Home >> Nasional >> Proton Lancar Kereta Konsep Siri Emas

GENEVA: Proton Holdings Bhd melancarkan tiga kereta konsep, siri Emas, yang akan membantu meningkatkan tarikan globalnya serta membina kereta untuk pasaran dunia pada masa akan datang.

Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamed, berkata Proton sedang memutuskan reka bentuk akhir dan berharap memulakan kerja membinanya secepat mungkin.

“Ia akan mengambil masa lebih setahun. Saya mahu lakukannya dalam tempoh setahun, tetapi mereka berkata ia akan mengambil masa yang lebih panjang,” katanya kepada media Malaysia pada pelancaran kereta konsep di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 di sini, hari ini (Selasa – 02 Mac).

Siri Emas, akronim bagi “Eco Mobility Advance Solution”, pada masa ini menawarkan tiga varian dan adalah usaha sama dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.

Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang.

Ia terdiri daripada Emas hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, Emas Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta Emas3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya.

“Dari luar ia nampak sangat kecil, namun dalamanya bersaiz SUV. Daripada sudut pandangan pemandu ia sangat selesa,” katanya.

Syed Zainal berkata, Proton mendengar pandangan pelanggan untuk memastikan pembangunan kereta global yang memenuhi keperluan dan jangkaan mereka.

Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata pada pelancarannya, memenuhi jangkaan global adalah cara yang penting dalam pembangunan pasaran pembuat kereta nasional mulai sekarang.

“Kami menyedari bahawa pasaran domestik sangat terhad dan ia adalah permulaan baru untuk kami. Dan bagi Proton untuk melangkah ke depan, kami perlu memasuki pasaran yang lebih besar,” katanya. – Bernama

Kata kunci artikel:

pelancaran proton emas malaysia

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 12 comments… read them below or add one }

1 yanmie March 3, 2010 at 9:41 am

woohhooo lawa jugak kereta nie…unic dan kiut

Reply

2 kulanz March 3, 2010 at 3:30 pm

memang lawa, tapi harga mesti riban-riban

Reply

3 wazy March 3, 2010 at 6:10 pm

ok gak kereta kompak cmni,sennag nak parking nanti ,hehehe
.-= wazy´s last blog ..Adobe Photoshop CS3 & CS4 Portable =-.

Reply

4 kulanz March 4, 2010 at 4:33 pm

memang ok bro.. tapi harga dia tak terangkat

Reply

5 Ichigo March 3, 2010 at 8:12 pm

lawa tu mmg lawa tp xpanas ker nanti sbb cermin dpn dia besar..
.-= Ichigo´s last blog ..Maintenance Mode Plugin Wordpress =-.

Reply

6 kulanz March 4, 2010 at 4:34 pm

betul tu bro.. tak sesuai dengan cuaca tpt kita ni, lagi pun kena fikir jg soal keselamatan
.-= kulanz´s last blog ..Nokia X6 Come With Music =-.

Reply

7 imran March 6, 2010 at 1:46 am

Kalau betul la kereta ni dijual di Malaysia. Agak-agak berapa harganya? :D

Reply

8 kulanz March 7, 2010 at 2:18 am

tak tau lagi berapa harga.. tapi kecik-kecik cili api.. walau kecik, mesti mahal.. sbb Proton EMAS ni concept car..

Reply

9 xmizanx March 12, 2010 at 2:05 am

proton emas…. sampai kat malaysian jer dh jadi gangsa… apa cher?

clockwheelblog.com/

Reply

10 kulanz March 13, 2010 at 2:03 am

mungkin ada betulnya..
harap-harap rakyat Malaysia yg pakar dlm bidang automotive ni dpt fikirkn sesuatu utk meningkatkn kualiti kereta nasional

Reply

11 custom essay December 4, 2011 at 10:04 am

The essay writing about this topic, students would notice at the term paper writing services. Buy the essay and custom essays just about this good post.

Reply

12 essays for sale December 7, 2011 at 2:57 am

All persons at shool are trying to get the doctoral degree and they purchase the custom essays related to this good post at the essay writing service, but very often they look for the stuff just about essay paper.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: