Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2013/2014

Adalah dimaklumkan bahawa Borang Permohonan Atas Talian bagi mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telahpun mula dibuka. Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mengemukakan permohonan mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012.

Permohonan Matrikulasi sesi 2013/2014

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2013 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2012. Sebelum mengemukakan permohonan, calon-calon dimestikan untuk baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti.

Pemohon juga dikehendaki untuk menyemak Manual Permohonan Melalui Internet (PMI), Syarat Program & Kelayakan Minimum, Panduan Mengisi Borang, kemudahan Kemaskini permohonan Melalui Internet dan Semakan Permohonan di laman web yang tertera. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm.

Maklumat lain program dan borang permohonan secara online boleh dirujuk di laman Permohonan Program Matrikulasi KPM.

Kepada yang berminat untuk memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 ini, segeralah mengemukakan permohonan. Jangan tunggu pada saat akhir baru hendak mengemukakan permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kesulitan kepada pemohon nanti.

Please like & share:

Comments

    • says

      cepat masuk segra habis belajar nanti,,klu lambat masuk rugi org dh hbis kita baru nak beljar..tapi asal ada minat tu bukan alasan ya

  1. says

    Matrikulasi memang jalan terbaik bagi saya. .
    sungguhpun sy mengambil memilih jalan untuk mengambil diploma.. . :)
    lepas matriks boleh ambil degree terus. . :) :)

  2. eddie says

    terimbau kembali zaman muda2 dulu…pergi isi borang dekat sekolah nak mintak matrikulasi…tapi aku dapat member aku dapat dekat matrikulasi balik pulau

  3. says

    salam,

    nak tanya, saya baru bertukar dari blogspot ke wordpress,

    1) tapi entry terkini tidak update di bloglist,

    2) kemudian entry lama2 semuanya error 404 page not found, traffik memang down..mintak tolong ye.

    TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>