Sekadar berkongsi info yang agak menarik perhatian saya. Ni berkenaan program yang sepatutnya dilancarkan oleh Ketua Menteri terpaksa dibatal ekoran kesilapan ejaan pada risalah dan sepanduk.
Pulau Pinang – 5 Mei – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah.
Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan). Berita lanjut boleh rujuk sini: Utusan Malaysia
Memang tak dinafikan manusia sering melakukan kesilapan. Bagaimanapun saya bersetuju dengan Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa kesilapan seperti itu memang tidak wajar berlaku. Seharusnya, mana-mana artikel, risalah atau bahan terbitan umum perlu melalui pemeriksaan sebelum diterbitkan. Apatah lagi ia melibatkan program kerajaan. Nampak sangat pihak penerbitan seolah-olah hanya inginkan keuntungan dan bukannya kualiti penerbitan. Ini bukan zaman penggunaan mesin taip! Bahan terbitan itu juga bukannya diterbitkan di blog. Kalau tulis di blog salah ejaan boleh baiki. Lagipun yang tegur hanya kawan-kawan.
Nampaknya program yang sepatutnya memberi penghargaan kepada warga emas, bertukar menjadi penghinaaan kepada kearajaaan..


{ 41 comments… read them below or add one }
mmg patut ditarik balik sbb kita dah tetapkan spec yg kita hendak ..
pencetak tak dapat buat, kita suruh dia buat balik dgn extra cost diorang tanggung.
Lagi satu, yg in-charge bahagian penerbitan tu tak buat kerja ke? Patut diorang gi check and confirmkan sebelum bg green light utk teruskan mencetak risalah tersebut :p
.-= hydir´s last blog ..EPL: Arsenal tersungkur, Hull tersingkir ke divisyen dua =-.
Memang patut diorang buat balik..
Tu lah masalahnya.. macam syarikat percetakan tahap kampung je.. tak ada editor mungkin..
Apa da derang ni…sekolah tinggi tapi eja out..
kalau blog salah ejaan takpe kan??salah sikit2 jerk..huhu
.-= apiih´s last blog ..Movie-Movie Yang Bakal Menggegarkan Pawagam pada 2011 =-.
di blog salah eja tak kisah.. lagipun senang nak betulkan..
blogger pun jgn salah ejaan ye
elakkan salah eja.. melainkan kalau disengajakan, hehe
macam mana penerbitan boleh silap ejaan.. semestinya lewat editor dulu kan?
Memang pun kena ada editor yang check semua ejaan baru pegi bahagian percetakan..
tu mesti nak kira untung aje.. tapi kena check jugak takut requirement ejaan memang macam tu.. haha.. takut editor nak betulkan..
tak mustahil, tu salah satu sebab.. tapi kalau betul macam tu, sekarang diorang tanggunglah kerugian akibat ketakutan nak betulkan awal-awal, hehe
camana boleh terima benda tu kalau tersalah eja tu…sepatutnya reject awal-awal bila sykt tu benda tu bawak ke pejabat…
.-= etomyam´s last blog ..Bagaimana Daftarkan Sekolah Anak =-.
Memang patut kena reject pun..
tapi mungkin sebab kerja last minit, tak sempat hantar pejabat menteri utk semak, dari kilang terus ke venue.. hehe
macam ne boleh typo error …kalau blog , boleh leh edit… yang akhbar nie..dah print… dah jadi bubur mekdi… oleh yang demikian perlu ada tapis2..berperingkat… check salah ejaan tuh..
.-= zik´s last blog ..Cara nak lebatkan rambut. =-.
betul tu bro, lagipun kalau setakat salah eja di blog, orang tak kisah sangat, kalau orang tegur, kita baiki je.. tapi ni bahan cetakan utk acara yang dirasmikan menteri
Ralat dan kesalahan ejaan yang tidak disengajakan boleh dimaafkan. Tapi kalau akhbar dan majalah seharusnya para editor lebih peka..
.-= bluedianthus´s last blog ..[Review] Hatimu segagah raja rimba Bahagian 2 =-.
betul, editor kena check ejaan bnyk kali.. baru lepas utk cetakan..
agak2nya masa nak cetak tu semua tidur termasuk jaga
agak2 je…
.-= tehr´s last blog ..Bila Petang =-.
hehe.. mungkin juga orang yang tulis tu pun tak pandai baca…
company yg cetak tue ikut je apa yg ditulis oleh orang yg menempahnya..nak salahkan yg mana satu agaknya?? company cetak atau orang yang menulis tue?? huhuu
.-= marki´s last blog ..Kantoi haku curi video klip Zee Avi =-.
kalau kes macam tu, dua-dua salah.. hehe.. mungkin yang tempah dan kompeni tu orang luar negara, tak pandai eja bahasa melayu juga, hehe
memang patut buat balik..ini bukan kesilapan kecil..kesilapan besartu…
.-= eyriqazz´s last blog ..Anonymous Mengamuk dan Mengganas Lagi =-.
diorang buat salah, diorang kena tanggung akibatnya..
entah2 orang pencetak tu ingat ketua menteri memang sengaja buat ejaan salah sebab tu tak betulkan. haha
hehe, tak tahu juga, harap nanti diorang buat kajian semula dan maklumkan di akhbar..
tak kisah la gimik ke pe.. tapi kesalahan tu mmg tak patut berlaku.. cam tak de semakan pilak pas buat.. huhuu
memang seseorang tu tak lari dari kesilapan, tapi kalau 2-3 orang semak sebelum cetak, mesti kesalahan macam tu tak berlaku..
adeh nie mesti kes tak semak balik nie..ehehe
mungkin sebab diorang tlampau kelam-kabut nak cetak, sampai tak sempat utk semak segala ejaan..
buat post dlm keadaan penik ke….relexs la
.-= mimi´s last blog ..Orang Miskin Membina Masjid =-.
eh, tak baca entri ke? hehe
Ni bukan buat pos dalam keadaan panik.. kesilapan ejaan ‘Perhargaan’, ‘Penghinaaan’ dan ‘Kearajaaan’ tu memang disengajakan..
berita terkini yang baru saya tahu. Kesian nenek saudara saya, dia dah bercerita-cerita tentang nak dapat penghargaan dari Lim Guan Eng ni. Maksudnya program itu dibatalkanlah ye .. sian nenek, nanti nak cakap kat die..
.-= farenova´s last blog ..9 Most Annoying Types of People on Facebook =-.
tu lah, gara-gara kesilapan ejaan, majlis tu terpaksa ditangguh, kasihan pada warga emas kita..
susah jugak kalau salah ejaan ni,terutama yang melibatkan kempen atau sesi penghargaan,lain kali dorang kene buat semakan ejaan dengan teliti.
.-= wazy´s last blog ..Bagaimana wudhu’ zahir dan batin ? =-.
memang betul tu bro, program kerajaan ni x boleh ambil mudah.. patut ada semakan bnyk kali
jgn2 ada org nk sabotaj kan.. well utk dot income lbh, tak pun, utk extend tarikh tu sbb ada bnda tak siap lg huhuhu kot la kan ada udang di sebalik batu.. yg salahnye editor la.. awat xedit tul2 before printing,, mmg xbuat keje.. huhuh
.-= arieza´s last blog ..::: Aneh =-.
pasal sabotaj tak tahu plk, tapi mmg tak mustahil..
setuju sgt yg patut ambil berat tu pihak pcetakan.. t’utamanya editor sykt..
malunya salah ejaan. patutnya double check dulu sebelum publish.
tu lah, bukan sorang malu, menteri pun ikut malu sama..
Maaf, saya terlupa maklumkan, kesilapan ejaan pada tajuk di atas memang disengajakan..
ini mesti kerje ibarat melepas batuk ditangga..uhuk uhuk..janji siap..adoila
.-= hafizmd´s last blog ..Masih belum terlewat.. =-.