul tu.. tak boleh dibesar-besarkan juga..
Susah gak dapat pengetua macamni,mengeruhkan keadaan,jangan bermain dengan api…
hanif recently posted..Jalur Gemilang Sudah Berkibar Di Blog Ini
harap-harap masalah ni dapat diselesaikan dengan baik
aku rasa pengetua tu dari kalangan pembangkang lah..atau yang terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang
ishak recently posted..Perkhidmatan membuat banner gif dibuka sekarang
tak tahu sangat identiti pengetua tu..
alahai..
cam mana boleh jadi camtu..
susah payah tok nenek kita kekal perpaduan dulu, ni buat hal pulak..
ni mesti sejarah failed….huhu
syahrilhafiz recently posted..Percubaan 123
hanya kerana emosi..
Tak berani komen sehingga siasatan selesai.. kadangkala sambal belacan dan tempoyak lebih banyak dari nasi…
zoul recently posted..Aku Terjumpa Orang Buang Bayi
betul juga.. kadang perkara macam ni selalu dibesar-besarkan..
ini antara bukti 1Malaysia gagal. hehe.
Amir recently posted..Resepi Kuih Puteri Mandi
gagal kalau ada individu bersikap macam tu.. harap2 tak lah..
pengetua ni macam ada hal peribadi je… namun sebagai seorang pengajar, guru tak akan berkira siapa anak muridnya… ilmu itu luas dan patut deperluaskan..
itulah tindakan yang sewajarnya.. kalau marahpun dengan kesalahan pelajar, patut ambil tindakan yang bersesuaian dan bukannya mengambil tindakan ikut emosi
Pengetua mesti jadi org baik2.boleh kawal
emosi.klu tidak lebih baik dipecat.
abis cerita…….
Ali ridha recently posted..Tolong update WordPress 301
kawalan emosi memang penting..
Pengetua adalah pentadbir, seharusnya lebih rasional dalam membuat kenyataan dan keputusan.
itulah yang sepatutnya