Home >> Artikel, Pendidikan >> Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia

Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia

by Kulanzsalleh on June 22, 2010

Dasar PendidikanMukadimah
Retetan daripada cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia memansuhkan Peperiksaan peringkat UPSR dan PMR, saya ingin mengajak pembaca (jika ada kelapangan) untuk meninjau semula sejarah pelaksanaan polisi atau dasar pendidikan di negara ini. Mungkin sedikit maklumat ini dapat membuka fikiran kita untuk berfikir sama ada relevan atau tidak cadangan pemansuhan tersebut.

Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia

Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam pembentukan diri individu ke arah mengenali diri dan mencapai kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Pendidikan telah didefinifikan oleh Prof. Dr. Muhammad Naquib sebagai “menanam sesuatu ke dalam diri manusia”. (Muhammad dalam Fadzilah, 1996)

Walaupun manusia mempunyai akal fikiran yang membezakan dengan haiwan yang lain, namun manusia tidak dapat melakukan sesuatu dengan baik tanpa proses pendidikan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contohnya, para petani dan nelayan dapat melakukan kerja yang sama dari satu generasi ke satu generasi kerana proses pendidikan yang mereka terima dari datuk nenek mereka. Keadaan ini membolehkan mereka bekerja sebagai nelayan dan petani sehingga sekarang.

Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Ia juga diiktiraf sebagai alat untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Ia disusun di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Polisi/Dasar Secara Umum

Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) menyatakan bahawa dasar atau polisi ialah bahagian terpenting, faktor terpenting, paling asas atau pokok. Berdasarkan pada kenyataan Dewan Bahasa Dan Pustaka di atas, maka dapat dikatakan dasar ialah asas dan bahagian terpenting dalam sistem pendidikan.

Menurut Sufean Hussin (2002) dasar ialah ketatapan dalam proses pengurusan organisasi atau kerajaan yang tidak static kerana motifnya bersandar sama ada pada politik, ekonomi, social, sains dan teknologi. Berdasarkan kenyataan Sufean Hussin (2002) kita dapati dasar ialah suatu bidang pengurusan dalam sesuatu organisasi atau sesebuah kerajaan yang banyak dipengaruhi oleh pelbagai factor sebagai contoh ekonomi, politik dan sosial.

Abdullah Sani (2003) menyatakan polisi ialah garis panduan untuk mencapai hasrat pendidikan yang dimatlamatkan. Berdasarkan kenyataan Abdullah Sani kita dapati polisi merupakan garis panduan dalam melaksanakan hasrat pendidikan yang hendak dijayakan.

Colebatch H.K (2002) menyatakan polisi ialah perihatin terhadap arahan, mengimplementasi sistem dan konsisten. Polisi juga perihatin dalam memberi fokus dari proses bagaimana ia dilakukan kepada dapatan atau hasil.

Bridgeman dan Davis (2002) dalam Colebatch (2002) menyatakan polisi ialah langkah-langkah logik ke arah kejayaan seperti memberi definisi kepada masalah, menilai pilihan yang ada, mengimplementasi dan membuat penilaian keseluruhan. Berdasarkan kepada beberapa definisi yang diberi oleh Abdullah Sani, Colebatch dan Brigeman dan Davis di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa dasar atau polisi ialah satu langkah-langkah berbentuk proses dan perlu diambil dalam melaksanakan sesuatu perkara. Langkah yang dimaksudkan ialah dari proses mengenalpasti masalah hinggalah proses membuat keputusan.

Polisi/Dasar Pendidikan

Paul Trowler (2003) menyatakan polisi pendidikan ialah:

A specification of principles and action, related to educational issue, which a followed or which should be followed and which are dsigned to bring about desire goals.

Berdasarkan kepada kenyataan Paul (2003) di atas bolehlah disimpulkan bahawa polisi pendidikan adalah spesifikasi prinsip atau tindakan yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang wajib diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dari itu polisi pendidikan adalah sangat penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di Malaysia agar lebih teratur.

Dasar Pendidikan Sebelum dan Selepas Merdeka

Sebelum merdeka, penjajah banyak menguasai pendidikan negara ini. Sistem pendidikan negara diatur mengikut kehendak mereka. Sistem pendidikan zaman penjajah telah berkembang tanpa mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsaan dan perpaduan Negara. Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan taat setia rakyat pendatang kepada Negara asal mereka dan menahan kebangkitan semangat pembangunan rakyat tempatan. Penjajah tidak menggalakkan kaum bumiputera Malaysia menimba ilmu ke tahap yang tinggi. Walaupun ada, anak-anak Melayu hanya dididik untuk menghasilkan satu generasi bertani yang lebih moden sedikit daripada bapa mereka.

Muka Surat: 1 | 2 | 3

Pages: 1 2 3


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner