24 Januari 2012 mencatatkan sebagai ribut solar/matahari yang terkuat dalam sejarah 6 tahun. Fenomena ribut solar terkuat pada hari tersebut telah menyebabkan terbentuk cahaya menakjubkan di hemisfera Utara. Rupa-rupanya kejadian pada hari itu bukan yang terakhir dan paling kuat yang tercatat dalam sejarah tahun sebab sekali lagi kejadian sama berlaku dan dianggarkan lebih kuat hingga istilah ‘It’s hitting us right in the nose‘ digunakan bagi menggambarkan kekuatannya.
Ribut matahari yang berlaku pada hari Selasa itu telah sampai ke Bumi pada Khamis, semalam. Akibatnya zarah bercas yang sampai ke bumi mengganggu grid kuasa, GPS dan penerbangan kapal terbang. Dijangkakan juga yang ribut sama akan turut berlaku pada hari ini, Jumaat kerana saintis mendapati masih terdapat tompokon pada matahari yang sedia melepaskan aurora borealis (rujuk istilah ribut solar).
Gambar di bawah menunjukkan Imej yang diperoleh oleh Balai Cerap Solar Dynamics hari ini menunjukkan dengan jelas tompok matahari yang mencetuskan ribut solar.
Berikut pula adalah gambar gelombang ultraungu yang diambil NASA menunjukkan aktiviti ribut solar. Keadaan ini memaksa syarikat penerbangan menukar laluan penerbangan mereka.
Adakah kejadian kali ini adalah yang terakhir untuk tahun ini? Kalau ikut ramalan, ia bukanlah ribut matahari yang terakhir kerana kalau merujuk kepada gambar Matahari yang diambil NASA hari ini, mereka meramalkan ribut ini mungkin akan memuncak tahun depan.
Apapun di sebalik kejadian ribut solar ini kita dapat melihat cahaya menakjubkan di Hemisfera Utara. Jadi nikmatilah pemandangan menarik ini selagi ada peluang. Gambar lain boleh rujuk di entri > Fenomena Ribut Solar
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.









{ 34 comments… read them below or add one }
Fenomena alam semesta yang sedang diperlihatkan Tuhan kepada setiap anak cucuk Adam untuk berfikir dengan keimanan mereka.
Sukses selalu
Salam
Ejawantah’s Blog
benar.. semoga kita semua boleh berfikir.. semoga sukses juga
Patutla aku sesat malam tadi, GPS penin rupanya
betui ka?
hahaha.. mungkin juga GPS kena tempias ribut solar tu
hari tu aku sesat kat kl dan shah alam
rasanya bukan sebab ribut solar ganggu gps aku
tapi ribut dalam fikiran je
hehe
hahaha.. rasanya akupun macam tu juga masa sesat hari.. kepala tengah serabut
tengok gambar2 ni timbul rasa takut…
memang menimbulkan macam2 ketakutan
alhamdulillah..baru faham proses kejadian ribut solar…thanks..
sama2.. semoga memberi manfaat..
Satu rahsia yang boleh diselongkar, tapi tak mampu kita nak pergi (matahari).. Hayati ciptaanNya
memang tak mampu pegi matahari.. boleh perhati dari jauh
Assalam..
Cantik biasan cahaya tu..
tapi takut la kalau nampak depan mata.
Salam,
memang cantik kesan yang kelihatan..
indahnya ciptaan tuhan
baru paham ape bendenya ribut solar tuh
Sangat indah.. lebih-lebih lagi kalau kita menyelaminya
subhanallah…terpegun tengok gambar2 di atas ni..
sangat menarik kan?
waw,sangat luar biasa kebesaran tuhan yang menciptakan,,,
banyak lagi kebesaranNya..
huhu..bumi memang indah.
bersyukur masih dapat tinggal dengan aman
Boleh jadi huru-hara peralatan elektronik diangkasa dan dibumi. Kuasa dari Maha Kuasa tiada siapa yang mampu menangkiskannya.
Allahu Akhbar..
aku suka entri ni.. memang best.. mengagumkan
thanks bro.. sekadar berkongsi mana yang perlu
tengok gambar memang indah tapi ia menyeramkan….fenomena ini menganggu semua peralatan elektronik…
nasib baik taklah menjejaskan peralatan elektronik rumah kita
warna dan kombinasi mmg menarik.Subahanallah..
Subhanallah..
Salam,
Gambar last tu cantik sangat, tapi kalau terjadi depan mata takut jugak
memang menakutkan sebab kita tak biasa dengan situasi macam tu
Gambar-gambar tu mmg best tgk.hehe