Permohonan Program Penajaan Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA 2011

Ini merupakan satu lagi peluang kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2011/ 2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Butiran permohonan adalah seperti berikut:

TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA BAGI SESI 2011/2012

PROGRAM DAN INSTITUSI-INSTITUSI YANG DITAJA

Program: Ijazah/Diploma (IPTA)

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Program: Ijazah (IPTS)

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat-syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Jan 2011;
  3. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan (iv) telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas:
  • peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan
  • peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Pelajar Baru di Tahun Pertama kemasukan November/Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012.

kelayakan akademik

2.   Pelajar Sedia Ada Tahun Kedua (2) dan Ke Atas.

kelayakan pelajar sedia ada

BIDANG TAJAAN

bidang tajaan biasiswa JPA

BIDANG-BIDANG YANG TIDAK DITAJA

  1. Pendidikan;
  2. Penerbangan;
  3. Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
  4. Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  5. Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  6. Bidang/ Kursus yang mensyaratkan saudara/ saudari mengambil/mengikuti sebahagian daripada subjek/ mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  7. Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

KURSUS PERUBATAN/ PERGIGIAN/ FARMASI
Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi di peringkat Ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus di perenggan 3(b) di atas.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  2. Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  3. Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  4. Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
  5. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012.
  6. Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  7. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  8. Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/separuh masa.
  9. Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

KADAR BIASISWA

Kadar Biasiswa

 

CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 1 Ogos 2011 dengan melayari laman sesawang atau ;
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  6. Butiran permohonan lain boleh diperoleh daripada laman yang tertera (di atas).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Ogos 2011 (Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang pada 23 September 2011 (Jumaat).

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

Please like & share:

Comments

    • says

      Sepatutnya yang sudah dapat tajaan memberikan tumpuan berlajar bukannya leka bersosial dan selepas mendapat segulung ijazah tolonglah bayar balik pinjaman kerana ia boleh digunakan untuk adik-adik yang lain pula

      • kulanz says

        betul tu bro.. mungkin zaman kita sama juga.. akupun terpaksa simpan niat sambung belajar sebab tak ada duit time tu.. tempat study pun jauh..
        harap pelajar sekarang tak lupa pula bayar lepas habis study nanti

  1. says

    Bagus ambil peluang. Sekarang ini ada ijazah belum tentu terjamin mendapat kerja kerana majikan memilih pekerja yang kompeten dan berpengalaman. Mempunyai ijazah belum cukup untuk melaksanakan tugas kerana majikan masih memerlukan menghantar untuk latihan

    • kulanz says

      sebab tu penting juga timba pengalaman masa ambik ijazah tu.. nanti habis study senang sikit cari kerja..

  2. says

    Pada yang layak, sila la mohon. Boleh kurangkan sikit beban mak dan ayah di kampung dan juga beban sewaktu bekerja nanti. Kos bayar hutang pinjaman takde la lagi

  3. suziyanti peyog says

    klu dr sekolah menengah dapat biasiswa yayasan sabah dan telah melanjutkan pelajaran ke ipts yang tidak ditaja oleh yayasan sabah boleh pohon biasiswa yayasan sabah jugakah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>