Home >> Nasional >> Permohonan ke Matrikulasi sesi 2011/2012

Permohonan ke Matrikulasi sesi 2011/2012

by Kulanzsalleh on October 7, 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun mengumumkan yang permohonan untuk Program Matrikulasi sesi 2011/2012 di bawah kementerian itu telah dilanjutkan daripada 10 Oktober kepada 30 November 2010 ini. Maknanya semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 masih mempunyai ruang yang panjang untuk mengemukakan permohonan bagi mengikuti program berkenaan.

Untuk membuat permohonan melalui internet, pemohon mestilah memiliki nombor pengenalan individu (NPI) yang boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6.

permohonan matrikulasi kpm

Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang yang disediakan, iaitu di: . Selain daripada Borang Permohonan melalui Internet (PMI), pemohon juga boleh menyemak Manual Permohonan Melalui Internet (PMI), Syarat Program & Kelayakan Minimum, Panduan Mengisi Borang, kemudahan Kemaskini permohonan Melalui Internet dan Semakan Permohonan di laman web yang tertera. Selain itu, pemohon atau ibu bapa boleh juga menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844036/4040 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sedikit nasihat saya kepada adik-adik yang berminat untuk memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2011/2010. Walaupun tempoh permohonan secara online masih panjang, tapi sebaik-baiknya buatlah permohonan lebih awal.

Kemaskini: Permohonan Matrikulasi untuk kemasukan sesi 2011/2012 telah tamat. Dimaklumkan bahawa pelajar yang memohon ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh membuat kemaskini permohonan masing-masing melalui Aplikasi Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 mulai 21 Februari 2011 sehingga 6 Mac 2011 di laman sesawang:


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner