Releks Sekejap – ArcSoft Magic-i Visual Effects

June 23rd, 2009 | 6:24 am | Software | No response

Setiap orang perlukan satu waktu yang dapat digunakan untuk berehat setelah penat memerah otak dan tenaga semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Rehat adalah salah satu daripada beberapa keperluan fisiologi yang harus dipenuhi. Rehat yang mencukupi sangat penting kerana ia dapat memastikan tubuh badan kita (fizikal dan mental) benar-benar bersedia untuk melaksanakan tugas yang seterusnya…. STOP

Coretan ini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menghurai panjang lebar pasal rehat…(nantilah lain kali kalau ada kesempatan dan bahan yang sesuai)… Kali ini saya cuma ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana saya menggunakan masa rehat tengah hari sementara menunggu masa bekerja pada waktu petang (bermula jam 2.00 petang)

Masa rehat tadi, (selepas melakukan perkara-perkara penting yang lain), saya gunakan kesempatan itu untuk menjelajahi komputer riba saya. Terus terang saya katakan, walaupun komputer riba yang baru ini telahpun menjadi hak milik mutlak saya lebih daripada sebulan, namun belum ada masa saya menjelajahi secara keseluruhan kandungan-kandungan dan aplikasi yang terdapat di dalamnya. Sebab komputer ini hanya saya gunakan ketika bekerja…. itupun bergantung kepada keperluan…

Semasa menjelajah komputer ini, saya membuka aplikasi ArcSoft Magic-i Visual Effects yang sudah sedia diinstalasi di komputer ini. Pertama kali jugalah berkenalan dengan aplikasi ini… Cuba punya cuba, rupa-rupanya aplikasi itu berguna untuk menambah kesan visual pada sesuatu gambar. Apa lagi, sayapun menggunakan webcam yang ada di komputer tersebut untuk mengambil gambar dan terus menambahkan kesan visual pada gambar tersebut. Walaupun gambar yang diambil kurang terang, tetapi efek visual yang dikenakan ke atas gambar tersebut boleh menjadikan gambar itu menarik..

Ini adalah beberapa keping gambar yang saya ambil menggunakan webcam komputer riba, di samping penambahan kesan visual menggunakan aplikasi yang dimaksudkan….

Boleh juga memasang kesan visual dalam bentuk majalah. Hot styles lagi tu…

Kasihannya…rehat tengah hari tetapi tidak diberi makanan… haha. Siap duduk dekat sel lagi

Siap memakai cermin mata merah jambu dan memandu “go-kart”. Bolehkah macam ni?

Sedang dibuai mimpi indah… Mungkin mengingatkan isteri di rumah, atau mengidam masakan yang sedap-sedap…

Serius menyampaikan ucapan… Tapi tidak tahu apa yang sedang diperkatakan…

Wanted? Atas kesalahan apakah? Oh!Tidak.. kenapa begini..

Ok, dah lah tu..
Aplikasi ini tidaklah setanding dengan aplikasi grafik yang lain…tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengubah paparan gambar kita supaya lebih menarik…

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
kulanz

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

Leave a Reply