Home >> Biasiswa >> Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persedian Universiti 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun membuka aplikasi atas talian bagi permohonan BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAN UNIVERSITI (BKPU) 2012. BKP diberikan kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kedua-dua biasiswa ini diberikan khusus kepada pelajar yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang ibu bapanya memiliki pendapatan rendah.

Permohonan baru Biasiswa Kecil Persekutuan

Permohonan baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persedian Universiti (BKPU) 2012 akan bermula seperti tarikh berikut:

  • Zon 1 (Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan, Terengganu) : 23 hingga 29 April 2012
  • Zon 2 (Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Sekolah Berasrama Penuh) : 30 April hingga 6 Mei 2012
  • Zon 3 (Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan) : 7 hingga 13 Mei 2012

Sekolah-sekolah boleh mengakses ke sistem permohonan tersebut melalui http://apps.moe.gov.my/biasiswa/.

Kemaskini 25/04/2012
Permohonan baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persedian Universiti (BKPU) Tahun 2012 telah ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan semula. Pihak Kementerian akan memaklumkan semula tarikh sebenar Sistem Permohonan Biasiswa akan dibuka.

Kemaskini 11/06/2012 (12.50 p.m): Permohonan baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persedian Universiti (BKPU) Tahun 2012 telah dibuka semula. Sila rujuk di sini.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 9 comments… read them below or add one }

1 adi April 21, 2012 at 1:05 pm

ba tuan, yg sudah lama habis belajar masih ble mohon ka ni..hihi…mau tanya lagi tuan, klo yang ambil spm or stpm tahun ni layak ka memohon?

Reply

2 kulanz April 24, 2012 at 1:09 am

masih layak lagi tu tuan

Reply

3 tehr April 22, 2012 at 12:19 pm

Sesiapa yang layak elok sangat la memohon
Biasiswa ni tak perlu bayar balik, kan?
Lebih baik berbanding ptptn

Reply

4 kulanz April 24, 2012 at 1:10 am

biasiswa ni memang percuma.. walaupun jumlahnya kecil tapi sangat bermakna bagi pelajar yang kurang berkemampuan

Reply

5 olundus April 25, 2012 at 10:03 am

sy pernah merasa Biasiswa ni masa T6…memang membantu..

Reply

6 kulanz April 26, 2012 at 11:37 pm

memang sangat berguna..

Reply

7 asma May 4, 2012 at 5:54 am

kenapa permohonan biasiswa utk bkpu tak de lagi,, bagi zon 2 tinggal 2 hari je lagi tarikh yang diberi 30 april 2012 higga 6 Mei 2012.kesian pelajar 6 tas yang tak dapat2 biasiswa lagi..

Reply

8 sayaady May 11, 2012 at 7:59 pm

saya ni pemohon biasiswa kecil kedah 2012.jdi bila tarikh tu nk keluar?

Reply

9 idham_rock February 27, 2013 at 6:55 pm

sy pernah merasa Biasiswa ni masa T6…memang membantu……..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner