Home >> Pendidikan >> Permohonan Penajaan JPA dan MARA Tahun 2011

Permohonan Penajaan JPA dan MARA Tahun 2011

by Kulanzsalleh on March 21, 2011 · 69 comments

Permohonan Mengikuti Program Ijazah Dalam & Luar Negara Tahun 2011 Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bagi Calon Lepasan SPM 2010

Calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2010 bagi kali pertama adalah dipelawa untuk memohon tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar dan dalam negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat untuk mengikuti pengajian di dalam negara adalah digalakkan memohon program sains dan sastera. Pelajar akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian di universiti penyelidikan di Malaysia. Bagi Program Pengajian Luar Negara, pelajar akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka selama 7 hari mulai dari hari keputusan SPM 2010 diumumkan (Bermula pada 23 Mac 2011).

Syarat-Syarat Umum

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010; dan
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) TAHUN 2011 TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

  1. Perubatan – Negara: India, Republik Czech, Rusia, Poland, New Zealand, & Program Berkembar (International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College)
  2. Perubatan Timur Tengah – Negara :Jordan
  3. Pergigian – Negara: Australia, India, Ireland, United Kingdom
  4. Pergigian Timur Tengah – Negara: Jordan
  5. Farmasi – Negara: Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University, University of Nottingham)
  6. Kejuruteraan Jerman (Elektrikal/Mekanikal/Kimia) – Negara: Jerman
  7. Kejuruteraan Perancis (Elektrikal/Mekanikal/Kimia) – Negara: Perancis
  8. Kejuruteraan Akademik Jepun (Bumiputera sahaja) (Elektrikal/Mekanikal/Kimia) – Negara: Jepun
  9. Seni Bina – Negara: Australia & United Kingdom
  10. Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi) – Negara: Amerika Syarikat & United Kingdom
  11. Undang-undang – Negara: United Kingdom
  12. Pelancongan – Negara: Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom
  13. Sastera Ikhtisas (Ekonomi/Kewangan) – Negara: Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom, Jepun
  14. Sastera Ikhtisas Timur Tengah (Ekonomi Islam/Perbankan Islam/Kewangan Islam) – Negara: Jordan
  15. Diploma Kejuruteraan (Elektrikal/Mekanikal/Kimia) – Negara: Jepun & Republik Korea
  16. Sains – Negara: Malaysia di Universiti Penyelidikan (Research Universities): Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  17. Sastera – Negara: Malaysia di Universiti Penyelidikan (Research Universities): Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Syarat/Gred minimum bagi setiap program boleh dirujuk di: SINI

Permohonan Penajaan JPA dan MARA Tahun 2011

PERMOHONAN PENAJAAN MARA BAGI TAHUN 2011 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

  1. Perubatan – Negara: Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech, Russia, United Kingdom, Poland & Program Berkembar dengan Institut Pengajian Tinggi Tempatan
  2. Perubatan Timur Tengah – Negara: Jordan
  3. Pergigian – Negara: India
  4. Pergigian Timur Tengah – Negara: Jordan
  5. Optometri – Negara: New Zealand & United Kingdom
  6. Bioteknologi – Negara: Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand
  7. Kejuruteraan – Negara: Amerika Syarikat, Australia, Kanada, New Zealand & United Kingdom
  8. Kejuruteraan – Negara: Jerman, Perancis, Sepanyol
  9. Sains Aktuari – Negara: Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand
  10. Perakaunan – Negara: Australia & New Zealand
  11. Sains Komputer/Teknologi Maklumat/ICT – Negara: Amerika Syarikat, Jepun
  12. Ekonomi Islam/Perbankan Islam/Kewangan Islam – Negara: Jordan
  13. Sastera Ikhtisas (Contoh: Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) – Negara: Amerika Syarikat
  14. Program Tenaga Pengajar – Tindikan (TESL/Matematik Sains) – Negara: Australia dan New Zealand
  15. Kejuruteraan dan Perubatan – Negara: Malaysia (Institut Pengajian Tinggi Tempatan dan Universiti Luar Negara kampus Malaysia)
  16. Sastera Ikhtisas – (Contoh : Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) – Negara: Malaysia (Institut Pengajian Tinggi Tempatan)

Syarat/Gred minimum bagi setiap program boleh dirujuk di: SINI

Maklumat lanjut mengenai cara permohonan boleh diperoleh dengan melayari . Manakala sebarang pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2693 6666, 03-2694 6622 dan 03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 69 comments… read them below or add one }

1 akubiomed March 22, 2011 at 10:59 am

Terima kasih kepada MARA kerana biasiswa yang diberikan kepada saya, dapatlah saya melanjutkan pengajian Kejuruteraan Elektronik Perubatan. Kepada bekar pelajar yang telah tamat pengajian tolonglah bayar balik pinjaman yang diberikan kerana ia akan digunakan semula untuk adik-adik kita pula.
akubiomed recently posted..Patut seluar koyak sebab punggung bertajiMy Profile

Reply

2 nurul najee March 22, 2011 at 11:52 am

tajaan MARA mmng dlm bentuk pinjman ek..kna byar blik ka??

Reply

3 tehr March 22, 2011 at 11:30 pm

mesti bayar balik
kira macam hutang tu
tehr recently posted..TetamuMy Profile

Reply

4 Mus March 23, 2011 at 9:54 pm

untunglah bagi yang cemerlang..
yang kurang cemerlang masih ada peluang untuk anda..
Mus recently posted..Bukan Niat Aku Nak Jadi Seorang Yang Kurang AjarMy Profile

Reply

5 kulanz March 28, 2011 at 10:10 pm

memang beruntung.. harap dapat gunakan peluang ni sebaik mungkin

Reply

6 PakarBuahPinggang March 23, 2011 at 10:41 pm

Salam bro,

Kata tajaan.Tajaan bukan tak payah bayar balikke?
PakarBuahPinggang recently posted..Kanser Pundi KencingMy Profile

Reply

7 kulanz March 28, 2011 at 10:09 pm

Salam bro,
tajaan pendidikan lain sikit.. kena bayar juga.. :)

Reply

8 peninggg March 24, 2011 at 11:19 am

salam, tajaan mara ni kena bayar balik ke? kalau mcm tu knapa pggil tajaan, asal x guna pinjaman… konfiuss la…

satu lagi, klau rslt sy 8A 1C, boleh ke nak mohon yg tajaan perubatan dalam negara ni…??

Reply

9 kulanz March 28, 2011 at 10:07 pm

program perubatan sekurang2nya 9A.. tapi tak salah untuk mencuba

Reply

10 rain March 26, 2011 at 12:24 am

undang2x atau pelancongan

Reply

11 nurul March 26, 2011 at 12:03 pm

kalo kta amik medic,bpa percent kna byr blik??max…kalo amik mara bley dak keja kt oversea lu…wk2 byar blk 2 tempoh tok bpa lma…sbulan bpa???

Reply

12 kulanz March 28, 2011 at 10:06 pm

harap maaf, saya tak pasti tentang bayaran..
cuba hubungi pihak JPA/MARA.. :)

Reply

13 mamat March 28, 2011 at 8:10 pm

boleh tak mohon dua-dua biasiswa, jpa dan mara

Reply

14 kulanz March 28, 2011 at 10:02 pm

harap maaf, saya tidak pasti berkenaan perkara tu..
harap dapat hubungi email/no. telefon yang tertera di atas

Reply

15 zulfadhli March 28, 2011 at 8:17 pm

dimana boleh saya dapatkan borang permohonan JPA?

Reply

16 kulanz March 28, 2011 at 9:58 pm

Permohonan tajaan JPA dan MARA boleh dibuat secara online.. boleh rujuk di laman berikut:

Reply

17 farhana March 29, 2011 at 11:38 am

salam.,emm if sy mohon pergigian tmur tgh scholar mara, let say sy tak lps intrview utk luar negara adakah sy still boleh dpt scholar mara bg course pergigian juga utk dlm negara?
And kalau boleh adakah uni yg di pilih tu based on plihan uni sy dlmupu??

*amat mmerlukan response,thanks!

Reply

18 kulanz March 29, 2011 at 11:57 am

Berdasarkan maklumat drp pihak MARA, tawaran hanya berdasarkan kpd apa yang kita pohon, maksudnya kalau tak lepas interview, mmg dah x ada peluang utk dapat tawaran ke-2 dalam negara..

universiti pilihan berdasarkan program yang kita pohon, tak semestinya sama dengan upu

Reply

19 najmi March 31, 2011 at 1:50 pm

salam bro… bagaimana utk saya ketahui keputusan permohonan saya (pergigian di bawah tajaan mara), sama ada saya diterima utk ditemuduga atau tidak?…

Reply

20 kulanz April 1, 2011 at 12:54 am

Salam,
semakan keputusan boleh dibuat bermula pada 8 April 2011 melalui laman web

Reply

21 DrHayatie March 31, 2011 at 2:42 pm

Assalamualaikum wbt…
kepada semua para pelajar lepasan spm yg cemerlang pada spm tahun 2010 tahniah diucapkan kerana berjaya dengan cemerlang dan jayanya….
Mengenai sebarang kemusykilan yg adik2 tanya tentang biasiswa tajaan mara dan jpa disini ingin saya jelaskan….

1. Sekarang bilangan calon lulusan spm yg lulus A+,A-,A sahaja sudah meningkat naik dengan peratusan jumlah yg tinggi.Bukan saja golongan di bandr ttp golongan luar bandar juga tak kurang hebatnya.

2. JPA akan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar yg betul2 mengikut kelayakan dan keputusan yg cemerlang. Antara aspek yg diambil kira:
a) Akademik
b) Kokurikulum
c) Temuduga
d) Keadaan / Pendapatan keluarga
Sekarang anak-anak org kaya pun boleh dapat 10A+ itupun mereka tidak mahu melepas peluang untuk memohon biasiswa. Sebab itu JPA mengenakan syarat-syarat yg ketat pada tahun ini sehinggakan subjek yg dinilai hanya 10 saja tidak kira pelajar-pelajar yg mengambil lebih.

2. Bagii biasiswa tajaan mara adalah sama prosedur dgn JPA darii segi syarat-syarat dan kelayakan.Seandainya ada pelajar-pelajar yg ditawarkan biasiswa tajaan mara ia juga seperti Pinjaman Boleh Ubah dimana apabila kita sudah berjaya mencapai keputusan yg cemerlang di peringkat universiti/ ijazah pinjaman tersebut akan dikira biasiswa.Namun bagi yg gagal pembayaran balik akan dilakukan bagi pelajar-pelajar yg gagal mengikut jumlah yg ditetapkan, biasanya mereka hanya akan dikehendakai membayar separuh sahaja.

#Jadi kepada adik-adik yg ingin memohon hanya boleh MEMOHON SALAH SATU saja..tidak boleh dua2…sebelum nak memohon pastikan kriteria dan syarat-syarat asas anda ada!…
SEMOGA BERJAYA!!

Reply

22 kulanz April 1, 2011 at 12:55 am

Waalaikumsam wbt
terima kasih sebab berkongsi info yang sangat penting di sini.. saya sangat menghargainya. Semoga info ini dapat dijadikan rujukan untuk adik-adik yang memohon

Reply

23 LZayn April 6, 2011 at 12:45 pm

assalam…nak tnya tntang biasiswa mara utk medic timur tengah..tahun lps ada 2 option; mesir or jordan…tp tahun ni jordan shj..so, adakah mara akan hntar lbh rmai plajar ke jordan thn ni sbb dh x anta ke mesir?

and, if mintak mara,,senang ke nk dpt utk biasiswa medic timur tengah ni compare to jpa??

please reply…tq

Reply

24 awi April 30, 2011 at 1:02 pm

Berapa tahun kursus pergigian di jordan dan berapa lama pula kursus persediaan di malaysia.

Reply

25 Ez May 3, 2011 at 4:18 pm

saya nak tanya bila tarikh permohonan jpa boleh dibuat bagi program diploma?

Reply

26 Adi May 3, 2011 at 5:54 pm

Saya nak tanya….
tak dapat lagi ke nak mohon apa2 scholarship punya???
:(

Reply

27 confession May 11, 2011 at 9:55 am

salam

ade tak peluang belajar ke luar negara untuk lepasan diploma.
balik2 dah search tapi tak dapat gak..please..help me..thnx

Reply

28 nizam May 17, 2011 at 1:22 pm

Saya student uitm shah alam, diploma sem 3.
Saya mendapat 7 A dlm spm 2009 yg lepas tapi saya terlewat untuk memohon biasiswa JPA. Adakah terdapat cara lain untuk saya memohon semula biasiswa JPA?

Reply

29 shera May 17, 2011 at 5:24 pm

salam..nk tye bile permohonan biasiswa JPA 2011 untuk lepasan matrik dibuka?…

Reply

30 roslizanzakaria May 19, 2011 at 3:18 pm

Alhmdllh, saya dpt 11a SPM 2010 n brcdg nk buat Medic kat Timur Tengah. Tawaran tajaan diterima drp Zakat Kedah (ainsyam univsity) dan jga MARA. Cuma MARA blum tetapkn negara n univsti mana ja. Tlg beri pndngn utk saya buat pilihan.

Reply

31 Faizal May 19, 2011 at 5:20 pm

Saya tak tahu mana silap dia…SPM 2010 dapat 8A+ dan 1A…Tapi stau scholarship pun tak dapat…Cuma dapat Matrik Perubatan UIA

Reply

32 Mugu May 22, 2011 at 7:16 pm

Bila tarikh permohonan biasiswa JPA, tahun 2011 untuk lepasan IPTA?

Reply

33 Mugu May 22, 2011 at 7:18 pm

maksud sy bg student universiti..tq

Reply

34 ema May 29, 2011 at 5:32 pm

sy skang ni diploma part 3,lepasan spm 2009.ade x pluang utk sy apply biasiswa jpa?

Reply

35 lelie May 29, 2011 at 10:49 pm

salam.
bilakah tarikh permohonan bagi Program ijazah dalam negara (PIDN) akan dibuka?
bagi yang sedang mengikuti pengajian diploma dalam smester 3 boleh memohon kan??

Reply

36 chibee chan May 31, 2011 at 10:28 pm

salam..boleh tak kalau lepasan spm 2008 nak mohon biasiswa jpa untuk program ijazah dalam negara?

Reply

37 nurul hidayah June 4, 2011 at 9:27 am

salam , saya nak tanya , saya lepasan spm 2011
dan mendapat 8A dlm peperiksaan tersebut ,
saya mengambil diploma perakaunan di uitm .
soalan saya , apakah biasiswa yang boleh saya mohon ?
saya dah cari laman web jpa , tapi tiada borang yang berkaitan
sedangkan di tv baru2 ini hangat mempoerkatakan tentang biasiswa jpa bg lepasan spm .
dimanakah saya perlu membuat permohonan? harap dapat membantu . t.kasih

Reply

38 nur hidayah June 11, 2011 at 2:29 pm

salam, untuk ijazah tahun pertama bila start ek?

Reply

39 mohd setia June 23, 2011 at 11:57 am

klaw dr lepasan diploma di ipts (unikl) menyambung ijazah sarjana di ipts (unikl) boleh dapat ke tidak biasiswa jpa/mara??????

