Home >> Artikel, Organisasi >> Personaliti Unggul Nabi Teladan Untuk Guru

Personaliti Unggul Nabi Teladan Untuk Guru

by Kulanzsalleh on July 14, 2010 · 11 comments

Sambungan daripada artikel » sebelumnya

Personaliti Unggul Nabi Teladan Untuk Guru

Empat sifat Rasulullah iaitu Siddiq (benar), Tabligh (menyampaikan), Amanah dan Fatonah (bijaksana) sangat sesuai diterapkan oleh setiap diri warga pendidik.

KONSEP KEPIMPINAN

Kepimpinan wujud dalam semua profesion termasuklah profesion perguruan. Tetapi dalam konsep profesion perguruan, kepimpinan adalah salah satu daripada unsur-unsur yang terpenting. Dengan yang demikian, unsur kepimpinan dalam profesion perguruan perlu dipupuk dan dipertingkatkan kualitinya supaya proses pendidikan memperolehi keberkesanan untuk mencapai matlamat-matlamatnya secara cemerlang. Konsep kepimpinan yang sesuai dan tepat kepada profesion perguruan ialah kepimpinan yang:
(i) Positif
(ii) Dinamik
(iii) Progresif
(iv) Berfungsi
(v) Produktif

Kelima-lima unsur kepimpinan merupakan punca usaha mencapai kejayaan matlamat-matlamat pendidikan.

Para guru hendaklah memnpunyai unsur-unsur kepimpinan positif iaitu berfikiran luas, waras, mendalam dan berpandangan jauh. Kepimpinan guru yang positif memberi galakan dan dorongan yang kuat kepada pelajar-pelajarnya bagi merancang dan melaksanakan sesuatu projek.

Konsep ini memberi pengertian bahawa tidak ada aktiviti yang sihat yang tidak boleh dilaksanakan. Konsep ini membantu para pelajar ke arah pencapaian matlamat murni.

Unsur kepimpinan dinamik pula membawa pengertian bahawa para guru adalah anggota yang sentiasa bergerak maju, berinisiatif, berkreatif, berinovatif dan bersemangat tinggi.

Unsur ketiga, progresif ialah yakin kepada amalan bahawa kemajuan perlu dicapai melalui usaha dan keazaman. Guru perlu memikirkan kemajuan yang mesti dicapai.

Unsur kepimpinan yang keempat ialah berfungsi iaitu setiap orang guru mempunyai tugas-tugas tertentu yang mesti dilaksanakan.

Unsur kepimpinan kelima ialah produktif. Setiap guru hendaklah berproduktif dan sumbangan baktinya kepada masyarakat perlu berterusan dan berkesan.

Sekiranya kelima-lima unsur kepimpinan ini dapat diamalkan, profesion perguruan akan Menjadi satu profesion yang dihormati, dan sumbangannya terhadap pembangunan negara akan lebih berkesan.

KEPIMPINAN DALAM PROFESION PERGURUAN

Profesion perguruan memerlukan kualiti kepimpinan yang tinggi kerana para pendidik bertanggungjawab mengasuh generasi muda. Di antara kualiti-kualiti kepimpinan yang diperlukan termasuk:

(i) Keimanan
(ii) Keberkesanan
(iii) Kematangan
(iv) Keikhlasan
(v) Kemahiran
(vi) Kejujuran
(vii) Kecekapan
(viii) Penglibatan
(ix) Keazaman
(x) Keyakinan diri

Dalam usaha menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan, para guru hendaklah menunjukkan kualiti-kualiti di atas supaya terjamin perkembangan personaliti pelajar daripada aspek fizikal, mental, social, estetika dan moral. Kepimpinan guru adalah luas dan memberi makna yang positif kepada kanak-kanak. Kejayaan profesion perguruan juga disebabkan oleh kualiti-kualiti kepimpinan yang ada. Semakin teguh kualiti kepimpinan guru, semakin kuatlah kualiti pendidikan pelajar.

Kepimpinan profesion perguruan bagi masa depan memerlukan perancangan yang lebih rapi dan relevan kerana:

(i) Bilangan pelajar semakin ramai
(ii) Ragam pelajar bertambah kompleks
(iii) Pengaruh masalah masyarakat terhadap pendidikan bertambah berat.
(iv) Keruntuhan disiplin yang terus meningkat
(v) Kemerosotan akhlak bertambah nyata.

Perancangan pelaksanaan proses pendidikan ialah untuk menentukan bahawa tidak ada pelajar yang menjadi mangsa, tidak ada bakat yang tidak terpupuk dan tidak ada pelajar yang tidak terdidik.

Kepimpinan guru yang berkesan penting untuk mendidik seramai 3.12 juta kanak-kanak di bangku sekolah supaya mereka menjadi rakyat yang beriman dan bertaqwa, berguna, bertanggungjawab, berbudi dan berakhlak tinggi, berdisiplin, berdikari, berilmu dan akhir sekali berbakti.

KEPIMPINAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ SEBAGAI TELADAN

“Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemerintah kamu. Padahal aku bukan orang terbaik di kalangan kamu. Maka sekiranya aku berbuat baik, tolonglah aku dan apabila aku berbuat jahat, luruskanlah aku” -Abu Bakar As-Siddiq (Amidah Hamim dan Gunawan Mahmood, 2001:18)

Pada awal abad ke-21, fokus pendidikan lebih terarah pada usaha memperkasa sistem pendidikan khasnya dalam pengurusan sekolah. Usaha ini melibatkan semua peringkat kepimpinan sama ada kepimpinan guru di kelas sehingga ke menara gading. Perkasa melambangkan perwira, semangat juang yang tinggi, tidak mudah putus asa dan ketahanan yang teruji. Sebenarnya, gambaran ini sesuai bagi gaya kepimpinan transformasi.

Paparan iklan di bawah mungkin dapat memberi gambaran berkaitan dengan pentingnya inspirasi itu.

“Di perlukan, seseorang Pengetua berinspirasi yang akan…….
1. Dihormati oleh murid, staf, ibu bapa, jabatan dan masyarakat setempat kerana pengurusan dan kepimpinan cemerlang.
2. Mempunyai tahap kraetiviti dan kemahiran interpersonal yang tinggi.
3. Menerajui sekolah mencapai pembangunan pendidikan yang terbaik.
4. Mengerakkan sekolah sebagai pusat sosial dan sumber pembelajaran sepanjang hayat dalam komuniti.
5. Membina budaya sekolah berasaskan tradisi sekolah terbaik yang sedia wujud, mengekalkan dan membangunkan etos yang meraikan kepelbagaian dan peranannya memperkayakan perkembangan murid.”
Pusat Pengetua Australia
(Australia Principal Centre) Julai 2000

(Ayob Jantan, 2004:32)

Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini dari seorang pengetua:

“Wahai guru-guru. Aku telah dilantik menjadi pengetua kamu. Aku mempunyai banyak kelemahan tetapi tentulah aku tidak dilantik jika aku tidak lebih baik daripada kamu. Maka ikutlah arahanku untuk menjayakan tugasku jika tidak tunggulah tindakan tegasku”.

PENUTUP

Ahli-ahli pendidik telah banyak mencipta konsep pendidikan. Tetapi konsep yang difikirkan sesuai dengan tajuk ini, membawa erti bahawa pendidikan ialah satu proses yang berterusan, untuk mengembangkan secara menyeluruh personaliti seseorang individu serta memupuk bakat-bakatnya.

Konsep yang dibentangkan ini memberi gambaran bahawa pendidikan mempunyai fungsi tertentu. Pendidikan merupakan suatu alat yang melaksanakan dua fungsi dan kedua-dua fungsi ini saling kait-mengait.

Fungsi pertama, adalah untuk mengekalkan, memupuk dan menggariskan unsur-unsur tradisi kebudayaan dan nilai social kepada generasi muda. Tujuannya ialah supaya generasi muda mempunyai pedoman dan panduan hidup ke arah yang diredhai oleh masyarakat umum.

Fungsi pendidikan yang kedua ialah mewujudkan suatu perubahan bagi mencapai kemajuan masyarakat : kemajuan yang setanding dengan masyarakat sedunia. Tujuan fungsi ini supaya generasi muda tidak ketinggalan zaman. Dalam erti yang sebenarnya, supaya masyarakat bersifat progresif .

Kenyataaan di atas membuktikan bahawa kemajuan masyarakat dan negara bergantung di antara lainnya kepada pendidikan. Jenis pendidikan yang dimaksudkan ialah pendidikan yang berkualiti, berakhlak tinggi dan pendidikan yang mengandungi unsur-unsur kepimpinan.

Kita bersetuju bahawa pendidikan yang progresif juga akan mewujudkan masyarakat yang progresif. Tetapi, untuk mendapatkan pendidikan yang progresif, kita memerlukan kepimpinan yang berprogresif dan berkualiti tinggi.

Sumber Ketiga-tiga artikel (Artikel 1, Artikel 2, Artikel 3) diperoleh daripada: Pn Malati Lajim. Penulis asal artikel ini:  En Samin Ongki. Rujukan bagi ketiga-tiga artikel ada seperti di bawah.

BIBLIOGRAFI

  1. Abul Hasan Ali an-Nadawi,1983, Riwayat Hidup Rasulullah (SAW), Pustaka Nasional, Singapura.
  2. Abul A’la Maududi. 1977. The Islamic Law and Constitution. Lahore.
  3. Afzalur Rahman. 1993. Ensiklopedia Sirah. Sunnah, Dakwah dan Islam. Jilid I. Penterjemah Zaharah Salleh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  4. Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1997. Pengurusan dalam Islam. Penterjemah Abd. Rashid Ngah dan Jusoh Kadir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
  5. Amidah Hamim Dan Gunawan Mahmood. 2001. Madah Bestari Cinta Negara. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur
  6. Ayob Jantan. 2004. Pengetua Sekolah Yang Efektif. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  7. Ibrahim Mamat. 2001, Pengetua Sekolah Menangani Isu Dan Cabaran Kepimpinan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
  8. Kamarudin Kachar (1989). Kepimpinan profesional dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
  9. Kamarudin Kachar. (1989). Strategi pentadbiran pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.
  10. Khuram Murad, 1985, Konsep Pengorbanan dan Peribadi Muslim Sejati, Pustaka Risalah, Kuala Lumpur.
  11. Mahayudin Hj. Yahaya. 2003. Tamadun Islam. Edisi Kedua. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.
  12. Naeem Siddiqi. 1978. Muhammad The Benafactor of Humanity. Lahore.
  13. Sa’id Ramadhan al-Buti, 1983, Fiqh Sirah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.
  14. Zainal Abidin Mohamed. 2001. Pengurusan Strategik. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 11 comments… read them below or add one }

1 etomyam July 14, 2010 at 9:49 am

contoh terbaik untuk diikuti oleh semua warga pendidik dan juga yang kena didik :D
etomyam recently posted..Extra Cash From Your Website Affiliate ProgramMy Profile

Reply

2 kulanz July 14, 2010 at 4:33 pm

memang betul bro, kalau setakat pendidik saja ikut, tapi anak murid tak ikut, susah juga..

Reply

3 jawatan kosong July 18, 2010 at 10:07 pm

betul2x contoh yang baik untuk personaliti unggul. Mesti coba diikutin oleh anak murid.
jawatan kosong recently posted..E&W Engineering Jobs KG Baru Subang Shah AlamMy Profile

Reply

4 fiezaradzi July 14, 2010 at 3:49 pm

nice entry.. patutnya semua org kena ikut nih..
fiezaradzi recently posted..Belanda Rebah dan AkurMy Profile

Reply

5 kulanz July 14, 2010 at 9:54 pm

makasih.. harap ada yang jadikan panduan

Reply

6 ishak July 14, 2010 at 8:15 pm

wah nice complete semuanya thanks bro ..ini yang saya cari-cari selama ini
ishak recently posted..Idea dan permahaman aku tentang login facebook dapat duitMy Profile

Reply

7 kulanz July 14, 2010 at 9:54 pm

boleh saja tu bro ambik untuk rujukan.. tengah buat master ke bro?

Reply

8 zik July 14, 2010 at 9:52 pm

guur ibarat ibubapa kedua…mereka banyak meluangkan masa bersama pelajar… selepas ibubapa..

Reply

9 kulanz July 14, 2010 at 11:02 pm

betul tu bro,
malangnya makin ramai pelajar sekarang tak hargai guru, dan makin ramai juga guru tak kisahkan pelajar..

Reply

10 Nine July 15, 2010 at 3:28 pm

tq bro kulanz, mantap artikel nih.suka baca..boleh aku amik tak bro ? kredit kat bro nanti..

Reply

11 1kembara July 30, 2010 at 9:44 pm

tapi ramai yang x mahu mencontohi nabi dan sahabat kerana asyik dengan idola masing2
1kembara recently posted..Pelajar UM meninggal duniaMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner