Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, Terengganu

Dalam kesibukan kita membuat persiapan menjelang puasa pertama pada hari esok, jangan kita lupa bahawa ada juga beberapa urusan yang perlu ditunaikan bersama kewajipan yang lain antaranya Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, Terengganu yang perlu diadakan semula berikutan penyandang sebelum ini telahpun kembali ke rahmatullah.

DUN Kuala BesutSPR telahpun menetapkan bahawa Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut adalah pada 24 Julai 2013 manakala penamaan calon pada 12 Julai 2013, manakala penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (37 tahun) sebagai calon Barisan Nasional (BN) berdepan dengan calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut nanti.

Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan dijangka berdepan tentangan sengit daripada calon PAS yang setakat ini antara yang disebut termasuklah Azlan Yusof, selain dua lagi calon yang disenarai pendek iaitu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad (sebarang perubahan akan dikemaskini kemudian).

Jadi kepada semua yang terlibat dalam proses pengundian ini, diucapkan selamat berpuasa, selamat berkempen, selamat mengundi dan selamat menjalankan tugas.

Please like & share:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>