Peperiksaan UPSR dan PMR Dimansuhkan?

Peperiksaan UPSR dan PMR Mungkin Akan DimansuhkanSebagai mukadimah, sebelum ini banyak pandangan-pandangan individu (secara rawak sama ada yang tertulis atau diucapkan secara lisan) menyatakan bahawa Sistem Pendidikan di Malaysia adalah terlalu berorientasikan peperiksaan untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar. Salah satu contoh adalah seperti berikut:

Berbanding negara maju sistem pendidikan di malaysia masih menggunakan peperiksaan sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang pelajar. Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dianggap mampu mencapai kecemerlangan hidup apabila mereka meninggalkan alam persekolahan.

Semalam, Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan yang berkemungkinan kementerian itu akan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Cadangan itu dibuat berikutan pandangan yang kaedah pelaksanaan atau sistem pendidikan negara masa kini terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding ke arah pencapaian Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat Kurikulum Sekolah Rendah/Menengah itu sendiri hingga menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Jika kita terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya. – Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada pandangan saya sendiri. Cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR itu memang sangat wajar. Sudah tiba masanya kerajaan memberi peluang kepada Kementerian Pelajaran sendiri mengambil inisiatif untuk melaksanakan strategi pendidikan yang selari dengan matlamat asal kurikulum sekolah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan seterusnya memperbaiki kesilapan pelaksanaan sebelum ini. Kesilapan yang sama ada disedari atau tidak disedari.

Penekanan utama ialah Kemahiran Asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Aspek yang tekandung dalam kemahiran asas ialah 3M ialah kemahiran pertuturan, pendengaran, pembacaan, penulisan serta amalan dalam penggunaan empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Penyerapan nilai-nilai murni dilakukan secara menyeluruh melalui semua mata pelajaran. Bagi mata pelajaran Agama Islam, pengajaran nilai-nilai murni dijalankan secara khusus.

Bukan bermakna sistem sekarang tidak memberi penekanan terhadap ilmu, sahsiah dan penerapan nilai, tetapi matlamat itu kadang kala menjadi perkara nombor 2 untuk dicapai. Matlamat paling utama, pelajar mesti lulus peperiksaan UPSR dan PMR dan mendapat keputusan yang cemerlang. Itu realitinya. Tidak perlu saya sebutan secara terperinci tetapi, kita boleh lihat banyak program-program sokongan yang dilaksanakan/dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran lebih menjurus kepada usaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dan bukannya cemerlang secara menyeluruh.

Akibat daripada itu, timbul pelbagai tekanan dan beban kepada pelajar terutamanya untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Tekanan yang dimaksudkan itu mungkin datang daripada guru, ibu bapa, rakan sekolah atau diri sendiri. Selain itu, pendidikan berorientasikan peperiksaan juga turut memberi tekanan kepada guru-guru untuk melaksanakan pelbagai program yang dirancang oleh Kementerian/Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan program sekolah masing-masing.

Pentadbir sekolah tertekan oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang ditekan oleh Pengarah Pelajaran Negeri akibat tidak tahan tekanan oleh Kementerian Pelajaran disebabkan tekanan oleh kerajaan yang ditekan oleh masyarakat, terutamanya ibu bapa yang tertekan kerana terpaksa menunggu anak lewat balik dari sekolah (tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan pihak sekolah). Akhirnya pelajar akan menyanyi lagu “Bangau oh Bangau”.

Daripada perkara ini berlaku, ada baiknya satu sistem pendidikan yang dipersetujui bersama (oleh semua pihak) dapat diwujudkan di negara ini. Mungkin ianya agak sukar dan saya faham bukan mudah untuk merancang atau melaksanakan satu tranformasi pendidikan, apatah lagi kalau ianya melibatkan perubahan pada sistem pendidikan itu sendiri. Kajian yang mendalam perlu dilakukan dan berkemungkinan memerlukan kos termasuk mewujudkan makmal kajian. Namun, saya percaya yang rakyat tidak kisah sekiranya peruntukan besar digunakan oleh kerajaan untuk tujuan penambahbaikan dasar atau sistem dan perlaksanaan pendidikan berbanding menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah dan guru-guru ‘KAMBING HITAM’, mengaburi mata masyarakat dengan melaksanakan program/projek yang kononnya bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar dengan penambahbaikan infrastruktur dan segala kemudahan pendidikan, tetapi hakikatnya keuntungan hanya dinikmati oleh satu-dua pihak. Sama-samalah kita fikirkan!

Please like & share:

Comments

  1. nor says

    sgt stuju skiranya sstem pndidikn yg sedia ada dirombak smula coz sstem yg sdia ada too examination oriented. ini mghalang plajar to think out of box dan study untk exam. bknnya for life skill…:D

  2. Orang Biasa says

    Skrg dh tiba masanya penilaian berorientasikan kebolehan individu dan bukannya sekadar peperiksaan yg guna borang OMR semata-mata. Lihatlah sekeliling kita, ramai bebudak yang tiada hala tuju kerana fokus hanya pada akademik sahaja. Sekiranya, pelajar tersebut gagal, pelajar tersebut akan hilang fokus sehinggakan seolah-olah tiada masa depan untuknya.

    Selalunya pelajar lelakilah yang perlu diberi perhatian dalam dunia pendidikan masa kini kerana merekalah yang bakal menjadi pemimpin negara. Namun begitu, sekarang ini yang ramai menuntut di universiti kebanyakannya ialah wanita. Mengapa ini berlaku ? Kerana, pelajar lelaki tidak sukakan suasana pembelajaran biasa termasuk perlu menghafal dan mengadap buku semata-mata.

    Pelajar lelaki perlu diberi peluang untuk mengemukakan idea atau pendapat yang tiada dalam buku teks kerana mereka sukakan praktikal dan tidak sukakan teori. Sistem Penilaian yang lebih adil kepada pelajar lelaki adalah perlu supaya mereka tidak terpinggir. Contohnya, berikan mereka markah sekiranya mereka berjaya menyelesaikan masalah tertentu melalui kemahiran yang telah mereka kuasai.

    Kebanyakan dari kita ramai yang mengeluh kerana sistem pendidikan kita melahirkan pelajar-pelajar yang pasif dan tiada kemahiran dalam penyelesaian masalah. Hasilnya kita akan menjana pelajar-pelajar yang tidak mampu berdikari dan tidak boleh bertindak sendirian. Apabila pelajar-pelajar menceburi bidang pekerjaan, mereka hanya tahu memberi arahan semata-mata kerana tidak tahu untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Selain itu, mereka juga dilihat tidak pandai bergaul dan hanya suka berada dalam kelompok yang sekepala sahaja dengan mereka.

    Kesimpulannya, kedua-dua peperiksaan tersebut perlu dimansuhkan segera kerana tidak membantu langsung dalam membina modal insan cemerlang.

  3. cikgu hanisah says

    i raise up my hand to vote ‘mansuhkan upsr!’. kalau nak bg pendapat, saya boleh bg sepanjang lima ms A4. kalau nak tulis pendapat secara ilmiah, saya akan boleh berhujah setebal tesis 50 ms.
    tanpa upsr, guru2 di sekolah dpt ngajar dan mdidik kanak-kanak yg penuh potensi untuk mebentuk insan berguna dalam menjana insan seimbang memenuhi wawasan 2020. jangan pl upsr mansuh, ganti yg baru ntah hapa2, inpak smkin buruk, wawasan tinggal harapan…

  4. Ameer says

    Senang cerita, semua soalan peperiksaan mesti dalam bentuk subjektif sahaja. Saya perhatikan sejak tahun-tahun kebelakangan ni, soalan-soalan peperiksaan kebanyakannya lebih menjurus kepada soalan ingatan@hafalan semata-mata. Contoh soalan : siapakah perdana menteri yang pertama ? bilakah tarikh kemerdekaaan negara?. Sepatutnya soalan mestilah berbentuk pemahaman seperti kenapa kemerdekaan penting untuk negara? Apakah kepentingan membaca. Sudah pasti jawapan yang akan diperolehi adalah pelbagai dan selalunya pemeriksa pasti akan berjumpa dengan jawapan yang logik tetapi tiada dalam buku teks. Dengan ini akan merangsang pelajar-pelajar sekolah untuk berfikir.

  5. Deen says

    Sistem penilaian baru haruslah diwujudkan seperti penilaian dari segi sahsiah, moral, akhlak, komunikasi, kepimpinan dan penglibatan aktif dalam aktiviti luar kelas supaya dapat memupuk modal insan cemerlang.

    Selain itu, seharusnya soalan peperiksaan tidak lagi menggunakan borang OMR di mana pelajar boleh ‘tembak’ je, sebaliknya soalan berbentuk subjektif haruslah diperbanyakkan. Namun begitu, soalan subjektif tersebut perlulah mengasah otak pelajar supaya berfikir (tidak semata-mata menghafal fakta dari buku teks).

    Berikan ruang lingkup yang lebih luas kerana guru untuk mencorakkan masa depan anak-anak kita tanpa terlalu bergantung kepada silibus. Guru tidak seharusnya terlalu ditekan agar menghabiskan silibus dalam tempoh yang singkat. Diharapkan juga agar guru-guru diberi kebebasan dalam mencorak generasi pelajar yang kreatif dan inovatif.

    Akhir sekali, tanamkan pada jiwa anak-anak kita bahawa walaupun tak dapat A, masih ada Plan B. Katakan padanya, kalaupun tak dapat A, sekurang-kurangnya masih ada banyak lain peluang-peluang lain yang belum diterokai kerana setiap manusia tak sama dari segi bakat atau potensi.

  6. Vinci Mon says

    Saya tidak sama sekali setuju UPSR dimansuhkan. Hasil tranformasi pendidikan hanya dapat dilihat pada jangka masa yang panjang. Jangan mudah membuat helah diri tentang kelemahan bidang pendidikan sekarang malah terus beruasha membaikpulih kelemahan sekarang. Asyik nak tunjuk perubahan tetapi tidak berhasil contohnya PPSMI.Program yang menelan dana negara yang berjuta-juta itu hanya memberi peluang golongan tertentu mengaut keuntungan daripada programnya.Sekiranya tidak ada UPSR di sekolah rendah bagaiamana sekolah dilihat atau dinilai oleh masyarakat setempat. Malah melaksanakan kerja penilaian sudah pasti tidak dibuat dengan tulus jika tidak dipantau.

  7. Azmi says

    Saya rasa sudah tiba masanya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk membawa buku rujukan dan ‘toyol’ ke dewan peperiksaan. Di luar negara, perkara ini sudah lama dipraktikkan kerana soalan yang ditanyakan selalunya tidak akan ditemui dalam buku teks. Soalan peperiksaan tersebut sebenarnya telah diolah supaya mampu merangsang otak pelajar untuk berfikir.

  8. Mm says

    Setelah kian lama kita mengekalkan sistem pengajian seperti UPSR,SRP(PMR) dan SPM yang saya kira fungsinya adalah untuk menguji sejauh mana tahap pengetahuan seseorang pelajar dan tidak semestinya dapat membantu mereka untuk mencari pekerjaan. Oleh yang demikian, selain menyokong agar sistem UPSR,PMR Dan SPM ini digubah kepada satu sistem yang lebih bermaanfaat seiring dengan era pembangunan dan globalisasi,saya juga ingin cadangkan agar kita lebih fokus kepada pembelajaran secara kemahiran fizikal mahupun secara teknikal. Kita harus menukar sistem pembelajaran di Malaysia dengan mengutamakan kemahiran seperti lebih banyak mengajar tentang aktiviti pertukangan, menjahit, eletronik, memasak dan sebagainya. Semestinya setiap kemahiran adalah secara berperingkat iaitu bermula daripada asas sehinggalah ke tahap kecemerlangan dimana satu sijil kelayakan dalam bidang yang diceburi dapat diperolehi untuk membuktikan kemahiran seseorang pelajar itu. Untuk menjayakan ini kita perlu memikirkan tentang tenaga kerja pengajar yang berkualiti dari luar negara. Biarpun iainya nampak memerlukan kos yang tinggi untuk mengupah tenaga kerja dari luar negara tetapi jika difikirkan untuk masa hadapan belia dan juga untuk menjayakan misi 2020 kita perlukan sistem yang sedemikian agar kita tidak ketinggalan. Cuba bayangkan kerajaan juga mengeluarkan kos yang tinggi untuk menghantar seseorang pelajar yang cemerlang ke luar negara dengan harapan agar pelajar tersebut dapat kembali ke Malaysia dan seterusnya berkhidmat untuk Malaysia dengan menyumbangkan pengetahuan dalam bidang yang mereka ceburi. Apabila generasi baru dapat menguasai sistem kemahiran itu maka mereka akan mempunyai masa depan yang cerah dimana mereka boleh menyumbang untuk membangunkan negara atau pun mereka boleh bekerja di luar negara jika tidak mendapat peluang pekerjaan di negara kita sendiri. Dengan adanya sistem sedemikian maka gejala lepak, masalah sosial serta penggangguran di negara kita dapat dikurangkan. Apabila kurang masalah maka kurang lah belanja untuk mencari jalan bagaimana menyelesaikan sesuatu permasalah di negara kita dan peruntukkan tersebut dapat digunakan untuk kepentingan lain seperti untuk pembangunan. Saya berharap ada pihak yang prihatin dan berfikiran lebih terbuka agar perubahan dapat berlaku di Negara Tercinta kita ini. Kita sering melaung-laungkan menuju ke arah kecemerlangan tapi ada kah kita bersedia untuk menghadapi perubahan atau merancang sesuatu kelainan? Persediaan ini amat perlu dan setiap individu di negara kita perlu ada pemikiran positif terhadap sesuatu perubahan kerana kita tidak akan berjaya tanpa perubahan yang dimaksudkan saya ini, mata pelajaran inggeris juga tidak kurang pentingnya untuk dikuasai kalau kita ingin bergerak ke era globalisasi yang maju dan mantap. Rakyat Didahulukan dan Pencapaian di utamakan! Kita harus fokus dengan terma pentadbiran kita sekarang ini. Kurangkan Rasuah dan carilah duit dengan hasil titik peluh sendiri bukan dengan mengaut komisen atas hasil kerja dan usaha orang lain. Saya percaya kalau semua orang berfikiran seperti saya, Negara kita akan cepat membangun dan maju. Ambil contoh daripada negara Brunei dan juga Singapore “Yang baik diturut dan yang buruk dielakkan”.

  9. anis syahira says

    assalamualaikum…sy masih students dan sy agak berminat utk menjadikan artikel encik dalam tajuk assngments sy..boleh encik terangkan dengan lebih dalam lagi mengenai isu ini..encik boleh emailkn kpd sy..niszscha@yahoo.com..harap encik dpt membantu…

  10. awann says

    Assalamualaikum…
    sekadar untuk berkongsi pendapat di sini.
    Bagi diri saya sendiri, seorang pendidik, adalah penting untuk mempunyai sistem penilaian yang berkesan bagi menjadi bahan rujuk terhadap perkembangan pendidikan anak-anak. Melihat contoh negara maju, sistem pendidikan tetap mempunyai peperiksaan namun melalui kriteria dan kaedah yang lebih baik berbanding negara kita.
    Keadaan pendidikan di negara kita mmg semata-mata boleh kita lihat sebagai BELAJAR UNTUK PERIKSA. Pergilah ke mana-mana tempat di negara kita ni, apabila menilai kecemerlangan sekolah, yang dilihat dulu adalah brp ramai student yang score straight A’s. Parents pun berebut untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang mampu melahirkan bilangan student yang ramai dpt straigh A’s ni sehinggakan ada yang sanggup ke PPD, JPN hatta ke KPM bagi memastikan anak mendapat tempat. Tidak kurang juga yang sanggup berhabis duit dan mengatur hidup anak seperti robot dengan menghantar ke pusat tuisyen siang dan malam…objektifnya untuk mendapat A. Ramai parent (dari semua latarbelakang) akan risau sekiranya anak tidak menunjukkan kecemerlangan dalan akademik tetapi tidak pernah hirau sekiranya anak tidak tahu menghormati orang lain ataupun x kenal huruf dalam Muqaddam. Ini kerana masing2 risau anak mereka dikatakan BODOH oleh orang lain.
    Guru-guru dari peringkat pentadbiran hinggalah kepada guru biasa setiap hari tertekan..sehinggakan ada yang takut untuk mengajar tahun/kelas yang bakal menduduki peperiksaan besar (UPSR, PMR & SPM) kerana risau keputusan tidak seperti diharapkan.Makanya, akan turunlah pegawai2 berkenaan ke sekolah untuk bertanyakan soalan2 yang meletihkan untuk dijawab. Kenapa ini semua terjadi?? Kerana kecemerlangan dinilai dari bilangan A. Makanya, setiap hari guru-guru makin tertekan sehinggakan ada yang berada di sekolah sehingga malam..malahan keluarga sendiri terabai bagi memastikan pelajar diberikan bekalan yang cukup sebelum memasuki dewan peperiksaan. Para pelajar pulak makin bosan kerana setiap hari perlu hadir ke tuisyen..walaupun hari minggu sekalipun sehingga menimbulkan sifat memberontak dalam diri.Hasilnya, makin ramai pelajar yang ponteng sekolah, merempit dan terlibat dengan perlbagai gejala tidak sihat. Semuanya kerana tekanan…
    Sebenarnya UPSR tidak perlu dimansuhkan..cuma yang perlu dibuat adalah transformasi..perubahan dalam kaedah penilaian.Adakah logik segala kemahiran dan apa yang dipelajari oleh murid di sekolah hanya dinilai dengan sebuti A,B,C atau D sahaja.Sedangkan apa dilajari adalah melebihi dari ABC sampai Z.Di manakah kita letakkan penilaian terhadap kemahiran sosial seperti bergaul dengan rakan, menghormati orang lain dan lain2 lagi?

  11. says

    salam.. jika UPSR dimansuhkan kita mau ganti dengan apa?? saya bukan tidak bersetuju jika UPSR dimansuhkan tetapi sebelum dimansuhkan ia perlu di gantikan dengan persediaan lain.. jangan ini tiada tiba2 penggantian juga tiada… ia lebih merugikan.. seharusnya UPSR tidak dimansuhkan kerana waktu itu murid-murid lebih fokus untuk 3m.. jika tiada peperiksaan murid-murid akan bertambah malas.. murid-murid di bandar lain jika di pedalaman sabah sarawak yang jarang2 datang ke sekolah macam mana.. semakin tiada peperiksaan semakin liat mereka datang sekolah. hasil drp pengalaman sy setahun jagung ini saya dapati murid2 saya akan datang ke sekolah penuh jika ujian.. jika tiada ujian makan mereka tidak suka ke sekolah. waktu ujian waktu mereka membaca jika bkn waktu ujian ibu bapa mereka yang menjawab soalan kerja rumah yang diarahkan…

  12. hazel says

    saya juga bersetuju jika upsr diganti dengan cara lain untuk menilai anak anak disekolah rendah…kerana upsr mereka tidak dapat menjalani alam persekolahan yang seronok ini kerana di bebani oleh peperiksaan….ada sesetengah ibubapa juga takut sekiranya anak mereka tidak mendapat keputusan yang baik dalam upsr….adakalanya ibu bapa yang lebih bimbang dari anak2 yg akan menduduki upsr…oleh itu biarlah kanak2 ini belajar dengan seronok barulah dibebani dengan peperiksaan berat…

  13. radziah mat yusof says

    SALAM HORMAT KAMI DIPANGGIL UNTUK MERUJUK KEPADA PEMANSUHAN PMR DAN UPSR BAGAIMANA KAH UNTUK SESAORANG ITU UNTUK PERGI KEPERINGKAT LEBIH BAIK JIKA SYSTEM LAMA DULU GUNAPAKAI DGN MENGAMBIL KIRA DGN UJIAN SEBIGINI UNTUK MENERUSKAN PELAJARAN SETERUSNYA SEPERTI CONTOH UNTUK MEMASUKI KE MAKTAB TENTERA MALAYSIA SETIAP INDIVIDU HARUS MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA PMR DGN KEPUJIAN PERKARA-PERKARA UNTUK MENDUDUKI DI MAKTAB TENTERA ITUADAKAH DINILAI CARA LAIN UNTUK ANAK ANAK KAMI UTK MELANJUTKAN KE MAKTAB TERSEBUT……………….

  14. says

    bagi saya, ada pro dan con. ADa baik dan buruknya. Dan tidak semua orang boleh terima upsr atau pmr dimansuhkan. Ada yang boleh terima. Pendek cerita, kita tunggu dan lihat. Kita cakap banyak pun tak berapa guna kalau menteri tetap nak wat lagu tu. keputusan masih ditangan mereka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>