Penangguhan PLKN untuk Kemasukan Tingkatan 6 dan Matrikulasi 2012

Banyak pertanyaan dikemukakan oleh pembaca dalam entri Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2012, sama ada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)  boleh ditangguhkan ataupun tidak jika menerima tawaran sambung belajar, sama ada ke tingkatan enam, matrikulasi atau kemasukan maktab perguruan. Pada masa itu jawapan yang dapat saya berikan, sila rujuk kepada pihak berkenaan kerana saya kurang jelas tentan perkara tersebut.

Malam ini kebetulan baca berita online yang berkaitan dengan pertanyaan yang diajukan. Berikut adalah antara petikan berita berkenaan:

Bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan meneruskan pengajian di tingkatan enam atau program matrikulasi bermula Mei ini boleh memohon penangguhan bagi mengikuti PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil hari ini berkata bakal pelatih berkenaan bagaimanapun perlu mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di kaunter khidmat pelanggan JLKN atau dimuat turun dari laman web rasmi JKLN. (sumber)

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Ada beberapa perkara yang hendak saya serlahkan di sini:

  1. Penangguhan latihan PLKN boleh dibuat jika bakal pelatih menyambung pelajaran ke tingkatan enam dan matrikulasi.
  2. Permohonan penangguhan mesti dibuat secara rasmi melalui dua cara yang dinyatakan dalam petikan berita di atas.
  3. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam atau program matrikulasi perlu dikepilkan bersama borang permohonan sebelum dihantar ke Cawangan Pengecualian dan Penangguhan, Bahagian Pengurusan Pelatih, JLKN.
  4. Bagi mereka yang akan menyambung pengajian selepas tamat tempoh penangguhan tersebut, mereka perlulah mengisi Borang Permohonan Pembaharuan Penangguhan melalui proses yang sama.

Diharapkan maklumat ini dapat menjelaskan pertanyaan yang dikemukakan. Bagi bakal pelatih yang belum membuat semakan senarai pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 9/2012, jangan bertangguh lagi, segeralah buat semakan di: www.khidmatnegara.gov.my

Please like & share:

Comments

    • kulanz says

      selalunya pembaca memang camtu.. diorang tak direct buka gov punya website, tapi masuk dari enjin carian dan dapat info dari blog

  1. amal says

    saya nak tanya, kalau pergi jugak plkn, lepas tu keluar awal utk pergi matriks x boleh ke? malas la nak tangguh2 ni huhu..

  2. gurlz terdesak says

    emm…nk tnye,srt penagguhan tue an kne kepilkn sekali srt twrn matrik sblm hntr…em,srt twrn matrik tue nk kne ad pengesahan pengetua x??….

  3. amiruddin says

    salam. jika saya tidak TERPILIH untuk menyertai SESI PLKN tetapi saya mahu masuk juga, macam mana ye?

  4. SARGUNAN A/L VIMALARAJA says

    I LIKE KHIDMAT NEGARA. I DONT HAVE THIS GOOD CHANSE PLEACE I WANT MORE LEARNING ABOUT PLKN AND ALSO I WANT TO JOIN POLICE WORK. I THINK THIS PLKN MORE HALPFUL. I HOPE I GET THANK YOU SO MUCH.

  5. Sharif Sali says

    kumpulan 2 serentak dengan kumpulan 1 ka, tak fahamla ada yang cakap seri pertama.. ni pakai kumpulan-kumpulan bagaimanaka ini ..?

  6. hazim says

    salam, berkaitan ngan penangguhan.. sya dah tangguh untuk plkn kumpulan3 siri 9 2012.. sya lepasan spm 2011.. penangguhan plkn adalah kerana sya melanjutkan pengajian di ipta(asasi).. so, soalan sya.. berapa kali penangguhan perlu dibuat? tempoh pengajian sya selama 2tahun bermula mei 2012 sehingga jun 2014..

  7. says

    asalamualaikum,boleh saya tanya bolehkah saya dikecualikan sekiranya saya ingin menyambung peljaran saya di ipta?,sahabat2 saya pernah berkata jika menjalankan latihan di plkn selama 2 bulan saya akan di kecualikan dan bukan di tangguh?..adakah ianya benar?harap saya mendapat jawapan secepat yang mungkin..terima kasih

  8. mohd ainul rahman says

    assalam…saya nak hantar surat pengecualian !!!
    so,saya nak tau ke alamat mana kena hantar ???

  9. mira says

    assalamualaikum..saya nak hantar surat penangguhan..
    tapi saya ingin hantar melalui email…
    boleh beritahu email dia apa??
    terima kasih..

  10. rahim says

    Assalammualikum.Saya ingin bertanya..Borang kemasukan matrikulasi akan dikeluarkan pada 25 APRIL 2014,surat tangguh tersebut hendaklah disertakan dengan borang tawaran matrikulasi,jadi bolehkah saya hantar surat penagguhan tersebut tanpa borang tawaran tersebut?ATAU hantar surat tersebut pada 25 APRIL 2014?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>