Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2010

Kebanyakan rakyat Malaysia dan Indonesia terutamanya peminat bola sepak pasti tidak sabar menanti detik perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad (26 Disember) dan pusingan kedua pada Rabu (29 Disember) nanti. Pasukan Bola Sepak Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0. Manakala pasukan Indonesia pula mengalahkan pasukan Filipina juga dengan agregat 2-0.

Perlawanan yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam itu bukan sahaja dapat disaksikan di stadium, tapi juga dapat ditonton secara live di Saluran RTM bermula pada wisel pertama dibunyikan.

Syukurlah, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata sudahpun mengumumkan yang RADIO Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung Piala AFF Suzuki 2010 tepat jam 8.00 malam dan tidak lagi lewat 30 minit seperti perlawanan separuh akhir lepas. Jadi bolehlah tonton ramai-ramai dan beri sokongan kepada pasukan bola sepak muda negara. (Dan harap-harap juga akan ada siaran langsung perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Jakarta nanti.)

Final AFF Suzuki 2010 Malaysia vs Indonesia

Berdasarkan rekod keputusan perlawanan kumpulan sebelum ini, Indonesia telah menewaskan Malaysia 5-1. Sama ada pasukan Indonesia memiliki kelebihan atau pasukan Malaysia yang mempunyai kelemahan bukanlah perkara besar yang perlu dirisaukan untuk perlawanan akhir nanti. Kita yakin jurulatih pasukan Malaysia, K. Rajagobal mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi perlawanan akhir nanti. Apa yang sedikit merisaukan adalah tindakan penyokong kedua pasukan.

Khabarnya media Indonesia sebelum ini pernah menimbulkan isu penggunaan cahaya laser di stadium oleh penyokong negara kita yang telah menyebabkan kekalahan pasukan Vietnam. Tidak kurang juga ada gesaan untuk menjadikan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai “Lautan Merah” semasa perlawanan itu nanti. Biar apapun strategi suntikan semangat kedua negara, semoga semua penyokong bola sepak lebih rasional dalam melakukan sebarang tindakan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya insiden-insiden yang tidak diingini. Sama-samalah kita menerima keputusan perlawanan dengan hati terbuka.

Kemaskini: Rujuk Keputusan Penuh Perlawanan Akhir 1 dan Keputusan Perlawanan Akhir 2

Please like & share:

Comments

  1. baybear says

    buat pasukan malaysia selamat berjaya..seluruh rakyat malaysia mendoakan kejayaan anda…berjuang sampai ke keringat terakhir…biar putih tulang jgn putih mata…..

  2. kamis sukri says

    saya bangga pabila malaysia layak ke final….tp saya malu dengan permainan yg disembahkan pasukan negara kita…ya, saya akui Malaysia mempunyai pertahanan yg baik, semangat juang yg tinggi…masalahnya mana midfield pasukan malaysia, hantaran ke striker kebanyakan dilakukan oleh bhgn pertahanan dan sepakan goalkeeper….utk bhgn pertahanan pula, jgn menyepak bola spt melepaskan sesak jer apabila diasak pihak lawan….jgn cepat hilang bola…kawalan bola….hantaran…masih perlu dibaiki lg…jgn disamakan pasukan negara dengan team budak sekolah…utk final ni, ayuh pasukan negara,tingkatkan mutu permainan…jgn asyik bertahan jer…bg sy ttak kesah kalah menang…janji saya puas lihat permainan yg bermutu dan yg berklas dunia…

  3. says

    aku ada gak baca berita pasal cahaya leser tu, aku kurang pasti…tp bila aku tgk siaran lansung aritu..memang ada perasan gak…ada cahaya hijau…terpancar…tak tahu dari mana…hope penyokong yg menonton di stadium tak buat benda camtu…merencatkan aksi pemain jerk…

  4. Gonzales Madu Jawa says

    Harimau tidak akan pernah bisa membaham Garuda,
    hanya Garuda yang bisa menerkam Harimau dari udara stadium Bkit jalil,
    & hanya Garuda yang bisa terbang di Bkit jalil,
    & hanya Garuda yang mempunyai kekuatan sayap,
    & Hirimau akan kelelahan karena kebanyakan mengejar,
    & tidak akan pernah bisa memakan Garuda,

  5. says

    wahh….takut nk lihat dan berdebar juga setelah melihat pasukan malaysia berlawan ngan indonesia harap doa orang malaysia akan termakmul dan jngan menghampakan masukan malaysia …..sokonglh pasukan malaysia ngan bersunggh2 dan melihat aksi pasikan malaysia bermain di padang bola sepak nie.harap2 ,mlaysia akan dapat menjuarai pasukan malaysia ini….dn cayok222…..kat malaysia dan pulng ngan kejayaan …………….insyallah akan mendapat jaringan 2-0 hehehe.

  6. Ronzakuken says

    Gonzales, mane cakaran garuda kt bkt jalil mcm yg kamu ckap tu? hahaha
    Harimau tidak perlukan pemain import macam team2 lain untuk ke final dan membenam garuda dgn 3-0 gol hehe…im so proud to be malaysian !!
    Bg team malaysia jangan mendabik dada lg, perjuangan belum selesai..teruskan kecermelangan !! Kami rakyat malaysia mendoakan kejayaan korang..

  7. says

    tahniah pasukan harimau malaya yang bertempur hebat tadi..walaupun kalah Malaysia main dengan berdisiplin..tak emosional, bertahan dengan baik..serangan bagus..tapi penyudah xde..indonesia pulak serangan bertali arus tapi kekentalan khairul fahmi memang tak dapat nak dibolosi dgn banyak gol lagi..Malaysia terbaik!!!kita lakarkan satu lagi sejarah baru dalam arena bola sepak tanah air!!we proud to be malaysian!!!Mamak hakim seksyen 7 tadi penuh dengan ribuan manusia siap dengan ultras malaya dtg dengan gendang..Ada live kat tv kejap td..huhu

  8. garuda malaysia says

    tahniah!!!!!!…tahniah!!!!….tahniah!!!!!…
    Buat pertama kali malaysia menjulang piala AFF oleh skuad harimau malaya anak didik pak gopal(k.rajagopal)..taniah juga untuk shafee sali kerana menjadi penjaring terbanyak kejohanan..

    hidup malaysia…
    1 malaysia…
    malaysia boleh..

  9. harimau malaysia says

    tahniah!!!!!!!!2 malaysia mmg pndai….kbanyakan sy tngok indon yg bnyak buat serangan ttp malaysia brtahan dgn baik………walaupon malaysia x mmpunyai pemain import malaysia ttp mng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hidup harimau muda5………..negara malaysia x mcm negara lain pkai org import….huhuhu!!!!!!!!!!!!gonzales mane kelebihan kau kate pndai tapi klah jugak………sy brharap malaysia akan mnag lagi dlam piala aff suzuki yg akan dtg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!salam 1 malaysia……malaysia boleh3

  10. frederick rawing says

    tahniah!!!!!tahniah!!!!!tahniah!!!!! kepada pasukan malaysia.saya sangat happy hidup malaysia….1malaysia….malaysia boleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>