Fewer Words are Better

Tempat saya bekerja ada beberapa buah pondok (wakaf) yang dibina untuk kegunaan pelajar. Di sinilah saya menghabiskan kebanyakan waktu rehat. Selalunya ada juga rakan sekerja lain yang duduk sama di sini. Berbincang hal kerja dan beberapa isu lain yang berkaitan. Satu perkara yang pernah jadi perbincangan ialah individu yang memiliki hasad dengki dan memandang rendah orang lain.

wakaf

Saya tidak tahu cara terbaik untuk menyatakan perasaan terhadap orang seperti ini. Kalau tulis panjang nanti ada pula yang rasa tersinggung. Silap-silap boleh jadi kes mahkamah saman RM100-200 juta. Jadi saya (cuba) tulis dalam bentuk pantun. Lagi ringkas dan tidak perlu tulis panjang berjela. Sometimes, fewer words are better and actually more powerful, kan?

Wakaf buruk di hujung padang
Tempat kedidi membuat sarang
Kenapa mengutuk pandangan orang
Jika sendiri ilmunya kurang

Pokok buluh di tepi bendang
Batang mati rebah ke barat
Sikap angkuh lagi temberang
Ditinggal sendiri hidup melarat

Cahaya pagi memancar terang
Di tepi kali ternampak bayang
Hasad dengki sifat terlarang
Perangai keji dibenci orang

Pondok kecil berbagai warna
Penduduk lalu menumpang singgah
Manusia kerdil tiada sempurna
Usah malu mengaku salah

Different strokes for different folks. Itu antara perbezaan individu yang harus difahami. Jadi gunakanlah akal fikiran untuk bertindak secara waras.

Please like & share:

Comments

  1. says

    Kadang kala orang yang dipandang rendah itu memang sengaja bersikap “low profile”. Mungkin belum masanya untuk menonjolkan diri..

  2. says

    itu ciri2 manusia akhir zaman..kengkadang aku lebih suke jadi katak bawah tempurung dari dok bergossip2 huh..tp katak bawah tempurung ni pun selalu jadi bahan gak..hahaha..adoilah

  3. kulanz says

    Boleh juga ditegur secara berhemah.. Tapi kalau diorang tak peduli apa nak buat.. Kita tak dapat ubah sifat n sikap orang lain, melainkn dirinya sendiri :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>