Home >> Personal >> PUISI – Mak Cik Pulut Panggang

PUISI – Mak Cik Pulut Panggang

by kulanz on 02/08/2009 · 1 comment

Puisi ini sebenarnya adalah hasil karya seorang rakan..sengaja saya muatkan di sini kerana secara tidak langsung ia sebenarnya ada kena-mengena dengan diri saya sendiri….Bagi sesetengah orang, karya ini mungkin hanya sekadar coretan biasa sahaja…tapi saya cukup terharu setelah membacanya…terima kasih Irnanis..

Suatu ketika..
tika keanak-anakan..
tika keremajaan..
tika kedewasaan..

tika meniti ‘tika’ itu..
kukenali..kucari..kuminati..

terimbau antara ‘tika’…..
salam makcik..ada lagi..
salam..adabah ‘dah’…
wajah lembut mengukir senyuman..
penuh kedamaian bagi hati yang melihat..
tunduk membungkus hasil tangan..
titik peluh untuk anak2 tersayang..

kutatap seraut wajah..
walau penuh kelesuan..
namun terpancar kekuatan..ketabahan..
menongkat ruang kehidupan..

makcik..makcik pulut panggang!
dimana..dimana wanita itu..?

di sana…
dalam penantian..
sebuah pertemun yang haq..!
pasti…..

kuziarahi..
bersimpuh menatap sekujur tubuh..
pilu..doa..hati tak terungkap..
dalam sendu..ku mendongak..
kutatap sebingkai gambar..
wajah penuh ‘nur’ di bumi mekah’..

makcik..makcik..makcik..
kini..hati terungkap..
kurasa sesuatu..
kehilangan..ya..kehilangan..
sebuah wajah..
yang kuhormati..kusanjungi..
‘idola’ jiwaku..sanubariku..

makcik..damailah bersama-Nya..
anak2 dan cucu2 kesayanganmu..
kutatap dari jauh..
penuh bahagia penuh dihormati..

terbetik..lalu aku tersenyum..
tersenyum pada sebuah kehebatan..
kehebatan pulut panggangmu..
yang mampu mencorakkan warisanmu..
menjadi hati-hati yang tulus..
menjadi insan2 yang cukup gemerlapannya..
bagi bumi dan bangsa ini!

kini..segala ‘tika’ku..
menjadi pedoman dalam hidup..
walau goyah pohon yang kutanam..
kuat dan tabah menjadi tongkatnya..
nescaya harum kemilau buahnya..

terima kasih..makcik pulut panggangku..
makcik N..aku tetap merinduimu..
kita sempat bersama..
dalam 3 ‘tika’ku..
sayang padamu…..

insanNya,
mama

p/s Al-fatihah buat insan teristimewa…..amin.

Kata kunci artikel:

puisi untuk makcik

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 1 comment… read it below or add one }

1 Kulanz Salleh June 21, 2009 at 7:16 pm

Terima kasih

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: