Saya kongsikan maklumat ini disebabkan sebelum ini saya pernah mendengar perbualan di kedai kopi tentang isu penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Ada beberapa individu mengatakan, dakwat yang akan digunakan susah ditanggalkan dan tidak telap air menyebabkan wuduk tidak sempurna. Bahan untuk membuatnya juga tidak diketahui sebab dakwat tersebut diimport dari luar negara (dikhuatiri mengandungi bahan yang diharamkan).
Hari ini ada penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang status penggunaan dakwat kekal untuk tujuan yang dimaksudkan. jadi elok juga kalau saya kongsikan di sini untuk rujukan bersama.
“Selepas mendengar pandangan pelbagai pihak termasuk, Jabatan Kimia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dakwat kekal yang diuji itu dibenarkan syarak kerana tidak menimbulkan masalah kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadat. Dakwat kekal itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak memudaratkan kesihatan serta telap atau tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. ” – Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin
Untuk berita lanjut, sila baca Dakwat kekal untuk PRU-13 bukan najis.

{ 14 comments… read them below or add one }
majlis fatwa dah lama beritahu
dakwat ni boleh digunakan
elok juga kalau dapat dihebah2kan hal ni, bro
ramai yang masih was2
tehr recently posted..SBPA Disemak Semula
ye bro.. memang ada yang was-was guna dakwat ni sebab tu nak kongsi info untuk makluman bersama
Mengikut hukum pengenuaa dakwat ketika PRU13 nanti adalah harus.
akubiomed recently posted..Ada hati buat header blog tapi tangan keras
gunakan tanpa was-was kan…
bagus info nih
Juan recently posted..How To Update Samsung Galaxy Tab Wifi P1010 to Gingerbread
hehe.. makasih
jadi, guna aje. nanti lama-lama hilang juga..
titan recently posted..Innity makin ketat-petat.
betul.. tiada masalah untuk guna
hilangkan was2 masa mengundi nanti
ciksembang recently posted..Kepuasan Belajar Naikkan Alexa Ranking
askm. info ni penting utk dikongsi.
Denaihati recently posted..Honda Insight Apa Itu Hybrid
wslm bro.. harap bermanfaat kepada rakan2
Info ni memang wajib disebarkan
wazy recently posted..Kem Jambori Remaja Islam 2012
ya bro.. untuk pengetahuan bersama
Haram ke xharam..harap xperlu guna dakwat 2…menyebabkan rmai yg x akan mengundi pd PRU 13…krajaan perlu fikir2kn…dh le ssh2 nk kuo ngundi nk kna kotorkn tangan lak…pembangkang akan cdg pe sj slagi dorg xmenang…..