Program Sejuta Impian sudah tidak asing lagi setelah pada tahun lepas program ini telahpun merealisasikan banyak impian rakyat Malaysia.
Tahun ini sekali lagi kolaborasi dibentuk di antara TV3 bersama Dana Belia 1 Malaysia (DB1M) bagi meneruskan program Sejuta Impian musim ke-2 untuk mengupas impian rakyat Malaysia sambil menawarkan insentif bernilai RM1 Juta sebagai pencetus semangat dan titik permulaan bagi merealisasikan impian dan hasrat murni demi kebaikan bersama.
Untuk makluman, permohonan secara online untuk menyertai program ini dibuka sejak 18 Mei hingga 24 Jun 2012 dan sesi ujibakat yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Jun di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bagi penyertaan secara online, mereka yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak produksi pada 25 Jun. Untuk mengetahui secara lanjut mengenai SEJUTA IMPIAN, anda boleh melayari laman web rasmi www.tv3.com.my/sejutaimpian atau Facebook Sejuta Impian 2012.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 18 comments… read them below or add one }
ingatkan program RTM tuh, ramai jugak promote ye…
Ni pun dah kira lambat promote bro, dah tak sempat untuk mohon
Dah tak sempat ke mohon… Huhu… Nak cuba juga…
Semua orang memasang impian. Kejayaan tidak datang bergolek ada keringat perlu dibayar.
Suatu impian jika diusahakan mesti boleh dicapai
memang patut beri sokongan bagi impian yang memberi kemudahan kepada bangsa
betul tu bro.. biar sama-sama menikmati kemakmuran negara
Semoga lebih ramai rakyat Malaysia berjaya mencapai impian masing-masing…
Hmmmm… Apa impian saya yer?.. Rasanya terlalu banyak impian.. Tapi tak tahu mana satu yang hendak dicapai terlebih dahulu…
Teringin nak masuk.. Tapi rasa macam dah tua jer.. hehehe
kalau banyak impian boleh buat dalam senarai.. nanti senang sikit nak capai
Salam Alaiyka.
Program rancangan realiti yang menarik ni. Sekurang-kurangnya, lain sikit la berbanding rancangan realiti yang banyak tekankan kepada hiburan. Terlepas pandang pulak, kalau tahu pasti aku suruh ada satu group budak mencuba impian mereka. Hehe
waalaikumussalam,
betul bro.. program ni nampaknya lebih banyak mendatangkan faedah kepada masyarakat berbanding rancangan realiti hiburan yang lain
bagus jugak la ada program camni…bukan je kita nak dapat dana nak laksanakan projek…tapi dapat train kita cmne nak berkomunikasi dan meyakinkan org, sbb nanti nak wat business cmne lak nak yakinkan org luar lak kan…
itulah antara ciri menarik dalam program ni.. sokong 100%
Program tahun lepas memang menampakkan halatuju pemuda harapan bangsa. Tapi ada juga cadangan tak kena langsung dengan aspirasi negara. Nasib baik panel penilai hebat-hebat.
betul juga.. ada sesetengahnya lebih kepada matlamat peribadi.. tapi tak kisah janji masyarakat sekeliling dapat manfaat sedikit sebanyak
Matlamat pribadi tu yang tak sedapnyer~
wahh..leh buat secara online rupanya..
Impian untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang perlu diberi sokongan