Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 dijangka akan diumumkan pada Khamis, 21 Mac 2013. Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan SPM 2012 boleh mendapatkan keputusan rasmi di sekolah masing-masing pada hari berkenaan selepas jam 10.00 pagi. Makanala calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos.
Selain daripada mendapatkan keputusan pada hari berkenaan, calon juga boleh menyemak keputusan melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan cara berikut:
Taip > SPM<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak>No Angka Giliran dan sms ke 15888
Semakan boleh dibuat mulai 21 Mac 2013, jam 10 pagi pada Khamis dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac.
Sementara itu, pengumuman analisis keputusan SPM akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di Putrajaya pada 9 pagi hari yang sama.
Maklumat lain tentang peperiksaan SPM boleh layari: http://www.moe.gov.my/lp/
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 1 comment… read it below or add one }
yang berjaya patut bersyukur
yang gagal patut berusaha lagi
tak boleh berpuas hati dan tak boleh juga berputus asa