Home >> Artikel, Pendidikan >> Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia

Polisi/Dasar Pendidikan di Malaysia

by Kulanzsalleh on June 22, 2010

Perbincangan-Perbincangan

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1961, Dasar Pendidikan masih belum boleh dikatakan berjaya dan mencapai objektifnya. Mungkin sudah ramai para lapasan universiti tempatan dan luar negeri yang dikeluarkan semenjak wujudnya Dasar atau Polisi Pelajaran, tetapi keadaan ini tidak boleh dianggap sebagai kejayaan di dalam erti kata yang sebenar. Walaupun sudah banyak sumber manusia disumbangkan bagi pembangunan Negara tetapi sebilangan dari mereka tidak mempu menunjukkan nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia dan luhur. Oleh itu tidak hairanlah ramai dari kalangan intelek dan cendekiawan yang terlibat dengan skandal dan jenayah kolar putih. (Laporan Kabinet, 1984)

Keruntuhan di kalangan pelajar juga berlaku dengan meluasnya. Ramai para pelajar yang berumur di antara 13 – 19 tahun terlibat dalam penyalahgunaan dadah, lari dari rumah, rogol dan jenayah-jenayah lain.Kajian tentang penglibatan dadah yang dibuat terhadap 90 buah sekolah menengah di seluruh Negara menunjukkan 343 orang pelajar terlibat dalam penagihan dadah. Ini bermakna bermakna hitung panjang murid yang menagih dadah di setiap sekolah adalah 4 orang . Ramai juga pelajar yang terlibat dalam kes meminum minuman keras tatkala usia mereka baru mencapai 15 tahun. Terdapat di kalangan mereka yang selalu pergi ke kelab-kelab malam kerana mencari hiburan dan menikmati minuman keras. Sebilangan pelajar yang berumur 14 hingga 16 tahun atau pelajar tingkatan empat dan enam rendah menganggap tahun pelajaran mereka adalah “tahun bulan madu”, dan merupakan masa untuk mereka berpesta dan bersuka ria serta melakukan apa saja mengikut kehendak mereka tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Ini mungkin disebabkan menurut ketetapan Dasar pendidikan. (Fazilah, 1996)

Kegagalan tersebut mungkin disebabkan Dasar Pelajaran hanya mempunyai matlamat dan falsafah yang tersurat tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.  Perlaksanaan Dasar Pelajaran tanpa falsafah menjadikannya sistem itu menyimpang dan menyeleweng jauh dari dasar ilham pendidikan yang sebenar. Penekanan dalam perlaksanaannya hanya diberi terhadap pencapaian akademik yang berorientasikan peperiksaan, sedangkan aspek akhlak dan kerohanian diabaikan. Maka lahirlah golongan yang berilmu tetapi berkeperibadian mulia.

Kadar pengangguran di negara ini juga masih tinggi. Buktinya, ramai di kalangan lepasan sekolah menengah dan universiti yang belum memiliki sebarang pekerjaan dan pendapatan sedangkan mereka mempunyai kelulusan yang baik di bidang akademik. Kenapa perkara ini berlaku? Pada pandangan saya, antara beberapa faktor penyebab adalah sesetengah daripada mereka hanya memiliki pengetahuan, tetapi tidak tidak mampu mengembangkan potensi diri secara menyeluruh. Maka akan lahirlah pelajar-pelajar yang terlalu berharap dengan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka dan enggan berusaha. Itu realitinya.

Selain itu, di negara ini juga terbentuk beberapa kumpulan yang saling berbeza pandangan. Perbezaan idealogi ini bukan tidak baik. Malah ia sangat penting kerana dari sanalah cetusan idea yang lebih baik akan terbentuk. Namun apa yang agak merunsingkan kadang kala idealogi yang agak melampau boleh mencetus kekecohan dan ‘peperangan’ sesama sendiri. Bahkan yang lebih teruk boleh mencetuhkan huru-hara dan krisis dalam negara. Hal ini mungkin disebabkan perlaksanaan Dasar Pelajaran sebelum ini gagal menyampaikan konsep ilmu dengan padu. Keadaan ini menjadikan ilmu-ilmu yang diajar sama ada sains sastera dan agama seolah-olah separuh bena (partial truth) dan berpisah-pisah antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah jika lahir dua golongan yang bertentangan pendapat dan pemikiran di dalam masyarakat. Golongan-golongan tersebut terdiri daripada mereka yang mementingkan ideologi masing-masing tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

Kesimpulan

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang ada sekarang ini telah melalui kajian secara berperingkat. Ia merupakan satu dasar yang mantap dan jika dilaksanakan mengikut yang sepatutnya, dasar berkenaan mampu melahirkan pelajar atau warganegara yang kita inginkan. Bagaimanapun, mungkin disebabkan ‘pemimpin pendidikan’ hari ini sering bertukar-tukar dalam jangka masa yang singkat menyebabkan idea-idea yang baik dan melibatkan sesuatu perubahan itu hanya terlaksana separuh jalan.

Justeru kita sangat berharap agar ada pemimpin pendidikan yang sedar akan kelemahan-kelemahan yang wujud sebelum ini dan berusaha memperbaikinya dan dalam masa yang sama pula, masyarakat haruslah tegas untuk merubah masa depan anak-anak mereka kepada keadaan yang lebih sempurna.

Rujukan:

  1. Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd, Bentong.
  2. Colebatch H.K (2002). Policy Second dition, Buckingham, Open University Press.
  3. Dewan Bahasa Dan Pustaka (1997). Kamus Dewan Edisi Ke-3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  4. Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. As Noordeen. Kuala Lumpur.
  5. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
  6. Paul Trowler (2003). Education Policy. Second Edition, London, Routledge Taylor And Francis Group.
  7. Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muka Surat: 1 | 2 | 3

Pages: 1 2 3


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner