Setelah menghabiskan hujung minggu bersama rakan-rakan KUSNET dalam Program Mencipta Rekod 48 Jam Bersiaran Tanpa Henti bersama DJ-DJ UtaraFM. Kini saya kembali kepada rutin harian asal, bekerja selama lebih kurang 7 jam ikut waktu pejabat. Walaupun begitu, pengalaman sepanjang 3 hari 2 malam program tersebut memang memberikan banyak pengalaman pahit manis kepada saya sendiri. Masa itulah saya dapat rapat dengan rakan-rakan yang lain. Iyalah.. sebelum inipun memanglah sudah rapat, tapi tidak pernah ada kesempatan macam ini. Apa-apapun, saya berharapa yang program hari tu bukanlah yang pertama dan terakhir. Moga selepas ini UtaraFM akan melangkah lebih jauh lagi.
Terima kasih kepada seluruh warga UtaraFM dan mereka yang terlibat sepanjang program tersebut.

