Home >> Semasa >> Rasionalkah Kenaikan Kos Belajar Memandu?

Satu lagi berita yang pastinya akan menjadi perdebatan banyak pihak, iaitu berkemungkinan akan berlaku kenaikan pada kos belajar memandu. Cadangan kenaikan kos ini kononnya disebabkan pengenalan kepada kurikulum pembelajaran yang baru yang kini berada di peringkat akhir untuk mendapat kelulusan kerajaan dan mungkin dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

TAPAH: Kos untuk belajar memandu mungkin akan dinaikkan berikutan pengenalan kurikulum pembelajaran yang baru yang kini berada di peringkat akhir untuk mendapat kelulusan kerajaan dan mungkin dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata kenaikan kos itu tidak dapat dielakkan dalam usaha JPJ mewujudkan kurikulum pembelajaran memandu yang lebih berkualiti dan menyeluruh kepada bakal pemandu di negara ini – Sumber: Berita Harian Online

Apa yang positif?

  1. Bagi saya cadangan kepada perubahan kurikulum tu memang baik. Itukan usaha untuk melahirkan pemandu yang lebih berkualiti dan mahir dalam segala aspek agar memandu dengan lebih berhemah cermat dan bersopan santun. Manakala tujuannya tentulah hanya satu, untuk keselamatan semua pengguna jalan raya.
  2. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, JPJ akan memperkenalkan kurikulum baru ke arah menyediakan satu sistem latihan memandu yang dapat melahirkan pemandu yang kompeten, mematuhi undang-undang, berhemah dan bersopan-santun.
  3. Pelajar juga boleh memilih jenis kereta yang mereka mahukan sama ada kenderaan jenis manual atau kenderaan automatik.
  4. Jumlah waktu belajar yang turut ditambah memberi peluang kepada pelajar mempelajari lebih banyak selok-belok pemanduan.

Apa yang negatif?
Saya cuma terfikir apakah kenaikan kos itu benar-benar rasional atau sesuai dengan situasi semasa? Apa kaitannya kurikulum yang baru tu dengan kos belajar. Adakah kos tersebut akan digunakan untuk menampung latihan ala-ala pemandu Formula-1? Belajar menghidu bau kemalangan, belajar memotong di jalan raya yang berselekoh tajam dan sempit serta berbukit. Atau untuk menampung kos bagi jumlah jam latihan yang lebih lama sebab yang mengambil lesen tu akan belajar cara-cara mengelakkan retakan, lubang dan air yang bertakung di jalan raya? Atau mungkin kos tu diguna untuk membayar jurulatih pakar dan kereta khas yang boleh dibuat drift.

Mungkin ada benarnya kos mengambil lesen memandu di negara ni masih murah berbanding negara luar. Tapi adakah kerajaan mengawal kos belajar memandu/mengambil lesen di semua tempat. Mungkin di Semenanjung Malaysia kos untuk belajar memandu (kelas D) sekitar RM700-RM800 sekarang ni. Di Sabah, masa saya ambil lesen sekitar tahun 2003 kos baru RM600-RM700. Kemudian isteri saya mengambil lesen kali kedua pada tahun 2009 kos sudah mencecah RM1200++. Berkemungkinan, jika kos dinaikkan lagi, kos wajib untuk belajar memandu di Sabah mungkin boleh mencecah RM2000. Itu belum masuk kos yang perlu ditanggung untuk mengikuti latihan dalam jumlah waktu yang akan ditambah lagi. Kesannya, akan lebih ramailah yang tidak mampu mengambil lesen dan memilih untuk memandu tanpa sebarang latihan.

Rumusan saya
Pemandu berhemah tidak semata-mata “lahir” daripada latihan pemanduan. Tempoh waktu belajar yang panjang juga kadang tidak memberi kesan terhadap kaedah pemanduan seseorang. Itu semua bergantung kepada sikap pemandu itu sendiri.

Sekolah memandu juga bukan diwujudkan untuk memastikan semua pemandu yang belajar di sekolah itu berdisiplin atau mahir dalam pemanduan. Mereka itu syarikat yang bermotifkan untung. Mereka hanya mengajar untuk membolehkan kita mendapatkan lesen. Dengan kata lain, sekadar memenuhi syarat. Kalau kos naik, lagilah mereka untung.

Apapun, harap kenaikan kos belajar memandu ni bukan disebabkan desakan pihak-pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan. Dah terdesak naikkan kos, perubahan kurikulum jadi alasan. Sekali lagi.. tepuk dada, tanya apa yang patut!

Kata kunci artikel:

harga ambil lesen motor, ambil lesen motor kat kuching, yuran ambil lesen motor, tempat belajar memandu kereta sabah, perubahan kurikulum mrnjelang 2012, lesen memandu murah, lesen memandu di sabah, lesen kereta di sabah, kos mengambil lesen memandu, kos memandu kereta di sabah, kos lesen memandu di sabah, kos ambil lesen kereta motor di malaysia, HARGA SEBENAR KOS BELAJAR memandu, harga lesen memandu kereta 2012 di sabah, harga lesen kereta disabah, harga lesen kereta di sabah terbaru, duit kopi jpj road test, yuran lesen memandu

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 42 comments… read them below or add one }

1 nanajoe May 31, 2010 at 1:21 am

sebenarnya kos ni dinaikkan oleh skolah memandu, kalo ikot syarat jpj murah jew..ye la, org nak untug n meniaga kan~ :)
.-= nanajoe´s last blog ..Program Realiti Imam Muda Di Astro Oasis =-.

Reply

2 kulanz May 31, 2010 at 9:20 pm

betul tu, tiada kawalan ke atas kos kelas memandu mnybbkan sekolah meletakkn harga sesuka hati..

Reply

3 luth textile May 31, 2010 at 3:38 am

kalau ikutkan benda tak ada la mahal mana. depa kira kos itu kos ini, yuran itu ini sbb tu jadi mahal.
macam saya haritu amek lesen kereta SAHAJA rm450+-. dulu lesen motor dalam RM350+- tak silap. kalau kira semua berapa?

ntahla.. macam tak releven je mahal – mahal..
.-= luth textile´s last blog ..6 Sebab Kenapa berblogging rasa tak best? =-.

Reply

4 kulanz May 31, 2010 at 9:21 pm

betul tu bro, kos sebenar mmg murah je.. tapi x tau kenapa sekolah memandu letak harga mahal sgt

Reply

5 chybee May 31, 2010 at 6:52 am

habis la duit poket chybee nak amik lesen memandu taun depan ni… :(

Reply

6 kulanz May 31, 2010 at 9:51 pm

wah kasihannya.. hehe
tp harga bergantung pada tempat juga tu rasanya..

Reply

7 Mus DK May 31, 2010 at 7:54 am

kerana terlalu banyak kerenah nak lulus ujian jpj dan harga yang mahal..
ada yang ambik kesempatan buat lesen terbang..
.-= Mus DK´s last blog ..Resipi Umai Ikan (Ikan Mentah) =-.

Reply

8 kulanz May 31, 2010 at 9:22 pm

yup, tu juga akan menggalakkn lagi rasuah

Reply

9 etam grecek May 31, 2010 at 7:57 am

maju terus dunia pendidikan…
.-= etam grecek´s last blog ..KERJA MALAM =-.

Reply

10 Nine May 31, 2010 at 9:01 am

kos memcecah sampai rm1200 tu tak tahan..tapi harga kereta nasional pulak skrg makin murah..

Reply

11 kulanz May 31, 2010 at 9:24 pm

setuju bro, harga kereta nasional mmg murah

Reply

12 nazreenhashim May 31, 2010 at 1:12 pm

tak wajarlah naik harga lesen..
tak setuju..
kate “rakyat didahulukan”..
apelahh..
.-= nazreenhashim´s last blog ..cahaya surga =-.

Reply

13 kulanz May 31, 2010 at 9:25 pm

memang rakyat didahulukan bro, rakyat yang bayar kos mahal dulu, kerajaan kemudian, hehe

Reply

14 apiih May 31, 2010 at 2:29 pm

selamat dah amik lesen moto dan kete..hihi
.-= apiih´s last blog ..~Apiih~ Chat Blog =-.

