Projek Budak Sekolah

Budak-budak sekolah zaman sekarang ni memang semakin kreatif. Macam-macam projek yang mereka boleh buat. Dari projek ‘menanam’ di kelapa sawit secara berpasangan sampailah projek OMO (one man operation). Kalau merujuk kepada Sistem Pendidikan Malaysia, memanglah kreativiti murid sangat digalakkan. Tapi kalau sudah masuk bab projek yang menyimpang, kenalah juga cikgu campur tangan.

pisau

Macam projek kreatif yang satu ni. Mula-mula kawan tunjuk benda ni, kagum jugalah saya tengok. Siap ada hiasan, sekali imbas tengok macam pencil buatan sendiri. Dalam hati ada bakat seni juga budak yang buat tu. Tapi tak sempatpun saya bagi pujian melambung pada si pembuatnya, kawan tunjukkan pula apa yang terselindung di dalamnya.

projek budah sekolah

Budak tu letak bilah pisau pemotong dalam dalam kayu yang direka bentuk sendiri. Tak kira cantik manapun ni bukan lagi karya seni, dah masuk kategori senjata bahaya dan dilarang bawa ke sekolah. Confirm lah cikgu rampas. Nasib baik tujuan budak tu bawa ke sekolah sekadar untuk tunjukkan hasil kreativitinya pada murid lain. Kalau tujuan untuk cederakan murid lain, habislah.. Guru juga yang akan stress nanti.

Please like & share:

Comments

    • kulanz says

      confirm lah kalau zaman dulu.. tapi zaman sekarang tak boleh.. silap haribulan cikgu naik mahkamah pula.. tak pun kena tebas oleh bapa budak tu

    • kulanz says

      salam, alhamdulillah sihat..
      memang kagum juga dengan hasil seni dia tu.. tapi kurang sesuai bawa sekolah :)

  1. Tuan Tanah says

    Huh mmg bahya tu…mmg patut kena rampas sebelum jadi apa2……kreatif tu mmg aku setuju kreatif.

  2. says

    sangat sangat setuju,,,,
    memang kratif luaran tapi dalaman sangat berbahaya palagi di pegang sama murid sekolan dan di bawa kesekolah,,,
    dengan alat itu semua akan terjadi tapi sehaeusnya kita cegah sebelum terjadi apa apa yang tidak di inginkan dan di harapkan,,,

  3. says

    wah ni dah kira senjata dah ni.. kreatif.. apa tujuan budak tu buat benda ni? kesudahan dia macam mana? barang yang dirampas akan diserahkan balik ke sekranya ibu bapa atau penjaga buat tuntutan?

    • kulanz says

      nasib baik tak sempat jadi apa2 lagi..
      barang sempat dirampas, sekarang cikgu simpan.. kalau ibu bapa dia tuntut boleh juga dikembalikan tapi dengan amaran..

  4. says

    wooo…alangkah terkejutnya apabila saya melihat ini adalah hasil budak sekolah….memang kreatif…nasib baik tiada apa yang berlaku yang disangkakan…

  5. says

    -Berapa umur budak yang buat ni? Kreatif gila.
    -Teringat dulu time zaman sekolah, waktu Kajian Tempatan ke apa, yang kene buat kerja kayu tu, tak berapa pandai nak gergaji kayu last-last balik rumah suruh pakcik buat.

    • kulanz says

      Budak tahun 5 yg buat.. Mmg kreatif, kalah cikgunya :)
      Tapi tu lah benda bahaya tpaksalah rampas.. Lagipun cikgu tak suruh buat tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>