Home >> Teknologi >> Penghantaran SMS Lebih Mudah dengan TM Infoblast

Salam semua,
Sekali lagi menulis dalam mode review. Kali ni giliran TM (Telekom Malaysia) lagi yang jadi sasaran. Tapi bukan sasaran yang tak bagus, ni kira tolong promote sikit. Iyalah bukan apa, kita dah guna perkhidmatan diorang, sekurang-kurangnya ni saja cara berterima kasih.

Anda pernah dengar perkhidmatan Infoblast TM yang menyediakan perkhidmatan SMS secara percuma kepada pelanggannya? Bagi yang dah tahu dan dah guna, mesti dah tahu kelebihan Infoblast tu. Tapi bagi yang pertama kali dengar, apa kata anda cuba perkhidmatan ni. (Perkhidmatan ni sudah lama sebenarnya, saya yang ketinggalan sedikit, hehe)

Tapi untuk menggunakan perkhidmatan Infoblast ni, kenalah ada telefon talian tetap TM. Kalau tiada, cuba pinjam nombor akaun TM daripada jiran sebelah, hehe. Lepas tu register di laman web Infoblast. Boleh pilih sama ada untuk kegunaan peribadi (Kediaman) atau Syarikat (Pejabat). Panduan pendaftaran boleh juga di rujuk di sini. Setelah pendaftaran selesai, kena dail nombor telefon yang diberi dan masukkan nombor pin untuk mengaktifkan perkhidmatan tu. Ikut saja panduan yang diberi. Tak susah pun daftar, dalam 5 minit dah selesai.

Bagi saya Infoblast ni memang bagus. Lebih mudah kita uruskan SMS. Sama seperti kita uruskan email juga. Boleh simpan banyak maklumat dan no telefon. Kalau nak hantar SMS yang sama kepada banyak nombor, lagi senang. Cuma perlu taip sekali, masukkan nombor telefon (HP) yang hendak dihubungi atau pilih daripada senarai address book dan send. Boleh juga setting untuk kita terima pemberitahuan sekiranya ada SMS yang dikirimkan kepada kita.

Ringkasnya, saya memang dah guna perkhidmatan ni untuk kegunaan peribadi dan untuk pejabat. Bukan main senang hati rakan-rakan pejabat sebab lepas ni bolehlah diorang SMS personalia tertentu untuk urusan rasmi. Jadi dapat juga jimat kredit sempena tahun kelembapan ekonomi negara sekarang ni.

Kata kunci artikel:

INFOBLAST, hantar sms melalui talian tetap, infoblast image, tm info blast, kelebihan infoblast, infoblast sms, bil telekom tertangguhlama, daftar infoblast, cara menghantar sms percuma menggunakan handphone, cara guna infoblast, Tm Malaysia sms

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 43 comments… read them below or add one }

1 yanmie April 21, 2010 at 5:31 am

salam lan, serius aku baru tau pasal nie, thanks for sharing :) sekurang2nya bila handset aku buat hal blh gak antar sms dr infoblast nie :) jimat duit..hehehe
.-= yanmie´s last blog ..Adamaya Episode 9 memang best =-.

Reply

2 kulanz April 30, 2010 at 9:26 am

Salam, memang sangat berguna ni.. tak ada kredit memang berguna sangat ni..

Reply

3 acapz April 21, 2010 at 8:32 am

whee. mcm best bro. haha. bley cuba ni. free sms tu xthan. haha. best2. tq sharing =D
.-= acapz´s last blog ..Membuat Avatar Di unique.rasterboy.com =-.

Reply

4 kulanz April 30, 2010 at 9:27 am

Memang free masa hantar bro, tapi bayar hujung bulan juga tu, hehe

Reply

5 azizan4444 April 21, 2010 at 9:16 am

aku pon br pestime dgr bndalah ni bro..mnrik review drp bro ni..moga ianya berguna..
.-= azizan4444´s last blog ..Ada Apa Dengan Username? =-.

Reply

6 kulanz April 30, 2010 at 9:27 am

Sekadar berkongsi mana yang berguna bro..

Reply

7 hafizmd April 21, 2010 at 10:56 am

wah..terima kasih bro..baru tau nie..hehe.tapi kat rumah takde plak line tm..cilok jiranlah..hhee

Reply

8 kulanz April 30, 2010 at 9:28 am

Haha, boleh juga guna telefon jiran bro, nanti biar dia bayar hujung bulan…

Reply

9 Mus April 21, 2010 at 1:45 pm

rasanya mmg jarang orang guna servis ni kerana masing masing guna handphone..

Reply

10 kulanz April 30, 2010 at 9:30 am

Betul tu, lebih ramai suka guna handphone untuk hantar sms..

Reply

11 eyriqazz April 21, 2010 at 4:01 pm

nampak menarik..mungkin bila dah pindah rumah nanti boleh mencubanya…
.-= eyriqazz´s last blog ..Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin =-.

Reply

12 kulanz April 30, 2010 at 9:30 am

Boleh cuba bro, caj murah je tu..

Reply

13 etomyam April 21, 2010 at 4:53 pm

wah ni utk yg fixed line telepong ye….nak kena cuba jugak neh..thanks bro info ni :D
.-= etomyam´s last blog ..Berkeley, California Capai Internet Terpantas Di Dunia…Batang Kali? =-.

Reply

14 kulanz April 30, 2010 at 9:32 am

xda masalah tu bro, boleh cuba, nanti boleh boleh tau caj dia mahal ke tak..

Reply

15 arieza April 21, 2010 at 8:21 pm

wahhh mmg free ek??? betul2 free ni?? hahha kang register under tpon rumah kt malaysia. makayah terkejut beruk plak tengok bil melambung huhuhu
.-= arieza´s last blog ..::: Sticky Updated – Contest Hangit By Arieza =-.

Reply

16 kulanz April 30, 2010 at 9:31 am

Memang free masa hantar sms, tak perlu topup handphone.. tapi caj sms tu dimasukkan dalam bil telefon yg kita register..

Reply

17 arieza April 21, 2010 at 8:24 pm

eh jap nk tnye ni encik kulanz, sms percuma ke semua no mobile phone ke? ke kt talian tetap nyer account sahaja?
.-= arieza´s last blog ..::: Sticky Updated – Contest Hangit By Arieza =-.

Reply

18 kulanz April 30, 2010 at 9:34 am

boleh hantar sms ke handphone atau telefon rumah yang dah register dgn infoblast

Reply

19 imran April 21, 2010 at 10:32 pm

Malangnya kawasan perumahan saya ni tiada talian tetap lagi :(

Reply

20 kulanz April 30, 2010 at 9:35 am

yang tu boleh juga register no telefon di tempat lain

Reply

21 serol April 22, 2010 at 4:51 am

boleh la bgtau kawn2 lepas ni, biarpun tak guna talian tetap ni..hehe
.-= serol´s last blog ..Cerita 5 hari-Pertemuan itu pilihan, tapi perpisahan itu mutlak =-.

Reply

22 warnnie April 22, 2010 at 9:59 am

Alamak..saya ketinggalan la..huhu..Kena maksimumkan penggunaan talian tetap ni
.-= warnnie´s last blog ..Bangkit sebagai juara =-.

Reply

23 kulanz April 30, 2010 at 9:36 am

boleh maksimumkan, tapi tak tahu caj infoblast ni mahal ke tak.. sayapun tak terima bil lagi

Reply

24 Nine April 23, 2010 at 11:57 pm

ahehe tq bro kulanz..mantap nih boleh gak nak try..tq2 hehe :)
.-= Nine´s last blog ..I Miss My Homies : Personal =-.

Reply

25 kulanz April 30, 2010 at 9:36 am

try bro, nanti boleh bandingkan caj sms guna handphone dan yg guna infoblast ni.. tapi dengar-dengar lagi murah infoblast tu

Reply

26 IxoRa April 24, 2010 at 11:56 pm

ermmm… something new…

baru ni tau… thanks.

sekarang semua dah mudah….
.-= IxoRa´s last blog ..Cik Pora – si penyanyi koir…. =-.

Reply

27 kulanz April 30, 2010 at 9:37 am

samalah, sayapun baru juga tahu pasal ni…

Reply

28 Mr.Bintang April 25, 2010 at 4:52 am

hoho.. aku x de fixed line.. prepaid ada la.. tp boleh ke erk?

Reply

29 kulanz April 30, 2010 at 9:38 am

prepaid yg register dengar TM tu ke bro? Kalau tu rasanya boleh juga..

Reply

30 MC April 25, 2010 at 9:43 am

menarik ni!
.-= MC´s last blog ..How To Make Your Disqus Loading Fast? Its Easy! =-.

Reply

31 kulanz April 30, 2010 at 9:38 am

boleh try..

Reply

32 Infolayan April 26, 2010 at 3:29 pm

Kena cuba ni …
Terima kasih untuk info ni …

Mohon izin untuk copy ke blog saya :)
.-= Infolayan´s last blog ..Siapa Ben Ashaari? =-.

Reply

33 kulanz April 30, 2010 at 9:40 am

boleh, tiada problem..

Reply

34 denaihati April 27, 2010 at 9:02 am

Terima kasih kongsikan informasi yang berguna ni. Aku memang sedang mencari service ni.
.-= denaihati´s last blog ..Hikmah di sebalik ujian Allah swt =-.

Reply

35 kulanz April 30, 2010 at 9:42 am

Sekadar berkongsi mana yg berguna..
Memang sesuai guna ni untuk bisnes organisasi.. sekurang-kurangnya urusan rasmi organisasi yang bayar..

Reply

36 x-po April 28, 2010 at 9:30 am

aisehman, xda talian tetap TM la..huhu kalau berukband, xleh ke? hikhik
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.

Reply

37 kulanz April 30, 2010 at 9:43 am

Broadband kan ada servis sms juga bro.. boleh guna juga tu..

Reply

38 Azizuan May 12, 2010 at 4:01 am

thanks for sharing tapi malang tak boleh praktik
.-= Azizuan´s last blog ..Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.

Reply

39 kulanz November 21, 2010 at 10:39 pm

xpa.. anytime boleh guna tu

Reply

40 Rogita November 21, 2010 at 8:21 pm

KALAU COMPUTER SAYA MEMPUNYAI NETWORKING YANG SAMA DENGAN KAWAN SEPERKERJA SAYA,TAPI EMAIL YANG NAK SAYA HANTAR TIDAK BERJAYA,LAGIPUN TIADA NETWORKING LANGSUNG BILA GUNA COMPUTER SAYA.APA MASALAHNYA?

Reply

41 kulanz November 21, 2010 at 10:47 pm

pastikan networking pd pc awak tak disabled. guna windows versi apa?
Try check dekat Control Panel > Network and Sharing Center > Local Area Connection..

Reply

42 Asmawi June 23, 2011 at 2:50 pm

model iklan tuh cam kenal jer.. tak silap aku nama dia shakir affandi ker aper.. nama sedap..takleh lupa. dulu kerja steward.. part time model korrrrr..
satu product yg bagus.. blh jimat duit kawe

Reply

43 x-po September 11, 2011 at 12:17 pm

product nih dah kena terminate ker?

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: