≡ Menu

Planet Gliese 581G Menyerupai Bumi Ditemui

Pakar astronomi di Universiti California, Amerika Syarikat mendakwa telah menemui sebuah planet yang menyerupai bumi di luar sistem suria. Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. Planet yang dinamakan Gliese 581g itu kononya memiliki saiz dan graviti yang setara seperti bumi. Gliese 581g juga mempunyai permukaan dan kawasan yang berkemungkinan mengandungi cecair (air) menjadikannya sesuai untuk didiami.

Tetapi itu hanyalah satu kemungkinan sahaja sebab 5 pakar yang terlibat dalam penemuan tersebut belum dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak air di planet itu. Mereka hanya membuat andaian berdasarkan kedudukan Planet Gliese 581g yang terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan (zon habitat bintang) yang memiliki suhu tidak terlalu panas atau sejuk bagi membolehkan cecair membentuk lautan, sungai dan tasik.

Planet Gliese 581g
Gambar lakaran artis menunjukkan Planet Gliese 581g yang baru ditemui

Planet Gliese 581g berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi dan ia juga dikatakan mengambil masa 37 hari untuk satu putaran penuh mengelilingi satu bintang (dinamakan Gliese 581) yang dianggap seperti matahari. Saiznya didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer. Planet yang digelar sebagai ‘Bumi Baru’ itu bagaimanapun mungkin tidak berputar pada paksinya. Oleh sebab itu satu bahagian pada planet berkenaan akan sentiasa menerima cahaya dari Gliese 581 secara terus menerus (seperti waktu siang) manakala bahagian yang bertentangan selalu gelap (malam). Jadi ia agak berbeza dengan bumi.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Mereka berpendapat yang lokasi  paling sesuai dihuni pada planet itu adalah sepanjang garis di antara kawasan gelap dan terang (yang dikenali para ahli astronomi sebagai ‘terminator’). Menurut pakar lagi, untuk sampai ke planet Gliese 581g dari bumi, sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di sana. Memang cukup jauh.

Jadi pada pandangan saya, tak perlulah manusia pergi ke tempat tu. Mengetahui kewujudan objek lain (baru) di alam semester ni pun sudah cukup bagus. Kenapa perlu melabur kos yang besar atau bersusah payah untuk ke sana sedangkan kita ada planet bumi untuk didiami? Yang penting, sama-samalah manusia seluruh dunia pelihara keselamatan dan keseimbangan bumi.

Sumber:
kosmo.com.my & http://www.wired.co.uk/news/archive/2010-09/30/gliese-581g

About the author: Kulanzsalleh

{ 37 comments… add one }

  • Azuan October 1, 2010, 2:48 pm

    Agak2 ada x org nak duduk kat sana? kat bumi ni pun dah selesa..

    • kulanz October 1, 2010, 2:50 pm

      aku tak nak duduk sana kalaupun diberi peluang.. lagi best tinggal di bumi

      • Azuan October 1, 2010, 3:05 pm

        hehe.. aku pun sama.. berapa puluh agaknya nak berkembang semuanya..

        • rashid October 2, 2010, 6:51 pm

          maksud kau berapa tahun nak berkembang??haha…ntahla, tak yah la duduk sana…

          • kulanz October 2, 2010, 11:13 pm

            huh.. memang ambik masa yang lama juga tu nak bkembang, haha

            • Azuan October 3, 2010, 12:46 am

              Ntah-ntah kiamat dulu.. :)

  • Ieda Al-Habsyi October 1, 2010, 3:13 pm

    saya masih selesa dan bersyukur dibumi, takmo kesana. Heehehhe! Udah macam citer omputih pulak kan

    • kulanz October 2, 2010, 11:15 pm

      yup, bersyukur dengan adanya bumi.. dah cukup baik..

  • etomyam October 1, 2010, 3:26 pm

    rupanya alam semesta ni sungguh luas, betul jugak tu, malaysia pun tak habis pusing betul2 lagi ni ekekeke

    • kulanz October 2, 2010, 11:22 pm

      tu lah bro.. malaysia pun tak habis pegi lagi ni..
      lagi pun luas lagi tempat tinggal, hehe

  • zezebel October 1, 2010, 3:48 pm

    Bila boleh pindah kat sana ni?
    “Berpindah ke dunia baru”….
    rasa macam dalam filem plak.

    • kulanz October 2, 2010, 11:41 pm

      mmg macam duni khayalan jak kan..
      aku tak mau ikut pindahlah.. tua dah ni, hehe

  • Amir Said October 1, 2010, 3:52 pm

    dorang ni tau bumi akan musnah satu hari nanti bila kiamat, sebab tu dorg nak cari tempat tinggal lain… padahal satu alam semesta akan musnah. xboleh lari pun.

    • rashid October 2, 2010, 6:52 pm

      Kalau sumber dari US, mana boleh percaya, temberang je tu…huh

    • kulanz October 3, 2010, 12:10 am

      @Amir, tu lah pasal mungkin.. diorang nak lari dari kiamat.. sbb tu nak cari planet lain.. :D

  • hafizmd October 1, 2010, 4:19 pm

    dgn jarak perjalanan 20tahun cahaya dari bumi…mmg agak sukar manusia nk pergi sana…hehe..tapi keajaiban alam ciptaan Allah sungguh mengkagumkan…subhanallah..

    aku takmo p sana…bersyukur dgn bumi Malaysia ni..:D

    p/s – baru jer baca berita ni tadi sebelum jumaat…cepat bro update..tahniah!

  • zik October 1, 2010, 8:11 pm

    wah… kalau pindah kesana… banyak benda kena establish tuh..

  • AyieBlog October 1, 2010, 8:46 pm

    Assalamualaikum,macam-macam orang putih buat kajian,ada tak silap ayie my cousin cakap yang ahli astoromi mula-mula naik kebulan 2 macam tak betul je.. hehehe tak tahulah fakta itu betul atau tidak,ilmu Allah swt tak terjankau di akal manusia…

    • rashid October 2, 2010, 6:53 pm

      masuk telinga kanan keluar telinga kiri je ayie…hehe

  • afiqaiman October 1, 2010, 9:00 pm

    depa igt kalau nak g sna selamat kot…dh tau kewujudan kiamat semua tu…xterbuka lg ke pintu hatu tu…haiya

  • m2g October 1, 2010, 9:58 pm

    nanti aku nak berblog camne..he…he

  • Wan October 1, 2010, 10:56 pm

    i love astronomi
    menarik! hantar kucing tgk boleh hidup x katsana
    mak ai jarak perjalanan dari bumi 20tahun cahaya

  • denaihati October 1, 2010, 11:20 pm

    Best juga kalau dapat pergi melancung kat planet baru tu..mesti tak ada buang bayi atau mat rempit

  • Sir Marcello October 2, 2010, 12:39 am

    jauh sangat…kampung dalam malaysia pun jarang balik..nie kang kalo menetap kat sana…bila tah nak balik bumi…miyahaha~

  • syahrilhafiz October 2, 2010, 2:10 am

    makin kencang diorang research skank erk..
    sapa nak ikut..jom kita berpindah…haha

  • dedoku October 2, 2010, 8:18 am

    20 tahun tu macam tak berbaloi je nak pergi.sampai2 rasa nak balik kena 20 tahun lagi…last2 meninggal dalam spaceship je kot. lgpun mmg bumi untuk didiami manusia. xde tmpt lain yg plg sesuai dah..ha3. kajian itu bagus tapi jangan sampai diorang serius nak ke sana. mmg tak sesuai

  • tehr October 2, 2010, 10:45 am

    mungkin makhluk di sana punyai internet yang amat laju dan peralatan serba canggih
    pergi ke sana goyang kaki je…
    hehehe

  • hyprobulksms October 3, 2010, 1:19 am

    Tak perlu kapal angkasa yang equal dengan speed of light. Pakai niat je nak ke sana dah boleh sampai.

  • hanif October 3, 2010, 3:29 am

    jauh nye nak pergi sana,kalau aku pergi sana dah beruban rambut haha,tapi bumi gak yang terbaik..

  • syafiq.net October 3, 2010, 8:32 am

    kalau ikut stephan hawking punya teori tu,
    1 jam di dalam satu kenderaan kelajuan cahaya = 1 tahun di bumi (tak salah aku la)
    so kalau 20 tahun di dalam kenderaan kelajuan cahaya?

    20×365.25×24 = 175320 jam = 175320 tahun di bumi? agak2 weh :D

    so korang pergi la dulu aku nak mati kat bumi je :)

  • suri October 3, 2010, 12:52 pm

    nak kesana mesti memerlukan kos yang tinggi betul tak huhu..

    • VirusYazima Are-Kop March 19, 2012, 9:38 am

      xyah g sne pn xper..dok jer bumi kte yang aman nie..

  • jawatan kosong October 3, 2010, 11:17 pm

    ada ke kehidupan selain daripada di bumi kita ni? masih menjadi tanda tanya besar..

  • ishak October 4, 2010, 11:16 am

    aku pergi kat sana tahun depan naik roket buatan sendiri eheheh

  • Helmy Orton October 8, 2010, 5:32 pm

    Subahanallah,
    Ini adalah penemuaan yg penuh tanda tanya.
    mitos ? reality ?

  • aiman January 10, 2011, 7:04 pm

    akan menjadi habuan

  • VirusYazima Are-Kop March 19, 2012, 9:38 am

    aduuuuhhhh…daripada ku dudk sne..bek ku dudk kat bumi yang aman nie…kat sne..kte xtau aper yg ade…n mne la tau kn..alien2 ker,termonitor ker,walkcraft ker..hahahha..pelik aku…tp mmg x di jangke kn..cipataanya sungguh luar biase.. shgge kn ade planet yang menyerupai BUMI kite…