Bila menjelang saja puasa Ramadan, antara perkara yang akan menarik perhatian kita adalah promosi buffet ramadhan yang biasa dibuat oleh hotel/resort yang menyediakan pelbagai menu berbuka puasa. Promosi berbuka puasa macam ni memang biasa ditawarkan sebab permintaan daripada orang ramai pun meningkat masa tu. Bukan setakat organisasi tertentu yang akan buat acara makan secara buffet, individu pun ada juga yang bawa keluarga masing-masing.
Rujuk: Promosi Buffet Ramadan Starwood Privilege
Walau bagaimanapun, dalam sibuk memilih tawaran promosi buffet ramadhan yang benar benar berbaloi dengan nilai yang dibayar, satu perkara yang perlu diingat ialah status halal makanan yang dihidang. Maklum saja, walaupun kebanyakan premis didapati memiliki logo halal, tidak semuanya telah mendapatkan status halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Jadi, cara yang paling mudah untuk menyemak status halal hotel atau premis makanan yang membuat hidangan buffet Ramadan tu, pengguna boleh menyemak senarai terkini hotel & resort yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC.
Setakat entri ni ditulis, terdapat sebanyak 359 hotel dan 453 premis makanan lain yang sudah mendapat pengikhtirafan JAKIM. Untuk buat semakan, boleh gunakan kemudahan carian dan semakan di laman sesawang JAKIM di SINI.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 17 comments… read them below or add one }
Kegairahan berbuka buffet Ramadan hingga tidak sedar akan mempunyai sijil halal Jakim atau tidak.
part memilih tempat tu kena hati-hati
Sebagai pengguna memang perlu memeriksa sebelum membuat tempahan.
betul tu.. takut nanti ada yang ambil kesempatan pula
Salam Alaiyka.
Woooo, nasib baik lah oghang bukan jenis suka berbuka kat luar ni. Satu ketika dulu rajin la bukak kat luar. La ni umah ajer.
Tu kena semak tu, dalam kita dah menjalani ibadah puasa, tak sedap pulak kalau kita akhir dengan cara yang agak remeh buka puasa tanpa semak.
waalaikumsalam,
kami kalau buka puasa di luar paling-paling pun kat bazaar, hehe
Aku bukak puasa Kat rumah jer…
buka puasa di rumah lagi jimat
A ah samalah buke puasa di rumah sahaja..
kene cek sbelum berbuka..bhaya2..
janji halal..ok dah tu..
hidangan buffet membolehkan kita ngap semua sekali, paling best dengan family. Thanks bro sebab kongsikan link tu. Dapat mencheck dulu sebelum pergi menjamu selera.
sekali-sekala pegi dengan family memang bagus..
bro ada x maklumat untuk buffet ramadhan dikluang johor, mcm mana yer nak tgk
di Johor tak ada pula dalam senarai aku.. tapi mungkin bro boleh rujuk di blog denaihati sebab ada banyak juga senarai di sana
Saya mencari hotel untuk berbuka…..seisi keluarga 2dewasa 3kanak-kanak….tapi bajat dalam rm200.00 mana nak cari ya hotel sekitar KL
Ada banyak senarai hotel yang buat promosi buffet Ramadhan sekitar KL.. boleh rujuk di sini: Promosi Buffet Ramadhan 2012