Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAN UNIVERSITI (BKPU) 2012 yang sebelum ini ditangguhkan telahpun dibuka semula.
Permohonan Baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Tahun 2012 akan diadakan seperti tarikh di bawah:
- Zon 1 (11 – 17 Jun 2012) – Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu
- Zon 2 (18 – 24 Jun 2012) · Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Zon 3 (25 Jun – 1 Julai 2012) · Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan

Pihak sekolah boleh mengakses ke sistem permohonan melalui alamat berikut: http://apps.moe.gov.my/biasiswa/ dengan menggunakan kod sekolah sebagai ID Pengguna.
Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan talian 03-8884 7083 / 7616 / 3692.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 5 comments… read them below or add one }
Teringat semasa bersekolah dahulu.. Saya antara yang mendapat manfaat BKP ni!
beruntung mereka yg beroleh biasiswa. .. jgn pulak gunakannya utk perkara lain. .
dgn biasiswa semoga memudahkan urusan pembelajaran..
molek benar ni kalau dapat
ringan sikit beban mak ayah
semoga dengan adanya biasiswa.. peluang untuk belajar dengan baik lebih cerah..