Reply

40 pink... June 28, 2011 at 9:05 pm

saya lepasan spm 2010..dan memohon piln mara ttp mendapat tawaran untuk pidn di uniten…boleh tak kalau saye ingin memohon tajaan untuk ke luar negara selepas faundation di uniten…

Reply

41 jammy July 22, 2011 at 2:19 pm

salam , kalau berminat nk smbung study bidang psikologi , course apa yg prlu sy ambil ?
Thanks :)

Reply

42 Shila July 23, 2011 at 2:25 am

Let say, kalau saya ambil biasiswa kejuruteraan tajaan MARA tapi tak cukup syarat seperti saya dapat 9A- atau 9A tapi saya xde fizik dan kimia (saya cume ada sains), addmath saya ada, rasa-rasanya boleh tak, saya dapat biasiswa tersebut?

“please answer..’

Reply

43 syaaa October 16, 2011 at 9:16 pm

xda yang latest utk lepasan spm 2011…dgr cte mara da ubah balik.

Reply

44 suriani October 27, 2011 at 7:50 am

Saya nak tanya, kalau kita pernah jadi pelajar MRSM ting 4, tapi mohon keluar atas alasan peribadi dan teruskan persekolahan di sekolah kementerian, adalah permohonan saya untuk penajaan MARA akan ditolak

Reply

45 rixx November 11, 2011 at 9:10 am

ya. grenti ditolak .. sedih jugak kan . sape suruh drop out

Reply

46 ayu November 21, 2011 at 2:56 pm

kalau saya dari sekolah harian biasa, tak bolehkah saya mohon untuk biasiswa mara nie???

Reply

47 wawa November 28, 2011 at 6:14 pm

salam….saya ingin tanya..blh lg ke nak minta tajaan or pinjaman bg pelajar diploma…saya pelajar lepasan sijil pelancongan n ingin trs sambung belajar ke diploma thn 3…adkh saya dpt tajaan or pinjaman mara……..jika boleh berapa pointed?

Reply

48 The Rock December 7, 2011 at 12:44 pm

salam satu malaysia….saye nie lepasan SPM 2011…bile agaknye MARA & JPA nie bukak SCHOLARSHIPS APPLICATION untuk lepasan SPM 2011….TQ

Reply

49 ayu December 10, 2011 at 12:03 pm

salam saya nak tanyer saya dapat msok uitm tapi second intake blh x saya nk mohon jpa? n mcm ne nk dapatkan borang? TQ-))

Reply

50 Ikmah January 3, 2012 at 4:32 pm

Salam…saye nk tnyer..selain australia negara mnekah lagi yg menwrkan bidang perakaunan…minx pandangan semua…wasslam….=)

Reply

51 yusra February 26, 2012 at 11:12 pm

kalau saya dapat B math,boleh ke ambik perubatan?permohonan saya layak ke?diterima ke?..sebab saya ni kureng sikit math,kalau sain tu boleh la…

sila jawab yeee..
sebab teringin nak jadi doktor…dan minat sangat

Reply

52 nini March 22, 2012 at 10:31 am

salam..saya sedang blaja disebuah ipts tajaan mara, base on trial result spm.sy difahamkan mara tidak keluarkan biasiswa lagi mulai tahun ni. dikira loan.agreement dh sign.result spm bru ni saya dpt straight As. 8A+ dan 1A. boleh ke sy nak pohon biasiswa JPA atau yg lain? apa kah tindakan mara seterusnya? atau tindakan JPA sekiranya diketahui yg saya dibawah tajaan mara? harap bantu. tq

Reply

53 qima ismadi March 25, 2012 at 6:29 pm

bila tarikh permohonan biasiswa jpa / mara bagi lepasan spm 2011?

Reply

54 saiful April 5, 2012 at 12:44 pm

Insyallah dibuka pada hari isnin ini 9/4/2012

Reply

55 Amirulasyraf SPM 2011 March 30, 2012 at 6:54 am

Abg, utk lepasan SPM 2011 mcm mane? Saya keliru ni. Ayah sy cakap, MARA ada taja utk perubatan ke Mesir. Anak kawan die dah gerak Alexander.. Even saya dapat 6A3B(Bm, Chemistry, Pysics) saya tetap nak cuba. Skrg Mara ada bukak lagi medic untuk SPM 2011?

Reply

56 Amirulasyraf SPM 2011 March 30, 2012 at 6:57 am

Abg, utk lepasan SPM 2011 mcm mane? Saya keliru ni. Ayah sy cakap, MARA ada taja utk perubatan ke Mesir. Anak kawan die dah gerak Alexander.. Even saya dapat 6A3B(Bm, Chemistry, Pysics) saya tetap nak cuba. Skrg Mara ada bukak lagi medic untuk SPM 2011?

ini email twitter saya pada sesiapa yg boleh beli feedbck mengenai persoalan saya.

amirulasyrafc@gmail.com

Reply

57 sam April 5, 2012 at 12:29 pm

bila permohonan jpa untuk lepasan spm2011..boleh x mohon klu dpt 7a..

pleasa reply…///

Reply

58 CHONG April 9, 2012 at 11:17 am

mcm mana nak mohon jpa dan bila permohonan untuk jpa lepasan spm2011 untuk program ke luar negara nak keluar???

Reply

59 mamacomel April 13, 2012 at 2:53 pm

Dpt makluman bahawa permohonan biasisiwa/pinjaman MARA utk pelajar lepasan SPM akan dibuka esok.

Reply

60 mamacomel April 13, 2012 at 2:56 pm

Chong: permohonan jpa lepasan spm 2011 akan dikeluarkan tp hanya utk pelajar cemerlang yg dpt straight A+. PILN pula dibuka pd 2014 bg pelajar cemerlang dlm A Level/IB dan dah dpt placement di univ terkemuka di dunia.

Reply

61 mamacomel April 13, 2012 at 2:57 pm

Sorry, bg pelajar straight A+, mrk akan dpt tawaran drp JPA…so bukan dikira permohonan.

Reply

62 nabila abdullah April 17, 2012 at 11:51 am

salam…saya pelajar lepasan spm 2011 dan hanya mendapat 5a 4b…nk mnta pendapat bole ke saya nk sambung dlm program asasi sains hayat dan smbung degree course medic klau sya perform waktu asasi 2 (contoh dpt pointer 4.0)…and boleh ke saya nak apply biasiswa mara utk sambung degree tu nnti..
~ harap dapat jawapan ~

Reply

63 nina April 21, 2012 at 12:42 am

^^… heyp.. As’salam… boleh tanya apa maksd TINDIKAN… hehe… bukan tindikan telinga ataupun lain2 tapi…. bidang Tindikan Tesl dll… :)

Reply

64 cendolpucino May 15, 2012 at 4:15 pm

salam, sya dah dapat tawaran dari uitm. sya nak tahu, MARA xde tawar biasiswa ke untuk program diploma macam sya ni?
need responds ASAP

Reply

65 kulanz June 3, 2012 at 11:16 pm

maaf lambat memberikan respon.. komen terlepas pandang..
rasanya untuk peringkat diploma ada juga bantuan yang diberikan mara.. tak silap pinjaman boleh ubah.. lebih kurang sama dengan biasiswa kalau keputusan cemerlang tak perlu bayar balik semua pinjaman.. apapun, ada baiknya hubungi pihak MARA untuk dapatkan maklumat

Reply

66 nonochan June 3, 2012 at 2:11 pm

assalam…
saya ni bminat ddalam pergigian tapii saya ingiin sambung belajar dalam negara…
so apa yang perlu saya buat???

Reply

67 kulanz June 3, 2012 at 11:04 pm

waalaikumussalam,
untuk program penajaan ni tiada kursus pergigian dalam negara.. tapi kalau program pergigian yang bukan di bawah tajaan ada juga ditawarkan..

Reply

68 Nurul Kalaiyati bt Muhd Hasri March 27, 2013 at 6:37 pm

Hello,

i nak tanye program ini untuk tahun ini ade lagi tak..
i nak apply.. please help me..

Reply

69 Nurul Kalaiyati bt Muhd Hasri March 27, 2013 at 6:38 pm

Hello,

program ini untuk tahun ini ade lagi tak.. i nak apply.. pls help me..

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner