Home >> Artikel, Pendidikan >> Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia

Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia

by Kulanzsalleh on June 22, 2010 · 8 comments

Tindakan tersebut diambil oleh penjajah untuk mengelakkan anak-anak bangsa Melayu sebagai kaum bumiputera Malaysia, sedar dari kelalaian mereka dan bangun menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan. Akibatnya, orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding dengan kaum pendatang di Tanah Melayu pada ketika itu.

Bagaimanapun dalam tahun-tahun selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran di kalangan para pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah demi memenuhi kehendak Negara. Atas kesedaran ini lah lahirnya Dasar Pendidikan melalui Penyata Razak 1956 dan termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Dasar Pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang telah menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1974, sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersepadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan semasa rakyat yang terlatih untuk mencapai pembangunan Negara. Laporan jawatankuasa telah diterbitkan di dalam tahun 1979.

Objektif Dasar Pelajaran Dan Pelaksanaannya

Objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang termaktub di dalam pendahuluan pada Akta Pelajaran 1961 adalah seperti berikut:

Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, ialah untuk menubuhkan satu system pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan ,sosial, ekonomi dan politiknya…

Objektif ini dinyatakan secara am tetapi di dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1957 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi.

Seterusnya objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk yang sekaligus membentuk beberapa bidang tugas yang tertentu. Ini menunjukkan bahawa Dasar atau Polisi Pelajaran diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat Negara ini dalam jangka masa pendek dan jangkamasa panjang, melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi Negara dan nyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang dapat mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Ini menjadi matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
  • Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
  • Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
  • Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
  • Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
  • Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar Bandar atau pedalaman;
  • Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan persepaduan antara unsur-unsur intelektual, rohani, emosi dan jasmani;
  • Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik;
    Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
  • Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
    Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil;
  • Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan sebagainya.

Muka Surat: 1 | 2 | 3

Pages: 1 2 3


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 8 comments… read them below or add one }

1 din3187.com June 25, 2010 at 9:21 am

wah…panjangnya…sampai 3 page.. (^_^)

Reply

2 kulanz June 26, 2010 at 10:30 pm

Kebetulan rajin buat ni :D

Reply

3 etomyam June 26, 2010 at 3:00 am

satu ulasan yang panjang… :D, dasar sudah mantap, pelaksanaan nya perlu diperbaiki

Reply

4 kulanz June 26, 2010 at 10:32 pm

Setuju tu bro.. pelaksanaannya perlu berdasarkan kpd dasar yg ditetapkan

Reply

5 jawatan kosong June 26, 2010 at 3:04 pm

setuju.. pendidikan itu essential bagi semuanya.. tanpa pendidikan kita menjadi bodoh.

Reply

6 radzi taib January 10, 2011 at 7:11 pm

Assalamualaikum…..saya pelajar master UM ….terima kasih atas maklumat perkongsian ilmu tuan…saya amat berharap agar tuan dapat memberikan senarai rujukan bagi polisi atau dasar pendidikan di Malaysia…sekian terima kasih

Reply

7 kulanz January 10, 2011 at 7:51 pm

waalaikumsalam,
saya telah memuatkan senarai rujukan yang berkaitan tajuk di atas..
harap dapat membantu

Reply

8 RJ February 15, 2011 at 10:14 pm

Assalamualaikum…..saya juga pelajar master UM ….ribuan terima kasih atas maklumat perkongsian ilmu tuan…maklumat yg sgt berguna utk pelajar spt6 kami. Saya juga amat berharap agar tuan dapat memberikan senarai rujukan bagi polisi atau dasar pendidikan di Malaysia…sekian terima kasih

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner