≡ Menu

Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Bagi anda yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) 2013 atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013, berikut adalah berita baik kepada anda semua.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:

KETERANGAN PROGRAM:
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Klik SINI untuk iklan permohonan.

KPLSPM 2013

STRUKTUR PROGRAM:

  • Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
  • Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.   DAN
  • Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
  • Bahasa Melayu;
  • Sejarah;
  • Satu (1) mata pelajaran yang lain;  serta
  • lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:
1.  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

CARA MEMOHON:

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013. Permohonan secara atas talian hanya boleh dibuat mulai jam 2 petang, 22 Mac 2013 (Jumaat).
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
  • Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP:
Tarikh tutup 31 Mac 2013 (11.59 Malam)

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC & SMA/SMU Ambilan Khas Jun 2012

Adalah dimaklumkan juga bahawa Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2013 akan dibuka pada tarikh yang sama dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2013 di atas.

Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah:  Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah) atau Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa

  • Keterangan lain berkenaan program ini boleh didapati dalam iklan yang sama.

PERTANYAAN (rujuk kemaskini)
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN PEMGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFON: 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SABAH
D/A INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH
NO. TELEFON: 088-236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SARAWAK
JALAN COLLEGE93259 KUCHING, SARAWAK.
NO. TELEFON: 082-258045

KEMASKINI INFO DARI SEMASA KE SEMASA

Kemaskini 22 Mac 2012 – 2.05 p.m: Laman web untuk permohonan KPLSPM 2013 masih belum diaktifkan. Pautan ke laman web tersebut akan dikemaskini di sini nanti jika sudah ada. Anda juga boleh terus ke laman www.moe.gov.my untuk mengikuti perkembangan terkini. Harap dapat bersabar.

Kemaskini 22 Mac 2012 – 2.15 p.m: Laman web untuk permohonan online KPLSPM 2013 telah dibuka. Sila lawati laman http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm untuk membuat permohonan. Terima kasih

Borang Permohonan KPLSPM

 

Kemaskini 22/04/2013: Klik di SINI untuk Semakan Temuduga PISMP / KPLSPM Jun 2013.

Kemaskini 18/06/2013: Segala urusan berkaitan Pengambilan Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 telah berpindah ke:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 1, Enterprise Building 3,
Blok 2200 Persiaran APEC, Cyber 6,
63000 Cyberjaya
(Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar)

No Telefon: 03-8312 6766 / 03-8312 6720 / 03-8312 6734

About the author: Kulanzsalleh

{ 68 comments… add one }

  • jude March 21, 2013, 8:57 am

    Perlukah saya membeli PIN di BSN?

    • Kulanzsalleh March 21, 2013, 8:45 pm

      kebiasaannya perlu.. apa2 hal nanti saya update esok (22 Mac 2013)

  • akubiomed March 21, 2013, 1:29 pm

    Antara kerjaya yang menjadi pilihan.

    • Kulanzsalleh March 21, 2013, 8:45 pm

      betul tu bro.. sekarang dah jadi pilihan utama

  • Mikail March 22, 2013, 9:20 am

    saya dah pergi ke http://www.moe.gov.my lepas tu macam mana nak cari borang?klik sana sini tak jumpa

  • anie March 22, 2013, 10:19 am

    bila boleh beli no.pin ya?

  • naiem zakaria March 22, 2013, 12:02 pm

    Bilakah no.pin bleh dibeli??…atau x perlu….

  • Syed Moehar March 22, 2013, 12:32 pm

    Tak berapa faham la -___- mcm mana nak mohon bagi saya yg baru lepas SPM ? saya check dkt laman web http://www.moe.gov.my/ takde pun tmpt utk saya memohon :(

  • Hasnolhisham March 22, 2013, 12:35 pm

    borang nk isi ambl di mna??

  • Glenda March 22, 2013, 12:43 pm

    perlu beli no pin ke??

  • Kulanzsalleh March 22, 2013, 1:16 pm

    Permohonan secara atas talian hanya boleh dibuat mulai jam 2 petang, 22 Mac 2013 (Jumaat).

    Berdasarkan rekod permohonan sebelum ini, pemohon perlu mendapat Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Untuk tahun ini, rasanya syarat yang sama dikekalkan. Apapun, kemaskini akan dibuat selepas jam 2.00 petang nanti. harap dapat bersabar..

    • Glenda March 22, 2013, 1:33 pm

      saya dah check dekat laman web tersebut tapi tak ada pun borang..kat mana nak isi borang??

    • Kulanzsalleh March 22, 2013, 2:28 pm

      Kemaskini, 22 Mac 2013 (2.15p.m.): Tiada sebarang arahan untuk membeli No PIN untuk tujuan permohonan. harap maklum.

    • nurul March 29, 2013, 5:22 pm

      perlu kh beli no pin atau cuma isi borang permohonan sahaja.

  • Nor zahirah najiha March 22, 2013, 2:04 pm

    Boleh x tolong ajarkan saya cara nak dpat kn borang dan cara nak isi permohonan . Terima kasih

  • Kulanzsalleh March 22, 2013, 2:14 pm

    Laman web untuk permohonan online KPLSPM 2013 telah dibuka. Sila lawati laman http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/index.cfm untuk membuat permohonan. Terima kasih

  • Nur Shahidah March 22, 2013, 3:38 pm

    kalau saya lahir pada 7 mac 1993 memang dah x layak nak mohon ker??

  • NURUL ASYIKIN March 22, 2013, 5:17 pm

    ASSALAM…..NK TNY,,….KALAU CALON SPM2010 (LAHIR 14 MAC 1993) MANG X BOLEH MOHON KE????

    • eda March 25, 2013, 2:55 pm

      tu syarat-syarat dia adik-adik..yg lahir sebelum 30 jun 1993 dah tk layak memohon. calon spm 2010 yang lhir pd atau selepas 30 jun 1993 shaja layak lagi memohon

  • TehR March 22, 2013, 11:47 pm

    tahniah kepada yang berjaya dalam spm lepas
    yang berminat nak jadi cikgu, usah lepaskan peluang

  • june March 23, 2013, 9:50 am
  • hui March 23, 2013, 1:09 pm

    mengapa saya gunakan keputusan uec untuk memohan maktab tapi saya tidak dapat megisi maklumat tentang keputusan uec dan tidak dapat memilih pilihan bahasa cina pendidikan rendah(SJKC)?

  • Yap Xiao Yun March 23, 2013, 1:48 pm

    kenapa ada kata laluan dlm permohonan borang tu????? apa benda tu bagaimana saya tahu kata laluan tu?????

  • Yap Xiao Yun March 23, 2013, 1:49 pm

    kata laluan ?????? apa banda tu bagaimana saya tahu kata laluan tu????

    • Hafizah Ainna March 23, 2013, 2:35 pm

      Kata laluan untuk kegunaan sendiri. maksudnya reka sendiri. mesti ingat

  • Yap Xiao Yun March 23, 2013, 1:54 pm

    knp ada kata laluan tu bagfaimana saya tahu kata laluan tu

  • Yap Xiao Yun March 23, 2013, 2:04 pm

    bagaimana kita dpt tahu kata laluan tu????

    • eda March 25, 2013, 1:32 pm

      isi kata laluan sendiri.ikut suka awak yg senang ingat.make sure catit lpas isi.tkut tak ingat bila nak kemaskini apa-apa

    • husna March 29, 2013, 7:09 pm

      kata laluan y dekat muka depan tu,abaikan…itu untuk yang dah ada kata laluan…
      bagi yang bru nak mohon,,buat la prmhonn baru

  • itdecade March 24, 2013, 1:45 am

    Rugi dulu tk mintak cikgu…keje ofis skng baru rase keje cikgu best..hehe

  • dayah March 24, 2013, 11:42 am

    mcm mana nk tau kata laluan tu….

    • Kulanzsalleh March 25, 2013, 10:28 pm

      kata laluan tu sendiri buat.. macam nak buat kata laluan facebook

  • Imah March 24, 2013, 2:16 pm

    trime kasih ats makluman ni^^

  • Mus March 24, 2013, 6:40 pm

    kerjaya yang memandaikan bangsa.. kena cepat pohon..

  • aiza zatisya March 25, 2013, 1:59 pm

    saya dah isi borang..then..mase saya nak klik ‘ya,sahkan permohonan ini’ tibe2 cam tergendala…’internal server error’ ni yg tertulis..apa maksud ni?

    • anie March 25, 2013, 5:14 pm

      cuba buat semakan permohonan
      sekiranya borang kita sudah dihantar
      nanti dia tulis maklumat anda sudah dihantar dan boleh dicetak
      untuk cetak boleh bila-bila masa je

      • aiza zatisya March 25, 2013, 8:07 pm

        anie..cam mane ye nak semak?tolong bg info..amat memerlukan..tq..

        • Kulanzsalleh March 25, 2013, 10:27 pm

          login di laman semakan.. kemudahan ni boleh didapati di laman yang sama dengan permohonan.. pilih menu SEMAKAN PERMOHONAN..

        • anie March 26, 2013, 2:57 pm

          aiza zatisya
          dah dpt ?
          boleh cetak tak?

  • nur fara wahidah bte nasip March 25, 2013, 10:09 pm

    salam,saya telah memohan dan tlah didaftarkn ke kmentrian trhdap prmohonan y tlah sye buat.dan telah dbrithu bhwe xde surat mnyurat o pgglan telefon dbuat oleh phak kpm jka saya dtrima.so skrg sye nk brtnya tuan,bgaimana sya nk buat semakan jutk saya thu saya dtrima atau x.harap bantu

    • Kulanzsalleh March 25, 2013, 10:25 pm

      semakan calon yang berjaya boleh dibuat secara online.. akan diumumkan kemudian tarikh semakan boleh dibuat.. selalunya saya akan kongsi di blog ni juga.. rajin-rajin singgah atau ikuti kemaskini di fan page blog ni..

  • Ellyanna Izani March 26, 2013, 11:02 am

    Salam .. tahun ni mmg x perlu beli nom pin ke ??
    harap bagi respon .. =)
    terima kaseh

    • anie March 26, 2013, 2:55 pm

      ellyanna izani
      tahun ni mmg xpyh beli no pin..
      klau nak isi borang tu..
      klik kat permohonan baru..
      then terus isi..

  • paez March 26, 2013, 8:24 pm

    terima kasih ye

  • kavitha a/p poongavanam March 27, 2013, 2:35 pm

    permohonan penguruan

  • megat March 27, 2013, 4:30 pm

    nom pin xdea jual di bsn…sumax nie!!!!

  • WANI March 28, 2013, 11:53 am

    sy sudh byk try isi kata laluan tp ttiba ckp kta laluan tidak tepat. ada format ke wt kata laluan… tlg sy…pls…

  • Janie S Sharon March 28, 2013, 12:35 pm

    oky, yang pasal kata lauan tu jgan panik dulu… sila pergi PERMOHONAN BARY (BARU) pada bahagian kiri laman web ini http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/login.cfm .. kemudian anada akan jumpa nombor ID dan kata laluan.. So, jangan buat apa2 dulu, terus tekan icon yang berada dibawah, PERMOHONAN BARU, then cipta kata luan sendiri and apply//…. GOOD LUCK GUYS :)

  • dina March 28, 2013, 4:22 pm

    saya tak faham la yg ijazah sarjana muda lulusan sma dgn smu tu ? tak sma ker dengan ijazah sarjana muda perguruan lepasan spm tu ? apa bezanya ? kalau dia ada sijil sma tp isi yg lulusan spm boleh ker tidak ?

  • AMOY March 28, 2013, 5:50 pm

    BEZ KE JDI CKGU ?

  • hello April 5, 2013, 12:04 pm

    pismp dan kplspm ni sama kah??

  • wina April 18, 2013, 10:37 pm

    tak paham larr syarat2 dia nie…macam mana nak dapat kan borang, dan cara nak isi borang untuk jadi guru nie..
    thankz…

  • wina April 18, 2013, 10:45 pm

    selain bulan mac..bulan2 lain tak bole ka nak daftar perguruan nie?

  • Nikhariz bin nik mohammad zaki April 27, 2013, 11:08 am

    Kemohonan nak masuk perguruan

  • anis April 30, 2013, 10:10 pm

    slain bulan mac . .. dew x lgi bulan untuk wat pemohnan ?

  • anjel May 24, 2013, 7:28 pm

    ada second intake ka program ni??

  • hana abdullah May 26, 2013, 1:25 pm

    assalamualaikum. em permohonan ni da tutup ka? ada tak second intake? klau ad bulan brapa ya? da trlepas la y bulan 3 ari tu..huhu
    harap ad y sudi bg jawapan. terima kasih.

    • Kulanzsalleh June 11, 2013, 8:56 pm

      waalaikumsalam.. permohonan cuma sekali setahun.. biasanya tiada pengambilan kedua..

  • ani June 9, 2013, 11:46 pm

    assalamualaikum…bole tnya x? kalau umur dah 24 bole mohon kmasukn x? tlg reply kt email sy.. terima kasih..

    • Kulanzsalleh June 11, 2013, 8:54 pm

      harap baca dengan teliti syarat yang disertakan.. sudah jelas tu.. :)

      • martin kana June 17, 2013, 5:02 am

        Dah 17 jun, kenapa keputusan tak keluar lagi? Tolong update le kalau dah keluar atau ditangguhkan juga.

  • eva sofyetha September 6, 2013, 6:59 pm

    salam, saya nak tanya, macamana nak tahu kalau permohonan kemasukan ke maktab telah dibuka?. bolehkah memohon maktab sekiranya saya telah mendapat diploma art and design daripada institusi kerajaan ? bagaimana ?
    terima kasih,,,

  • cim_yunk November 19, 2013, 10:35 pm

    bila permohonan utk kemasukan 2014 dibuka semula?

  • muhamad shukor bin razak March 20, 2014, 7:28 am

    Saya ingin menjadi cikgu apa yang saya perlu buat

  • muhamad shukor bin razak March 20, 2014, 7:31 am

    tolong bantu saya …..sya brminat mnjadi cikgu