Projek Mengintai

February 2nd, 2010 | 3:14 am | Fotografi | 18 responses

Korang pernah skodeng mengintai orang lain? Atau pernah rasa-rasa diintai oleh seseorang ketika mandi, tidur dan yang sewaktu dengannya? Amacam rasanya? Kalau yang tengah mengintai orang lain tu memanglah best.. akupun pernah mengintai orang… kejap lagi aku cerita… tapi kalau diintai masa tengah projek atau tengah mandi… huh.. tak tau nak cakap…

Macam yang aku cakap tadi, akupun pernah mengintai juga… biasalah tu.. jawapan paling skema.. suka hati akulah… lelakilah katakan… ada peluang… tangkap saja… peluang macam tu bukan datang selalu..  lagipun kalau dapat tangkap gambar yang masyuk, bole jual tu… dah kira macam rezekilah kalau dapat mengintai..  bak kata orang tua-tua (macam aku), rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari … tapi kalau skodeng orang lain, gerenti musuh akan datang.. kan, kan, kan..

Tapi jangan salah tanggapan… aku bukan mengintai orang tengah buat projek haram atau orang yang tak bungkus hadiahnya elok-elok… aku mengintai orang yang tengah mengintai… lebih kurang skodeng atas skodeng la… tak percaya? Ni buktinya…

Ni lah orang yang kedapatan mengintai tu… siap dengan kamera DLSR dan zoom lens lagi..

Sebab orang tu mengintai, aku rampas kameranya.. tengok apa yang diintai… tapi aku heran, gambar apalah ni, macam lautan api pulak dah..

Next pic… masih tak jelas lagi… ni tukang intai tak pro lagi ni ambik gambar… tolong adjust sikit boleh?

Laaa… gambar ni yang dia ambik?… buang karan aku intai dia… ingatkan awek ikan paus tengah mandi, rupa-rupanya sekadar gambar api…

Closeup sikit.. ni lah wajah orang yang mengintai tadi tu.. ishhh… budak lagi rupanya… kecik-kecik dah nak mengintai… atas kesalahannya, aku ambik kamera DLSR tu, ganti dengan Sony Cybershot je.. hehe

Hehe… ni sebenarnya anak sulung aku… diapun macam aku juga suka tangkap gambar… macam-macam gambar dia ambil.. Jadi minta maaf banyak-banyak, jangan sakit hati pula tak dapat tengok gambar masyukkk, haha… apapun, ada cerita sambungan lagi nanti…

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

18 Responses to “Projek Mengintai”

  1. 1

    salam lan,

    hahaa..tua sgt ke?? eh anak aku pun camtu gak, maybe ikut mak diorg kot..hahaha. yelah kan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

    btw hensem arr anak ko…

    • 2

      salam yanmie,
      haha.. aku dah masuk kategori tu.. mmg anak sulung tu ikut minat bapa dia.. hehe

  2. 3

    wah kecik2 dh pndai pakai DSLR. heheh hebat hebat. nnt dh besar leh jd photographer pro ni.. hehe
    arieza´s last blog ..::: >>> Aksi Charlie Menggigit Manja My ComLuv Profile

    • 4

      InsyaAllah.. mudah-mudahan bole jadi pro… klu abah dia x sempat dah nak jadi pro ni.. hehe

  3. 5

    mana tumpah ke kuah kalau x ke nasi..
    NoorAfzan´s last blog ..Siapa perempuan tercantik dalam dunia? My ComLuv Profile

    • 6

      betul juga tu.. biar anak-anak dapat peluang mcm tu awal-awal

  4. 7

    wah… ini sudah bagus..
    zik´s last blog ..Kenapa Perempuan Suka diet?? My ComLuv Profile

    • 8

      ok gak bro.. asal jgn dia juga utk mengintai org lain dah la.. hehe

  5. 9

    punya campin ko bikin saspen aa cuz! hahaha… kemsalam kat ‘budak’ yang amat berbakat itu…

    • 10

      sekali-sekala buat pos x serius cuz…
      kirim salam dgn family mu juga.. ada masa nanti bole buat pjumpaan lagi di 1Borneo.. hehe

  6. 11

    bapa borek anak rintik..bapa pun kaki intai juga dulu….:p

    p/s – terimakasih backlink entri kak jie yang seksi tu :)
    kujie´s last blog ..Hidup Biar Sedap Sepanjang Januari 2010 My ComLuv Profile

    • 12

      bapa dia mengintai langit je kak jie.. intai orang tak pernah..hehe

      thanks juga kak jie bagi izin utk backlink..

  7. 13

    salam bro,

    heheh tajuk best ni kekeke ,ok la tu anak bro dah ada minat dalam fotografi ni,boleh la ajar dia skill-skill untuk ambil gambar dengan lebih menarik
    wazy´s last blog ..Kenapa Masa Untuk Keluarga Itu Sangat Penting My ComLuv Profile

    • 14

      salam bro..
      ckit-ckit tu bole jg la ajar.. sbb akupun x pakar sangat photography ni.. tp mmg seronok dia dapat guna DLSR tu

  8. 15

    ingat intai apa la tadi….

    dah pandai guna nanti ajar achik ain plak ya….

    achik tengah ngumpul modal tak cukup-cukup lagi nie…huhuhu…..
    ain´s last blog ..[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar My ComLuv Profile

    • 16

      hehe.. sekali-sekala bermain dgn tajuk entri..
      Ezzat tu tak brapa pandai sgt.. baru belajar lagi tu.. tp nanti bole juga dia study banyak2 utk kongsi dgn kawan2 lain.. :)

  9. 17

    ` hoho.. like father like son…`
    sera dc´s last blog ..•° HAPPY VALENTINE’S DAY °• My ComLuv Profile

    • 18

      bapa borek, anak rintik.. haha
      memang rajin anak sulung ni berkamera..

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda