Rentak Juara – Rhythm Of Champions (RJROC) 2010 mungkin tidaklah sehebat Akademi Fantasia, Mentor dan Program berunsur nyanyian yang lain. Namun begitu program anjuran RMT ini juga sebenarnya mampu mengasah dan memberi peluang kepada bakat-bakat baru untuk bergiat dalam seni nyanyian tanahair.
Konsep pertandingan Rentak Juara sangat bagus kerana ia amat menekankan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Oleh yang demikian, setiap kumpulan amatur atau profesional yang menyertai pertandingan mesti menyampaikan lagu wajib di dalam Bahasa Malaysia sama ada ciptaan komposer tempatan atau ciptaan sendiri. Jadi, ini adalah salah satu bentuk galakan kepada seni penciptaan lagu selain mempopularkan lagu-lagu komposer tempatan di kalangan bakat amatur dan profesional.
Di samping itu, pada tahun 2010 ini Hadiah bagi pemenang Rentak Juara juga telah bertambah daripada tahun-tahun sebelumnya. Sebanyak RM300,000 wang tunai dan beberapa hadiah-hadiah lain telah disediakan oleh penganjur dan penaja.
Johan – RM200,00 + Trofi + Sijil
Naib Johan – RM50,000 + Trofi + Sijil
Lagu Terbaik – RM20,00 + Trofi + Sijil
Kumpulan Popular – RM30,000 + Trofi + Sijil
Saguhati – RM5,000 x 6 kumpulan + Sijil
Dalam Rentak Juara 2010 ini, sebanyak 8 kumpulan akan berentap di peringkat akhir yang akan diadakan pada hari ini, 17 Julai 2010 (Sabtu) yang akan berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan dan turut disiarkan menerusi siaran langsung di TV2 pada pukul 8.30 malam. Kumpulan yang itu termasuklah: Alternature, E-6, Anthem, Enava, Car Crash Hearts, Brownees, Superfriends dan D’ Rough Mixture. Keputusan akan diketahui selepas tamat pertandingan.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 26 comments… read them below or add one }
pernah tgk dulu. rasanya not bad la performance semua..
lagi telus dari pertandingan2 lain yang banyak ‘drama’ belakang pentas..
aku tak pernah lagi tengok walau sekali. baca/dengar info pasal ni je
Program ni dari mula sampai la sekarang,semua yang bertanding adalah yang terbaik,tak rugi kalau kita tengok
harap diorang semua ada masa depan dlm industri muzik lepas pertandingan tu nanti
oh malam ni ke tu?…kalau ada masa nak layan jugak ni
aku tak sempat tengok semalam bro.. lupa
tak suka af.. mentor dll..
program ni rasa ok lagi kot. tak merapu sangat
aku sebenarnya program nyanyian ni semua tak minat.. tapi kalau setakat tengok bolehlah agaknya
saya setiap masa bersiaran layan rentak juara ni…memang best..sebab penilaian pakai juri
kalau guna juri profesional memang bagus tu.. tak macam af
aku tak suka ler rentak juara, nampak pengacara dia pun dah macam sampah, sorry kalau ada peminat dia kat sini…hahaha
siapa pengacara dia bro? aku tak pernah tengok lagi RJ ni..
salam..akak tenguk yang mana berkenan ajer..tak berkenan akak tak layan
betul tu kak, tengok mana yang kita suka..
boleh tahan dia punya hadiahnya… tapi macam kurang promotian/pendedahan…yela rtm..
banyak juga tu promosi rasanya.. tapi maklumlah kan RTM, tak ramai orang tengok.. aku tau berita ni pun dari berita online
tahu tak per…tak macm tv3 iklan memanjang sampi sana sini gak di bawa iklan tu ke jom heboh..hehehe..
lagu ape ye yg ramli sarip nyanyi smalam…
tak tengok konsert tu semalam.. sibuk menghadap blog..
rajin gak ko ikuti rancangan ini ye!!!!
tak pernah tengok lagi bro.. sekadar dapat info dari berita dan radio..
xpernah pun tengok rentak juara ni… tp hadiah dia mmg lumayan.
samalah, aku pun tak pernah tengok ni, hehe
jarang tgok tv..hehehe slu balik umah trus ke dapur..hunjung mmgu pun jarang tgok tv hihi..
samalah juga.. akupun jarang menghadap tv.. susah nak fight dgn anak2
vote for bintang =) abang ipar vokalis group tu tapi dah terkeluar =(