Rakaman Video Aksi Seks Pemimpin Politik

video seks ahli politikWaktu rehat tengahari tadi saya sempat membaca berita online yang ditulis dengan tajuk: Top opposition politician caught on sex video. Antara kandungan berita menyebut: “A top opposition politician has apparently been caught on video having sex with an unknown woman. And an unidentified group is demanding that he steps down within the week if he does not want the clip distributed to the public“.

Memandangkan berita itu sangat ringkas, saya tidak memperdulikannya sangat. Rupa-rupanya ada lagi berita lain yang menyentuh perkara yang sama, boleh rujuk berita online – Rakaman Video Aksi Seks Dipercayai Pemimpin Tertinggi Pembangkang Kini Muncul. Berikut adalah petikan ringkas berita berkenaan.

“Dunia politik tanah air pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit itu menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai seorang pelacur”.

Kononnya beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu termasuk The Star, BERNAMA, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, portal berita Internet, agensi berita asing dan sekurang-kurangnya seorang wakil daripada pembangkang telah dipertontonkan rakaman video berkenaan.

Jadi atas penemuan rakaman video berkenaan, pemimpin yang terlibat serta isterinya didesak supaya mengundurkan diri dari arena politik, jika enggan, beliau akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk satu panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.

Tak pastilah juga dengan perkara ini. Tunggu saja berita yang bakal menyusul nanti. Apa yang pasti, banyak juga persoalan yang timbul di sini. Siapakah Datuk T? Siapa pemimpin politik pembangkang yang terlibat? Kenapa berita panas ini muncul pada hari yang sama dengan pembubaran DUN Sarawak?

Baca berita lanjut di mStar

Kemaskini: Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media petang tadi dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini. Dalam nada bergurau, DSAI mengatakan bahawa gambar itu mirip kepada gambar beliau, cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari beliau. Menurut beliau lagi, dakwaan seks itu sebagai “fitnah jahat” dan “jijik” yang “diselaras di peringkat kuasa tertinggi.” (sumber: Malaysiakini)

Please like & share:

Comments

  1. says

    sebab tu pemimpin terutama ketua kena kelihatan bersih dan betul-betul bersih sehingga tiada ruang utk musuh attack.. jangan bagi lansung pokok bergoyang walaupun ada angin.

  2. budak baru belajar says

    hahahha….beselah tu….. bile nak dekat election je kompem mesti dan wajib ade sesyatu yg tak kene ngan malaysia bumi tercinta ni…..al-maklumlah….MACAM2 ADAAAAAAAAAAAAAA……so…kite tgk…sape yg kene….hahhaha..politik2…xabeh2…. pepon…once again….BBB say sorry….=)

  3. says

    Salam lan, tulah smlm ada tgk gak berita, kita tgk dan tggu ja lah perkembangan seterusnya, mau komen pun nda blh lebih2 nie…ehehe

    psstt!! ku ada antar email tu, udah cek ka?

  4. Luthfi says

    biasalah, nak kalih isu. mestila kena malukan diri sendiri dulu. barula dapat simpati rakyat. bila jadi macam ni, tak tau mana datang sumbernya terus salahkan kerajaan.

  5. wandi says

    ini la brita yang paling bengong skali di dunia. dsai dituduh buat vid lucah. lawak btol. kalau kat indon aritu, ariel kene tangkap, then penjara sbb mengedar video lucah. kat mesia, dah terang lagi bersuluh 3 trio yang menyebar video lucah tu. knapa polis tu tak tangkap je tida datok2 tu? takut ke…

  6. says

    tak tau nak cakap apa..yg paling penting Allah maha Adil..siapa yang zalimi n aniaya orang akan terbalas juga balasan nanti….kalau tak kena kat dunia, akhirat tak terlepas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>