Reply

15 kulanz May 31, 2010 at 9:25 pm

samalah bro, tapi aku xda lesen motor lagi, hehe

Reply

16 wazy May 31, 2010 at 3:14 pm

Kalau kos belajar memandu ni dinaikkan,mesti membebankan bagi sesetengah orang,nanti ramai pula yang memandu tanpa lesen,siapa juga yang susahkan,sepatutnya pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kenaikan kos belajar memandu ni tidak membebankan rakyat
.-= wazy´s last blog ..Keajaiban Nombor di dalam Al Qur’an =-.

Reply

17 kulanz May 31, 2010 at 9:26 pm

betul tu bro, kalau kerajaan pantau harga di setiap sekolah memandu, tak adalah yang harga tinggi sangat

Reply

18 fitrijohari May 31, 2010 at 5:03 pm

mungkin sebab bila jam belajar kete bertambah….mahal sket la..sebab kos minyak lak bertambah…tp xtau la..sume nak nek harge..pas2 sedap je kate negara kite masih lg paling mura…
.-= fitrijohari´s last blog ..Artis: Malu Tapi Mahu? =-.

Reply

19 kulanz May 31, 2010 at 9:27 pm

naik sikit-sikit tu kira berbaloi.. kitapun faham juga kos sekolah memandu.. masalahnya pengumuman kenaikan tu akan bagi peluang kpd sesetengah sekolah memandu naikkan kos lebih dari sepatutnya..

Reply

20 Syafrizal May 31, 2010 at 7:07 pm

biasa la tu.. nak untung je sekolah memandu..
mengajar macam tak ikhlas..
mengarut je
.-= Syafrizal´s last blog ..Tingkatkan backlink dengan DoFollow =-.

Reply

21 kulanz May 31, 2010 at 9:28 pm

betul tu bro, buat kelas ala kadar.. tapi kos nak mahal.. tak berbaloi..

Reply

22 NoorAfzan May 31, 2010 at 7:47 pm

patut kena buat harga siling jugak la..
samacam harga gula…
.-= NoorAfzan´s last blog ..Kerana Shrek kami malu~ =-.

Reply

23 kulanz May 31, 2010 at 9:28 pm

itulah yang sebaiknya.. sekurang-kurangnya xdalah sekolah memandu ambik kesempatan letakkn harga yg terlalu tinggi

Reply

24 tehr May 31, 2010 at 9:15 pm

sememangnya ‘rakyat didahulukan’
rakyat juga ada banyak lapisan
yang dahulu didahulukan
yang kemudian di…

saya berpendapat kerajaan selalu menggunakan kaedah penyelesaian jangka pendek – masalah dan bebanan rakyat datang silih berganti
.-= tehr´s last blog ..Perempuan Tak Pakai Baju =-.

Reply

25 kulanz May 31, 2010 at 9:53 pm

.. yang kemudian, antara dua.. untung atau rugi, hehe

setuju sangat, kadang kerajaan buat keputusan tak melalui kajian.. tu yang jadi membebankan rakyat

Reply

26 jawatan kosong May 31, 2010 at 9:55 pm

biasa orang berniaga pasti nak untung terus. tak mau rugi. namun mestilah rasional nak naikkan kos belajar memandu. Janganlah nantinya jadi beban.
.-= jawatan kosong´s last blog ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.

Reply

27 sinagarimba May 31, 2010 at 10:55 pm

tak wajar naikkan. kalau naik, macam-macam
masalah lain timbul. Orang naik kereta tak dak
lesenlah,Duit kopi nak cepat luluslah,dll.

Kalau naikpun service padan ke. Kalau sama jer,
baik tak yah naik.Rakyat bawahan jugak
yang terbeban

Reply

28 kulanz June 1, 2010 at 12:30 am

mmg pun x wajar melainkan kerajaan buat kawalan harga/yuran sekolah memandu di seluruh negara

Reply

29 etomyam May 31, 2010 at 11:54 pm

sangat setuju, sikap yang sebenarnya menyebabkan kebanyakan pemandu malaysia banyak terlibat dalam kemalangan…errr kenapa semua benda nak naik sekarang ni? huhuhu
.-= etomyam´s last blog ..Aktif Seks dan Membaca Rahsia Kejayaan Tokoh Nilam =-.

Reply

30 kulanz June 1, 2010 at 12:30 am

tak tau bro.. banyak benda dah naik sekarang ni.. tekanan darah pun dah naik dengar semua benda tu…

Reply

31 bluedianthus June 1, 2010 at 12:40 am

Tak setuju sangat sebab sekarang ni pun dah kira mahal…saya test 3 kali baru dapat lesen.. Ada yang ambil ujian bertulis berkali-kali dan test jpj berkali-kali baru dapat lesen. Sungguh membebankan..
.-= bluedianthus´s last blog ..Pesta Kaamatan Di Sabah… =-.

Reply

32 kulanz June 1, 2010 at 1:58 am

tu lah masalahnya.. mahal.. kalau di KK mungkin murah sedikit.. tapi harga di kota marudu mahal.. kalau ambil 2-3 kali, lagi lah..

Reply

33 zik June 1, 2010 at 11:13 am

ala semua nak naik harga je… minyak dah nak naik… lesen kereta tak ambil lagi nie… lesen motor je
.-= zik´s last blog ..Mereka yang sempoi May 2010! =-.

Reply

34 kulanz June 1, 2010 at 12:00 pm

memang semua dah naik bro.. kalau jadi yuran dinaikkan, terpaksalah bro bayar lebih tu time ambik lesen kereta nanti

Reply

35 Amir June 1, 2010 at 11:29 am

jangan la naik… kat terengganu ni dah la mahal gile… lesen kereta n motor dalam RM1600…

Reply

36 kulanz June 1, 2010 at 12:01 pm

mahal juga harga di sana rupanya.. lebih kurang macam harga di sabah kalau macam tu

Reply

37 hafizmd June 1, 2010 at 3:06 pm

nak naik tuh mmg saye rase agak kurang wajar..sbb semacam takde pemantauan yg berkesan dari pihak kerajaan..patutnya ade harge yg tetap dan berpatutan..

akhirnya, sikap pemandu jugak yg perlu berubah..harap2 kurikulum baru tuh berkesanlah..kalau tak..tepuk dada..tepuk tangan ramai2..hoho
.-= hafizmd´s last blog ..5 sebab kenapa 45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit =-.

Reply

38 AyieBlog June 2, 2010 at 12:43 pm

kenaikan ini tidak wajar,ini berkemungkinan persatuan institusi memandu di malaysia yang mencadangkan,dari pengetahwan ayieblog kos 2 tak ada kaitan JPJ,JPJ datang masa mula2 nak ujian akhir pemanduan yang mana dicas sebanyak RM50,kenaikan ini tidak wajar sama sekali.. emmmm

Reply

39 Iza June 2, 2010 at 1:21 pm

Salam….
Nasib baik dah lama ambik lesen….
.-= Iza´s last blog ..Pro Dan Kontra Read More =-.

Reply

40 acapz June 2, 2010 at 1:58 pm

haha. aku lmbt. hbis la camni. sedih. haha. xpe r. taram je r. huh. sbar je T_T
.-= acapz´s last blog ..Main Pacman Di Halaman Google =-.

Reply

41 miezatuah December 8, 2010 at 6:58 pm

mmg kos murah dgn jpj.. kalau cm tu ape kate segala urusan pendaftaran,kursus,ujian undang2,belajar memandu,ujian kelayakan,ujian jpj dibuat sendiri oleh calon tersebut. tak perlu lah wujudnya sekolah memandu dan tak perlulah driving instructor habiskan beribu wang ringgit untuk ambil kursus/ujian/peperiksaan bertauliah yg dilantik oleh jpj sndri…. my fb : [email protected]

Reply

42 kulanz December 9, 2010 at 12:31 am

sebab tu JPJ pun kena kaji semula kurikulum sekolah memandu.. jangan sampai membebankan pengusaha sekolah memandu dan pengguna..

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: