Permohonan Biasiswa Menengah Yayasan Sabah

Keputusan Peperiksaan UPSR telahpun diumumkan pada minggu lepas dan tentu pada masa ini pelajar atau ibu bapa sedang merancang program-program pembelajaran yang akan disertai mereka/anak untuk menyambung sesi persekolahan peringkat menengah sesi 2011 nanti. Sekarang ini ada banyak pilihan yang boleh dibuat, antaranya menerusi Program Biasiswa Kerajaan Negeri/Persekutuan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Sains/Agama atau mengikuti persekolah di sekolah awam kerajaan.

Jadi kepada pelajar lepasan UPSR 2010, khususnya pelajar di Sabah yang akan menyambung persekolahan peringkat menengah, anda boleh memohon Biasiswa Menengah Yayasan Sabah dan Temuduga Program Penghantaran Pelajar ke Semenanjung Malaysia dan Sarawak Tahun 2011.

Berdasarkan maklumat yang saya peroleh, iklan mengenai permohonan dan temuduga tersebut telah dan akan disiarkan melalui akhbar tempatan pada 12, 15 dan 17 November 2010. Borang-borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing, atau boleh ajukan pertanyaan kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing. Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada 18 November 2010. Antara syarat permohonan ialah calon mestilah mendapat sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan UPSR tahun 2010.

Khusus kepada calon yang berada di sekitar daerah Pitas pula, temuduga akan diadakan pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 22 November 2010
  • Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Pelajaran Daerah Pitas
  • Masa: Sesi 1 (9.00 pagi – 12.30 tengah hari)  Sesi 2 (2.30 petang – 4.30 petang)

Bagi calon-calon di daerah lain boleh rujuk pejabat pelajaran daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini.

Jika berminat, bolehlah ambil peluang baik ini.

Please like & share:

Comments

  1. sheila says

    I just finish my study at Matriculation college. How to apply the yayasan sabah scholarship for undergraduate prgrm? TQ

  2. Syakirah says

    Assalamualaikum wtw.saya ingin tahu dan ingin membuat permohonan biasiswa untuk tahun 2013.Saya lahir di sabah.(SEMPORNA).kini saya melanjutkan pelajaran di UUM semester 2 tahun 1.Bila link untuk permohonan biasiswa bahagian ank sabah dibuka??

    need responses.
    thank you.
    wassalam wtw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>