Home >> Pendidikan >> Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lulusan UEC & SMA/SMU Ambilan Khas Jun 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) Dan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2012 boleh dinuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 23 April (Isnin) mulai jam 10 pagi.

Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Ambilan Khas Jun 2012 Bagi Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)

KETERANGAN PROGRAM
Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
Mod Kursus: Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM

  • Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)
  • Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester)

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

SYARAT TAMBAHAN

  • Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
  • Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML).

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas(18) bulan/tiga(3) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat(4) tahun/lapan(8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: Bahasa Melayu Komunikasi; Sejarah; dan Pendidikan Moral.

Permohonan Maktab Perguruan 2012

Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Ambilan Khas Jun 2012 Bagi Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU)

KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus : Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM

  • Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)
  • Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester)

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

SYARAT TAMBAHAN

  • Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
  • Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian (JAYYID) dI peringkat SMA atau SMU.

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas(18) bulan/tiga(3) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat(4) tahun/lapan(8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah; Sejarah; dan Pendidikan Syariah Islamiah.

CARA MEMOHON

  • Permohonan untuk kedua-dua program adalah seperti berikut:
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 23 April 2012.
  • Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 23 April 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/ bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Permohonan boleh dibuat di laman sesawang: http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 02 MEI 2012 (RABU/11:59 MALAM)

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada  kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan  keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG)
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG

PENDAFTARAN

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):
  • Tarikh pendaftaran bagi Program PISMP Lulusan Unified Examination (UEC) dan Lulusan Sijil Menengah Agama atau Sijil Menengah Ugama (SMU) Ambilan Khas Jun 2012 ialah pada:   18 Jun 2012
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Sekian, semoga berjaya!


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 15 comments… read them below or add one }

1 tehr April 24, 2012 at 12:51 am

Nampaknya aku tak boleh la memohon
Dah tak layak dah
Hehe

Biasanya ramai yang buat permohonan ni
Harap buat persiapan secukupnya
Saingan untuk mendapat tempat memang sengit ni
tehr recently posted..Pantun Orang BertanyaMy Profile

Reply

2 kulanz April 24, 2012 at 1:08 am

akupun nak juga mohon, tapi umur dah tak layak :D

Reply

3 Jason Ting April 24, 2012 at 8:09 am

salam tuan,
saya pelajar dari kursus PISMP tahun ini, sebenarnya adik saya pun nak ambil kursus ni tapi dia lahir sebelum Jun 1992 dan menyebabkan dia tidak dapat memohon dah. Kenapa kerajaan nak membezakan mereka yang lahir pada tahun yang sama?..berasa tidak adil bagi mereka yang lahir sebelum Jun…harap dapatkan pandangan tuan sekirannya adikku nak memohon dalam kursus perguruan, apa kursus yang dapat dia memohon?..terima kasih

Reply

4 kulanz April 25, 2012 at 2:36 pm

salam,
syarat pengambilan sekarang ni memang agak ketat.. jadi had umur tu salah satu cara diorang hadkan jumlah pemohon.. tapi kalau minat dengan bidang pendididikan, masih ada peluang lain lagi.. contohnya ambil diploma atau degree dulu, lepas tu boleh mohon kursus perguruan lepasan diploma/ijazah..

Reply

5 izzati May 19, 2012 at 10:36 pm

salam..encik kulanz..sy nk tnye nie ade lg ke kursus perguruan lepasan diploma..sbbnye sy bminat hndk mjadi pendidik..slpas menjadi guru ganti di skolah pendidikan khas..bila dn mcmane nk memohon?

Reply

6 MOHD AFIF BIN AMINULLAH April 26, 2012 at 11:03 am

nice program

Reply

7 hafizmd April 26, 2012 at 3:44 pm

Moga memberi peluang kepada mereka yg benar2 ingin menjadi pendidik!

Selamat berjaye!
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #15 Sama Tak SerupaMy Profile

Reply

8 awie April 29, 2012 at 9:30 pm

macam mane nak isi tentang subjek yg kite ambil bg sma..kerana ketika sma tauhid dan feqah satu paper…dkt borang permohonan berlainan..jd bagaimana nak mengisi??

Reply

9 kulanz May 2, 2012 at 10:42 pm

masukkan markah yang sama untuk kedua-dua subjek

Reply

10 awie April 29, 2012 at 9:31 pm

tolong replay

Reply

11 siti norjamalina May 16, 2012 at 10:25 pm

tahu tak kenapa semakan untuk ambilan khas ni keluar keputusan panggilan temuduga yang lepas jugak?
ke ade link yang lain untuk membuat semakan?
harap dapat jawab pertanyaan saya..

Reply

12 nANA FAR May 25, 2012 at 1:09 am

salam
nk tnye,,,nti kputusan calon yang mendapat tempat di ipg tu mcm mne nk taw eh? semak online jugak ke?

Reply

13 Aslinah Hassan June 11, 2012 at 2:06 pm

Saya pemegang diploma in banking dr Uitm tahun 2005.. Boleh ka jika saya mengikuti kursus perguruan lepasan diploma di institut perguruan??? 6 oktober 2012 ni saya genap 30 tahun…

Reply

14 Leelawathi August 23, 2012 at 4:52 pm

i have completed my degree in law. Currently, im looking forward to become primary school teacher. Can i know about the entry requirement in detail hence i my age is 24 this year.

Reply

15 daria August 29, 2012 at 5:26 pm

anak saya telah tamat pengajian diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti Tun Abdul Razak. pertanyaan saya ” layakkah anak saya memohon masuk IPG?’

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner